Monday 29 December 2014

Optimus dan Temuduga

Biasanya bila seseorang ditemuduga akan terlintas orang yang menemuduga kita akan menanyakan beberapa soalan berkaitan dengan menteri-menteri dalam kabinet dapur Malaysia. Maka dengan itu korang pun carilah segala maklumat berkenaan siapa menteri pertahanan, menteri pelajaran, menteri asas tani di dalam Google dan korang pun copy dan paste ke Word dan print out untuk memudahkan korang baca serta ingat siapa menteri-menteri tersebut. 

Aku pun sama je sebab aku pun pernah buat macam tu jugak. Aku cari info berkaitan siapa menteri-menteri berkenaan. Memang susah gila nak hafal nama-nama menteri tu. Aku nak kongsi pengalaman aku semasa menghadiri temuduga kerajaan ni. Aku tengok ramai budak-budak bakal ditemuduga ni menghafal bagai nak rak nama-nama menteri tu. Riak wajah diorang dalam menghafal tu semacam satu beban yang berat untuk dipikul. Kesian diorang, 

Disebabkan aku ada akal yang bijak dan mental yang cerdas, aku mencadangkan diorang hafal nama diorang dan ingat rupa paras menteri tu macam mana. Hidungnya macam mana, kepalanya macam mana, matanya pulak sepet ke, stim ke atau terbeliak ke. Bila aku suruh ikut cadagan aku tu, diorang dah rasa kurang sikit bebanan tu. 

Ada lagi satu cadangan aku. Masa tu portfolio Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi dipegang oleh Maximus Ongkili. Jika bercakap tentang teknologi ni, aku teringat filem Transformers yang best gila tu. Aku pun kaitkan nama menteri tu dengan Optimus Prime jadi senanglah nak ingat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi=Teknologi=Transformers=Optimus Prime=Maximus Ongkili. Sebab apa optimus prime? Sebab nama dah nak dekat sama. Optimus=Maximus. Jadi senanglah nak ingat. 

Kepada mereka-mereka yang bakal ditemuduga tu, bolehlah ikut cadangan aku ni. Itu pun kalau portfolio tu masih dipegang oleh Optimus eh salah Maximus Ongkili. Hm tapi sekarang si Maximus tu dah pegang portfolio lain kot. Entahlah portfolio apa. Yang aku tau banyak pasal air lah camtu. 

Ok bye.



Tuesday 25 November 2014

Maharajalawak 2014: Lagu latar lawak Nabil

Rasanya ramai kot yang nak tahu lagu latar lawak Nabil untuk babak lawak parking tu. Aku juga termasuk dalam kumpulan yang ingin tahu tu. Lagu latar untuk lawak parking tu memang kena pada lawaknya. 

Mendengar muziknya tu membuatkan aku tertarik nak tahu lagu apakah itu. Maka bermulalah epik penjelajahan ke laman sosial Facebook dan Twitter untuk mencari tajuk lagu tersebut. Pertanyaan demi pertanyaan aku ajukan dan Tweet demi Tweet aku twitkan tapi hampa ianya tiada balasan. 

Hinggalah pada hari ini baru aku mendapat tajuk lagu tersebut. Penantian itu sungguh menyeksakan. Terima kasih kepada sahabat di Page Facebook  Maharajalawak 2014 kerana membalas komen di dalam post tu. Thumb up!.


Ya tajuk lagu tu adalah Wiggle nyanyian Jason Derulo feat Snoop Dog. Dengan pantas aku beli lagu ni kat iTunes. Baru puas hati beb. Jadi kepada mereka-mereka yang nak download bolehlah beli lagu ni di iTunes berharga RM3 lebih dengan kata carian Jason Derulo. 

Jom layan lagu ni, Lalala.

Monday 24 November 2014

Kisah seram di rumah mentua ku

Ini bukan filem Ibu Mertuaku tapi ini adalah kisah seram yang aku lalui semasa tinggal kat rumah mentua aku.  Ini adalah kali pertama kisah seram berlaku dalam hidup aku. 

Oklah sini aku nak ceritakan ni. Tutup lampu bilik tu dulu. Cerita dalam sedikit gelap disinari cahaya lilin pun best jugak. Rare. Kejadian ni berlaku selepas majlis pernikahan kawan aku merangkap bakal biras aku. Masa tu pukul 9 malam jika tak silap aku. Masa tu aku baru balik dari pekan beli barang keperluan. Masing-masing kepenatan setelah seharian keluar beli barang. Aku pulak ke dapur menolong isteri aku membawa barang-barang dapur. Selepas tu aku ke ruang tamu bawa segelas kopi.

