Wednesday 10 July 2013

Silence Handphone Please!

Mungkin dah jadi tabiat aku bila aku berada di dalam Hall pawagam memang on the spot aku akan turn on silence mode handphone aku. Ketika dalam mesyuarat, bengkel, kursus, taklimat sekalipun, aku akan turn on silence mode handphone aku. Aku dah terbiasa. Sejak aku belajar lagi.

Yang menjadi masalahnya adalah dengan sikap orang lain ni. Yang ni aku pantang. Faham-fahamkanlah perasaan orang lain. Jika ada hal penting sila turn on silence mode handphone kau tu. Ia mengganggu keseronokan orang lain yang fokus sepenuh perhatian jalan cerita filem tu. Dasar tak ada kesedaran sivik. Sellfish

Jika tak mahu orang mengganggu anda, sila turn off handphone mahal anda!. Jika risau ada orang call pasal hal-hal penting, sila turn on silence mode dan buat mode vibrate. Orang lain pun tak marah dah. 

Silence Your Handphone Please! atau aku campak handphone kau ke dalam lubang tandas! atau dengan kau sekali aku campak!


Monday 8 July 2013

Hospital

Hospital adalah tempat untuk orang-orang yang sakit. Tak pernah lagi aku dengar orang yang sihat duduk di atas katil wad sambil bergembira. Bercerita tentang hospital, aku pernah ditahan wad sebanyak 2 kali. Pertama, ditahan wad kerana terkena apendiks di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kedua ditahan wad kerana mengidap penyakit TB di Hospital Banting. 

Jika aku bercerita ni memang panjang yang amat. Nanti update satu persatu. :)


Sunday 7 July 2013

Kereta

Tak pernah aku terfikir aku akan memiliki sebuah kereta. Pernah dulu aku naik bas dan duduk di kerusi terpandang sebuah kereta di traffic light Kesas Highway berdekatan dengan Johan Setia menuju ke Pusat Bandar Klang dan Shah Alam. Aku mencipta sebuah perasaan cemburu yang positif apabila melihat orang lain memiliki kereta. Kataku  dalam hati "jika orang lain boleh memiliki kereta, kenapa tidak aku?". Ya, aku akan cuba memiliki sebuah kereta walau apa pun. Hampir malu aku apabila aku cuba menggengam tangan sambil berkata "CHAIYOK-CHAIYOK". Itulah perasaan cemburu yang positif. Jika ada perasaan cemburu yang negatif, maka dah lama dah aku buat lukisan kat badan kereta tu.

Pernah juga sekali aku terpandang seorang abang berbangsa sama dengan aku, orang asli mengundur kereta Proton Saga dan terus pergi entah ke mana. Dalam hati aku, dia orang asli boleh dapat kerja bagus, kereta bagus kenapa aku tak boleh. Masa itulah aku menetapkan sasaran umur 25 tahun aku mesti memiliki sebuah kereta. Tak kisahlah kereta apa janji dapat kereta kecuali kereta mainan dan kereta sorong.

Pada tahun 2006, semasa aku sambung belajar di sebuah kolej swasta di Banting, aku hanya menaiki bas ke kelas setiap hari. Timbullah kesedaran dalam hati sampai bila aku akan naik bas saja. Pada tahun 2008, aku berjaya memiliki sebuah motor 135LC (hilang selepas 6 bulan pakai.Akan dicerita kemudian) dihadiahkan oleh mak aku. Terima kasih mak. Selepas tamat belajar, aku tekad dalam diri aku mesti mendapat kerja di sektor kerajaan dan hanya sekali pergi temuduga, aku berjaya mendapat kerja kerajaan selepas bermati-matian kerja di Tesco Klang. Masa tu aku berumur 24 tahun. Alhamdulillah. Maknanya sasaran pertama aku berjaya. 

Masuk umur 25 tahun, aku berjaya memiliki sebuah memiliki sebuah kereta Proton Saga berwarna putih. Full-loan. Cuma bayar booking je. Ada kesilapan telah aku lakukan tu iaitu tempoh bayarannya adalah selama 15 tahun tapi oleh kerana aku terlalu inginkan kereta tu, memikirkan kesusahan ibubapa aku, aku terpaksa juga terima. Ini demi kesenangan ibubapa aku. Alhamdullillah jika ibubapa aku sakit, aku dapat hantar dia ke hospital. 

Kereta aku taklah semewah mana. Cukuplah sekadar dapat membawa ibubapa aku pergi kemana-mana. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Jika mampu beli kereta mahal, anda boleh beli kerana anda mampu. Apapun kisah ini adalah berdasarkan pengalaman aku. 


Thursday 4 July 2013

Gunting rambut

Petang tadi selepas balik dari kerja, aku pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut aku. Melihat keadaan rambut aku yang dah panjang dan agak messy membuatkan aku nak potong petang tu jugak. 

Bila mengingatkan mengenai gunting rambut ni, aku terkenangkan zaman kecik aku. Aku tak pergi pun gunting rambut aku kat kedai gunting rambut. Insan istimewa yang bersusah payah menggunting rambut aku dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5 adalah mak aku sendiri. Nak bawak potong rambut ke pekan memang tak lah sebab keadaan masa tu memang amat susah untuk mak bapak aku bawak aku keluar ke pekan. 

