Friday 10 October 2014

Reviu Filem Annabelle


Masa mula-mula aku tengok poster filem Annabelle ini memang tanggapan awal aku yang filem memang gempak seram gila babeng. Itu adalah tanggapan awal aku. Tanggapan awal aku yang aku akan menutup mata aku dengan tangan tapi masih dapat tengok babak mendebarkan itu di celah-celah jari aku. Tanggapan aku yang patung Annabelle itu lebih kejam dan zalim dari patung dalam filem lama Child's Play tu. 

Tetapi semua tanggapan awal aku itu berubah setelah aku menonton filem ini. Ia taklah menyeramkan seperti yang aku sangkakan. Meleset sama sekali. Ia taklah menyeramkan sangat jika dibandingkan dengan filem The Conjuring,Insidious dan Insidious Chapter 2. Siapalah aku suka membandingkan ketiga-tiga filem itu dengan filem Annabelle ni. Tetapi selera keseraman itu agak berbeza bila menonton filem Annabelle ni. 

Semasa ia mula ditayangkan, ternyata sambutan filem ini amat menggalakkan sehingga hampir penuh manusia dalam panggung wayang. Mungkin mereka yang baru menonton pertama kali ini tidak mendapatkan sedikit pendapat dari kawan-kawan yang sudah menonton filem ini. Sudah ternyata ia mendapat sambutan. 

Pabila sudah menontonnya ternyata ia amat hampeh. Ia tak seseram mana pun. Kawan aku yang duduk sebelah aku ni masih menunggu pitching di mana keseramannya sehinggalah filem ini tamat. Kawan aku ni rupa-rupanya juga seorang yang teliti dan pengkritik tanpa etika. Lepas tamat filem itu mulalah mulutnya mengkritik tentang filem ini. 

Pada semua kaki wayang sekalian, rasanya tak payahlah tengok filem ini. Ia taklah seseram mana. Jika nak tonton juga dipersilakan kerana ia adalah hak masing-masing, 

Sebelum aku tamatkan ulasan tentang filem ini, mari sama-sama kita tatap foto asal patung Annabelle ni.  


Jika dibandingkan dengan patung Annabelle versi filem tu memang agak scary tetapi bagi aku patung asal ini lagi scary. Aku tengok foto lama yang dark ni pun dah terasa seramnya. Baiklah aku nak masuk tidur. Gilalah aku ni update reviu filem ni semasa pukul 1 pagi.  

Ok bye.