Masa dalam perjalanan nak ke arah ruang tamu,aku ternampak pintu utama tu sedikit terbuka dan dengan tiba-tiba muncul tangan berwarna putih dari arah luar dengan serta merta memegang tombol pintu dan menutup pintu tu. Bunyi tutup pintu memang kuat seperti kita manusia biasa menutup pintu. 

Aku taklah takut sangat masa tu kerana aku syak mungkin adik ipar lelaki aku tu nak keluar dan mungkin tangan dia yang muncul dari arah luar dan memegang tombol tu. Aku dengan perasan tak takut dan tak syak apa-apa terus membuka pintu itu dan mencari ke mana adik ipar aku ke mana dia pergi. Bila tengok kat luar tak ada pulak dan tak dengar bunyi deruman motor Kawasaki dia. Yang berada di ruang tamu ada anak buah isteri aku. Salah seorang anak buah isteri aku tu cakap "Ayah Cik buat tak tau je. Tak ada apa-apa pun". 

Aku memang yakin nampak tangan berwarna putih tu. Mata aku tak silap pun. Memang aku nampak dengan jelas beb. Pelik macam mana boleh 'benda' tu ada kekuatan dengan menutup pintu tu dari arah luar. Sedikit keliru kenapa tangan tu cuba masuk ke dalam dan memegang tombol dan bukan menutup dengan memegang tombol pintu dari luar. Mungkin 'benda' tu cuba nak menonjolkan diri dan membuat kita perasan akan kehadirannya. Ah sudah. 

Aku malas nak fikirkan sangat dan abaikan saje kejadian tu. Pada aku di sekeliling kita ada makhluk dari alam lain cumanya dari mata kasar kita memang kita tak perasan akan kewujudannya. Cuma yang mempunyai hijab boleh melihat makhluk dari alam lain seperti penulis buku Mata Tak Berhijab iaitu Zulkifli Idrus. 

Gambar sebelah ini adalah gambar pintu di mana tangan 'benda' tu masuk dari arah luar dan menarik tombol dari dalam. Dari sudut inilah aku ternampak tangan 'benda' tu masuk ke dalam. Pintu tu taklah terkuak besar sangat tapi bunyi hempasan itu memang jelas kuat dari telinga aku. Bila dah lepas kejadian itu baru aku terasa keseramannya walaupun hanya cuma selengan tangan berwarna putih. 

Taklah seram mana kot pada pandangan korang kan. Korang ada cerita lagi seram daripada aku bolehlah kongsi-kongsikan. 

Friday 10 October 2014

Reviu Filem Annabelle


Masa mula-mula aku tengok poster filem Annabelle ini memang tanggapan awal aku yang filem memang gempak seram gila babeng. Itu adalah tanggapan awal aku. Tanggapan awal aku yang aku akan menutup mata aku dengan tangan tapi masih dapat tengok babak mendebarkan itu di celah-celah jari aku. Tanggapan aku yang patung Annabelle itu lebih kejam dan zalim dari patung dalam filem lama Child's Play tu. 

Tetapi semua tanggapan awal aku itu berubah setelah aku menonton filem ini. Ia taklah menyeramkan seperti yang aku sangkakan. Meleset sama sekali. Ia taklah menyeramkan sangat jika dibandingkan dengan filem The Conjuring,Insidious dan Insidious Chapter 2. Siapalah aku suka membandingkan ketiga-tiga filem itu dengan filem Annabelle ni. Tetapi selera keseraman itu agak berbeza bila menonton filem Annabelle ni. 

Semasa ia mula ditayangkan, ternyata sambutan filem ini amat menggalakkan sehingga hampir penuh manusia dalam panggung wayang. Mungkin mereka yang baru menonton pertama kali ini tidak mendapatkan sedikit pendapat dari kawan-kawan yang sudah menonton filem ini. Sudah ternyata ia mendapat sambutan. 

Pabila sudah menontonnya ternyata ia amat hampeh. Ia tak seseram mana pun. Kawan aku yang duduk sebelah aku ni masih menunggu pitching di mana keseramannya sehinggalah filem ini tamat. Kawan aku ni rupa-rupanya juga seorang yang teliti dan pengkritik tanpa etika. Lepas tamat filem itu mulalah mulutnya mengkritik tentang filem ini. 