Zaman itu memang amat susah sekali kerana pada masa tu, Pulau Carey (tahun 90-an) masih belum ada jalan raya bertar. Ada pun jalan bertanah merah. Biasalah. Jalan ladang kelapa sawit. Tak kan nak turapkan tar pulak kan kalau dah terang-terang kawasan tu kawasan ladang kelapa sawit.

Ditambah pula keluarga aku tak ada kenderaan sendiri seperti motorsikal. Harta kami yang ada hanyalah sebuah basikal. Keadaan masa itu memang amat susah. Nak beli ding dang atau tora pun susah. hehe. Masa tu tora memang best. Hinggalah tahun 2000 baru ada jalan raya di Pulau Carey. Itu pun dah cukup baik daripada tak ada langsung. 

Pada zaman aku bersekolah dulu, tukang gunting menggunting rambut aku adalah mak aku sendiri. Even mak aku taklah pakar sangat bab-bab dalam menggunting rambut tapi dia cuba juga menggunting rambut aku. Kami tahu memang tak mampu untuk menggunting rambut ke pekan. Adakah keluar ke pekan hanya kerana semata-mata untuk menggunting rambut setelah menempuh perjalanan yang jauh? Memang tak lah. 

Kini, aku amat merindui saat-saat mak aku menggunting rambut aku tu. Aku amat berterima kasih pada mak aku kerana berjaya menggunting rambut aku walaupun ia taklah cantik mana pun. Apa yang penting, rambut perlu dipotong dan nampak segak dari pandangan mata orang lain. 

Sekarang, bila dah berkerja ni, aku hanya pergi ke kedai gunting di pekan untuk menggunting rambut. Sekarang aku dah senang sikit tapi aku tak terfikir pulak siapa pulak yang nak gunting rambut mak aku sendiri? Dia gunting sendirikah? Tak mungkin. Mustahil. Sampai sekarang aku buntu memikirkannya. Tak apa, nanti aku tanya pada dia. Mungkin aku akan bawa dia ke salon. :)

Jika dibandingkan kesusahan aku dengan zaman sekarang, budak-budak zaman sekarang memang amat beruntung cuma kurang menghargai apa yang ada. Jika nak gunting rambut, mak bapak hantarkan. Pernah sekali aku gunting rambut di pusat salon di sebuah shopping complex di Klang. Seorang ibu menemani anak perempuannya berumur dalam lingkungan 5 tahun menggunting rambut anaknya. Beruntung sungguh budak-budak zaman sekarang ni jika nak dibandingkan dengan zaman aku kecik-kecik dulu.  

Kesimpulannya, berterima kasihlah orang yang banyak berjasa dengan menggunting rambut kita kerana tanpa mereka mungkin rambut kita akan kembang Afro seperti penyanyi kumpulan Alleycat tu. Bak kata David Arumugam, terima kaseeyyyy...(Thanks)


Monday 1 July 2013

Kucingku bernama Ecak

Aku ada seekor lagi kucing berwarna kelabu campur hitam-hitam sikit. Aku namakannya Ecak. Sebab apa aku namakannya Ecak adalah kerana kucing aku yang mati dulu tu sama bulunya iaitu kelabu bercampur hitam sikit. Aku fobia jugak dengan nama ni sebab sudah 2 ekor kucing aku bernama Ecak menemui ajal. Seekor semasa aku tinggal bersama dengan abang aku kat Morib. 

Masa tu aku nak pergi ke rumah abang aku lagi satu. Dalam perjalanan nak balik tu aku perasan ada seekor kucing mati terjelepuk kat tepi jalan. Rupa sama seperti Ecak. Aku buat tak endahkan je. Mungkin kucing orang lain. Setiba aku ke rumah abang aku, aku cuba cari Ecak. Abang aku kata dia ikut aku masa aku nak pergi rumah abang aku lagi satu. Baru aku teringat ada seekor kucing terjelepuk kat tepi jalan. 

Aku bergegas ke tempat Ecak mati terjelepuk tu. Rupa-rupanya memang betul itu adalah Ecak. Sedih bercampur hiba. Keesokkan harinya aku tanam dia. Sedih. 

Ada lagi seekor kucing bernama Ecak juga. Aku teringat Ecak yang lama tu sebab bulunya sama dengan kucing masa tu. Mati di tepi jalan rumah aku kat Pulau Carey. Itu pun ikut aku ke kedai. Aku semacam fobia nak berikan nama kucing tu dengan nama Ecak.

Kini, aku berani meletakkan nama kucing yang sama bulu dengan kucing yang lama tu dengan nama Ecak. Aku tak pernah serik dengan nama tu. Istimewanya kucing ni dia sentiasa tidur bersama dengan aku. Apabila aku balik dari kerja, dia cepat-cepat datang dekat dengan aku. Sekarang kucing itu tengah tidur di katil aku. Tengok macam sakit je. Diam je tak bising seperti kebiasaannya. Ya Allah selamatkanlah kucingku itu. Amin. Semoga dia akan baik. 

Ini adalah Ecak yang terkini