Pada semua kaki wayang sekalian, rasanya tak payahlah tengok filem ini. Ia taklah seseram mana. Jika nak tonton juga dipersilakan kerana ia adalah hak masing-masing, 

Sebelum aku tamatkan ulasan tentang filem ini, mari sama-sama kita tatap foto asal patung Annabelle ni.  


Jika dibandingkan dengan patung Annabelle versi filem tu memang agak scary tetapi bagi aku patung asal ini lagi scary. Aku tengok foto lama yang dark ni pun dah terasa seramnya. Baiklah aku nak masuk tidur. Gilalah aku ni update reviu filem ni semasa pukul 1 pagi.  

Ok bye.

Monday 22 September 2014

Cuci Pakaian

Untuk sekalian kalinya selepas melalui tempoh berumahtangga, aku telah mula mencuci pakaian aku sendiri. Jika tidak sebelum ini apabila aku berada di fasa bujang, aku hanya mencuci pakaian aku sendiri dengan menggunakan tangan dan sebuku sabun Fab. Kini, setelah berumahtangga, segala peranan dalam mencuci pakaian itu telah diambil alih oleh isteri aku dengan menggunakan mesin basuh automatik. 

Aku pula, melakukan kerja-kerja yang lain yang sepatutnya bukan kerja orang perempuan buat seperti meracun, mencangkul dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan kegagahan seorang lelaki. 

Bila aku kenang kembali kesusahan zaman kanak-kanak aku dalam mencuci pakaian memang terasa susahnya dan kadang-kadang ada terasa manisnya.  Pada zaman kanak-kanak aku, pakaian sekolah aku mesti kotor di bahagian kolar. Ditambah pula keputihan penuh suci pakaian sekolah aku menyerlahkan kekotoran pakaian aku itu. Pulang saje dari sekolah aku terus mencucinya. Kedegilan kotoran itu untuk hilang mencabar kesabaran aku. Dicampakkan air clorox tetap tak akan hilang. Lama-kelamaan aku biarkan saje dan dijemur di ampaian di bawah sinaran terik mentari.

Jika ia tak kering, aku akan mengeringkannya di atas bara api. Harapnya ia akan kering pada keesokkan harinya. Di zaman dulu, di rumah aku tak ada kipas angin dan alat penggering rambut untuk menggeringkan baju sekolah aku kerana aku tahu kehidupan orang tua aku agak susah. Jadi, aku tak meminta-minta apa-apa. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi masalah lain pula timbul. Pakaian sekolah yang aku jemur di atas bara api itu berbau asap. Memandangkan di rumah aku tak ada minyak wangi untuk cover bau asap itu, aku abaikan saje bau asap itu. Mungkin itulah minyak wangi bagi aku. Lantaklah apa orang dalam kelas aku nak cakap apa.

Aku berterusan mencuci pakaian sendiri sehinggalah aku berkahwin dengan gadis pilihan aku. Bila dikenang kembali memang ada pahit dan ada manisnya. Bila teringat pasal cuci pakaian ni, aku dah jemur ke belum pakaian yang aku cuci tadi? Eh belum lagi. Ok, masa untuk menjemur pakaian di ampaian.  

Tuesday 16 September 2014

Free internet waktu Birthday?

Sempena hari kelahiran aku, pihak Maxis ada memberi aku tawaran istimewa iaitu aku dapat panggilan percuma. 


Tawaran ini memang bagus kerana aku dapat membuat panggilan ke nombor Maxis yang lain hanya secara percuma tanpa menolak nilai kredit dalam telefon aku. 

Yang aku rasa tak best adalah aku nak bercakap dengan siapa. Nak telefon awek, aku dah tak ada awek. Awek lama aku dah jadi isteri aku. Nak berborak dengan mak aku, mak aku pakai nombor telefon Celcom. Syarikatnya berbeza. Aku semacam nak membuat tawaran memberi perkhidmatan panggilan percuma kepada orang lain. Tapi orang lain nak ke?

Aku semacam nak memberi cadangan kepada pihak Maxis agar menukar panggilan percuma itu kepada tawaran internet percuma tanpa had. Zaman sekarang orang dah jarang nak berborak lama melalui telefon. Jikalau nak bercakap pun cuma memberitahu hal-hal yang penting je. Zaman sekarang pakwe makwe sudah jarang berhubung melalui telefon. Zaman sekarang zaman teknologi. Mereka boleh berhubung melalui video call dan beberapa aplikasi mesej seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain.

Aku berharap Maxis cubalah bagi free internet pada semua pengguna mereka yang menyambut hari jadi. 

Melawat Kuan Wellness Ecopark

Seperti kebiasaan bila sudah dapat cuti umum maka pelbagai perancangan akan dibuat kemana destinasi nak pergi. Ada yang merancang awal-awal untuk memudahkan mereka bersiap-sedia. Ada pula yang merancang last minit. Situasi aku sekarang ini adalah dalam kategori last minit. Itu pun tanpa dirancang. Main bedal je pergi.

Mujurlah tempat yang nak dituju itu tak jauh dari tempat tinggal kita orang. Kalau jauh memang perancangan last minit adalah tak bagus. Memandangkan hari ini hari cuti sempena Hari Malaysia merangkap hari kelahiran aku gak (Tak ada ke siapa-siapa yang wish selain bini aku?!) maka destinasi yang dituju adalah Kuan Wellness Ecopark yang terletak di Tanjung Layang, Selangor. Perjalanan ke sana cuma mengambil masa beberapa minit saje.

Tidak disangka rupa-rupanya di kawasan Tanjong Sepat ini ada mini zoo. Tapi jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat harimau, gajah, badak sumbu dan lain-lain kerana semua binatang itu tak ada kat situ. Yang dapat aku perhatikan adalah arnab, rusa, landak, ikan-ikan dan burung-burung. 

Bunyi kicauan burung walit dan juga bunyi kicauan burung tak ori dari speaker
Bayaran masuk ke Kuan Wellness Ecopark cuma berharga RM2 sahaja setiap seorang tak kiralah kanak-kanak ke, dewasa ke bahkan yang dah tua tu pun bayarannya tetap sama jugak. 



Bila masuk je terus terkam arnab ni. Sempat jugak tangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Di depan kaunter itu ada jaul seplastik potongan carrot untuk diberi makan pada binatang. Bila dah bagi makan, memang pelahap. Mujur tak gigit jari aku.

Ini rusa.Bukan kijang
Bagi makan kuaci





Baby bunny. Berebut-rebut nak makan carrot



Itik gembo-gembo

Bukan Belanda je ada kincir angin, kat sini pun ada kincir angin.



Bukan setakat ada binatang. Pameran kereta pun ada. Semuanya kereta-kereta jenis lama dan old-school.  Jika teringin nak pergi zoo tapi jauh maka di sini adalah tempat yang sesuai untuk korang pergi. 


Monday 15 September 2014

Nora Danish terima ancaman rogol di Instagram. Salah siapa?

Aku sebenarnya malas nak ambik port pasal isu ni. Tapi entah kenapa isu ini berlegar-legar di kepala otak aku. Terasa nak masuk dalam blog dan melontarkan pendapat aku sendiri.

Begitulah nasib yang menimpa pelakon Pengantin Malam iaitu Nora Danish setelah instagram miliknya menerima komen-komen berbaur lucah dari pengikut yang yang bernama @muhd_akmal95.


"Rogol je @noradanish ni ramai-ramai. Baru best", komen @muhd_akmal95.

Melihat akaun Instagram tersebut sepertinya ia adalah palsu. Mana mungkin seorang yang berfikiran waras menggunakan akaun yang asli sehingga berani meninggalkan komen-komen yang menjengkelkan.

Bila dah jadi begitu aku pun berfikir sejenak kenapa benda ni boleh berlaku. Salah siapa sebenarnya ni. Pada pandangan aku, yang bersalah adalah Nora Danish kerana memuatnaik foto yang menjolok mata di laman sosial tersebut. Bila dah jadi macam ini, dia mulalah mengelabah. Sepatutnya dia kena berfikir kenapa ada orang yang berani meninggalkan komen begitu.

Aku rasa @muhd_akmal95 itu bukan komen di gambar tersebut, Mungkin dia sudah lama stalk foto dalam akaun Instagram Nora Danish. Entah kenapa masa tu pulak dia tinggalkan komen.

Seharusnya Nora Danish bermuhasabah diri dan perbaiki pemakaian diri. Janganlah pakai pakaian yang menjolokkan mata. Lelaki mana tahan tengok foto yang seksi tu woi.


Monday 25 August 2014

Teknologi

Suasana di malam selasa. Di dalam bilik.

Aku leka melayan game Clash of Clans.

Aku lihat isteri aku.

Juga leka melayan mesej dari grup Whatsapp. Tergelak-gelak.

Hmmm.

Zaman teknologi.


Monday 11 August 2014

Penangan duri kelapa sawit

Korang pernah tak kena tusukan duri kelapa sawit? Aku pernah kena beb. Memang pedih gila. Bila aku recall saat-saat terkena tu memang pedih je rasanya. Ni gara-gara aku balik lewat malam. Malam tu rasa macam seram gila. Dahlah gelap. Sunyi lagi satu hal. Lampu suluh pulak tak ada. Memang azab je masa tu. 

Aku jalan pintas tanpa melalui jalan biasa aku lalui. Aku rasa diperhatikan. Entahlah perasaan aku je kot atau benda tu memang betul-betul ada. Aku pun apa lagi terus lari pecut bak Usain Bolt. Masa tu gelap tak nampak apa-apa. Aku main redah je. Sampai satu kawasan tu ada timbunan pelepah kelapa sawit di hadapan aku. Kaki aku tak dapat nak brake. Terus terlanggar pelepah kelapa sawit tu dan.... beberapa duri kelapa sawit tertusuk di kaki kiri aku. Sakitnya memang tak terperi. 

Aku berdengkut-dengkut berjalan ke arah rumah. Menyesal pun ada apahal aku lari lintang pukang pulak. Kenapa aku tak cuba cool je. Sampai je kat rumah, aku cabut satu persatu duri tu. Darah tak berhentu mengalir. Esoknya aku pergi klinik. Seminggu jugaklah aku cuti sakit. 

Kalau korang nak tau, hampir 6 bulan berlalu, ada satu lagi duri masih berada di dalam daging aku. Dah lama tu baru perasan duri tu. Mula-mula bernanah lepas tu timbullah duri tersebut. Aku apa lagi, cabutlah. Gila tak cabut. Lama jugaklah aku bercuti tak main bola. Kaki pulak sangap nak menyepak bola je.

Pesanan aku pada diri aku, jangan balik lambat. Kalau balik lambat pun, sila pakai but kuning Phua Chu Kang. 

Cerita di KFC

Sedang aku penuh khusyuk melenyekkan kentang untuk dijadikan mashed potatoes, tiba-tiba aku terdengar bunyi  laungan azan. Lantas dengan cepatnya aku mintak kebenaran dari Miss yang muka annoying gila tu nak pergi menunaikan solat Maghrib. Aku tinggalkan sebentar kerja yang sia-sia tu. Aku akan sambung kemudian. 

Aku: Miss, saya nak pergi solat Maghrib kejap.

Miss : Ok, Boleh. Lepas solat buat apa?

Aku: Lepas solat baca doalah. Wirid apa bagai. 

Kawan kawan aku gelak. Aku blur. Apahal? Salah ke aku cakap.

Lurus sungguh aku ni. Lepas solat sambung kerja yang tinggal tadi. 

p/s: Lahanat punya pertanyaan. 

Sunday 15 June 2014

Posisi Bola Sepak yang aku suka

Dalam permainan bola sepak, setiap pemain diletakkan dalam posisi yang ditetapkan oleh jurulatih mengikut tahap permainan pemain itu. Jika pemain itu bagus dalam menepis bola, suka terbang maka penjaga gol posisi yang sesuai untuk pemain itu. Jika seorang pemain ni ada semangat pemusnah pihak lawan maka posisi yang sesuai untuk pemain ini adalah penyerang. 

Begitu jugak aku. Aku minat pada posisi pertahanan kiri. Kerana apa? Sebab aku suka buat overlap untuk serangan pantas. Pernah tak melihat aksi pemain kelahiran Brazil mewakili kelab Real Madrid, Marcelo bermain? Dia kerap overlap semasa serangan pantas. Dari posisi pertahanan membantu bahagian tengah dan serangan.  (Sila play video di bawah)



Perlu diingat bahawa tugas pertahanan bukan hanya setakat menyekat pemain lawan melakukan serangan tetapi tugas pertahanan juga membantu bahagian tengah dan serangan. Bukan hanya duduk di posisi pertahanan dan membiarkan pemain tengah dan serangan melakukan tugas mereka sendiri. Cuba lihat Diego Alves dan Rafael. Mereka sering membantu bahagian lain untuk mencari kemenangan.

Bagi pemain tempatan yang sering membantu bahagian serangan dan bahagian tengah adalah Mahali Jasuli, Razman Roslan. Mereka sering membantu bahagian lain. Jadi posisi yang aku suka adalah posisi pertahanan kiri. Buat masa sekarang ni aku masih setia di posisi ini. Jika ada kemajuan diri, aku nak cuba di posisi bahagian tengah pula. 




Friday 13 June 2014

Ibu


Pesanan pada semua pembaca blog aku sekalian, janganlah korang buat mak korang menangis. Nampak tak keratan tu? Menjunamkan ke dalam api neraka selama 60 tahun tau. Sedangkan menjunamkan kepala dalam air laut atau dalam kolam renang seminit pun korang dah terkapai-kapai nak keluar apatah lagi ni dalam api neraka. Apa lagi nak dikata.

Gembirakanlah ibu korang. Jangan bagi ibu korang sedih dan menangis. Begitu besarnya darjat seorang ibu. Si ibu boleh menjaga sepuluh anak tapi kenapa seorang anak susah nak jaga ibu. Jenguklah ketika dia masih hidup. Jangan jenguk semasa dia sudah meninggal dunia. Menyesal tak sudah nanti.

Apa pun ibu tetap terbaik.

Thursday 12 June 2014

Hikmat Cakaran Seorang Isteri

Pagi tadi aku beli surat khabar Harian Metroll kat kedai runcit. Sebab musabab aku beli adalah berita utama yang terpampang di hadapan akhbar tersebut iaitu cakaran kaki ayam seorang isteri pada suaminya. Sebenarnya sehari sebelum ia keluar berita di muka hadapan akhbar tu memang dah kecoh dah dalam laman sosial pasal cakaran kat seorang lelaki ni.  Jadi untuk membantu melariskan akhbar tersebut aku pun belilah satu. 

Si lelaki yang berumur 25 tahun ni telah buat laporan pada polis bahawa dia telah dicakar oleh isterinya yang berumur dalam lingkungan 40-an. Tapi si suami tak membalas mungkin kerana dia nak jadi lelaki yang alim. Tapi nak jadi alim pun kamu dah mengaibkan bekas isteri kamu sendiri dengan melaporkan perihal cakaran tu. Kecoh satu Malaysia oi. Kan itu memalukan tuan punya badan tu sendiri. Lebih baik simpan je cerita tu sendiri. Aku bukannya nak back up bekas pelakon drama Gerak Khas tu cuma hal-hal yang berkaitan rumah tangga ni eloklah dirahsiakan. Aku tak tau apa niat lelaki ni buat kenyataan macam tu. Mungkin nak memalukan bekas isterinya ini. Alahai, budak kurang matang. 

Persoalan yang bermain di minda aku kenapa nak memalukan bekas isterinya ini? Untuk apa? Untuk memuaskan hati sendiri? Untuk menjatuhkan maruah perempuan ini? Untuk mengaibkannya? Adoiyai, dunia-dunia. 


Sunday 16 March 2014

Jom layan Need For Speed!

Siapa yang pernah layan game PC Need For Speed dan tak tengok filem ni memang korang adalah orang yang paling malang kat dunia ni. Serius shit memang filem ni terbaik even pelakon tu aku tak berapa nak kenal. Semalam aku pergi tengok filem ni dengan wife aku kat TGV Bukit Tinggi.  Wife aku lepas tengok filem dia kata memang best filem tapi dia ada komen pasal pelakon lelaki tu yang dia tu suka menangis. haha. Apa-apa jela wife ku. 


Tu tiket aku beli sebagai bukti yang aku pergi tengok. Aku tak sembang kencang punya. Dari awal cerita ni memang dah best apatah lagi babak akhir. Dalam 80 peratus banyak aksi manakala 20 peratus adalah babak borak-borak kosong. Tak adanya nak fokus babak bibit-bibit percintaan. Serius aku memang suka tengok kereta Ford Mustang tu dan juga kereta Lamboghini tu. Perghh. 

Aku berani cakaplah filem ni memang best giloss!. Tak rugi pun pergi tengok. Aku berani bagi 10 bintang dari 10 bintang. Bukan program bintang mencari bintang ek. Yang tu memang membosankan. Jom layan vrooom!