Tuesday 25 November 2014

Maharajalawak 2014: Lagu latar lawak Nabil

Rasanya ramai kot yang nak tahu lagu latar lawak Nabil untuk babak lawak parking tu. Aku juga termasuk dalam kumpulan yang ingin tahu tu. Lagu latar untuk lawak parking tu memang kena pada lawaknya. 

Mendengar muziknya tu membuatkan aku tertarik nak tahu lagu apakah itu. Maka bermulalah epik penjelajahan ke laman sosial Facebook dan Twitter untuk mencari tajuk lagu tersebut. Pertanyaan demi pertanyaan aku ajukan dan Tweet demi Tweet aku twitkan tapi hampa ianya tiada balasan. 

Hinggalah pada hari ini baru aku mendapat tajuk lagu tersebut. Penantian itu sungguh menyeksakan. Terima kasih kepada sahabat di Page Facebook  Maharajalawak 2014 kerana membalas komen di dalam post tu. Thumb up!.


Ya tajuk lagu tu adalah Wiggle nyanyian Jason Derulo feat Snoop Dog. Dengan pantas aku beli lagu ni kat iTunes. Baru puas hati beb. Jadi kepada mereka-mereka yang nak download bolehlah beli lagu ni di iTunes berharga RM3 lebih dengan kata carian Jason Derulo. 

Jom layan lagu ni, Lalala.

Monday 24 November 2014

Kisah seram di rumah mentua ku

Ini bukan filem Ibu Mertuaku tapi ini adalah kisah seram yang aku lalui semasa tinggal kat rumah mentua aku.  Ini adalah kali pertama kisah seram berlaku dalam hidup aku. 

Oklah sini aku nak ceritakan ni. Tutup lampu bilik tu dulu. Cerita dalam sedikit gelap disinari cahaya lilin pun best jugak. Rare. Kejadian ni berlaku selepas majlis pernikahan kawan aku merangkap bakal biras aku. Masa tu pukul 9 malam jika tak silap aku. Masa tu aku baru balik dari pekan beli barang keperluan. Masing-masing kepenatan setelah seharian keluar beli barang. Aku pulak ke dapur menolong isteri aku membawa barang-barang dapur. Selepas tu aku ke ruang tamu bawa segelas kopi.

Masa dalam perjalanan nak ke arah ruang tamu,aku ternampak pintu utama tu sedikit terbuka dan dengan tiba-tiba muncul tangan berwarna putih dari arah luar dengan serta merta memegang tombol pintu dan menutup pintu tu. Bunyi tutup pintu memang kuat seperti kita manusia biasa menutup pintu. 

Aku taklah takut sangat masa tu kerana aku syak mungkin adik ipar lelaki aku tu nak keluar dan mungkin tangan dia yang muncul dari arah luar dan memegang tombol tu. Aku dengan perasan tak takut dan tak syak apa-apa terus membuka pintu itu dan mencari ke mana adik ipar aku ke mana dia pergi. Bila tengok kat luar tak ada pulak dan tak dengar bunyi deruman motor Kawasaki dia. Yang berada di ruang tamu ada anak buah isteri aku. Salah seorang anak buah isteri aku tu cakap "Ayah Cik buat tak tau je. Tak ada apa-apa pun". 

Aku memang yakin nampak tangan berwarna putih tu. Mata aku tak silap pun. Memang aku nampak dengan jelas beb. Pelik macam mana boleh 'benda' tu ada kekuatan dengan menutup pintu tu dari arah luar. Sedikit keliru kenapa tangan tu cuba masuk ke dalam dan memegang tombol dan bukan menutup dengan memegang tombol pintu dari luar. Mungkin 'benda' tu cuba nak menonjolkan diri dan membuat kita perasan akan kehadirannya. Ah sudah. 

Aku malas nak fikirkan sangat dan abaikan saje kejadian tu. Pada aku di sekeliling kita ada makhluk dari alam lain cumanya dari mata kasar kita memang kita tak perasan akan kewujudannya. Cuma yang mempunyai hijab boleh melihat makhluk dari alam lain seperti penulis buku Mata Tak Berhijab iaitu Zulkifli Idrus. 

Gambar sebelah ini adalah gambar pintu di mana tangan 'benda' tu masuk dari arah luar dan menarik tombol dari dalam. Dari sudut inilah aku ternampak tangan 'benda' tu masuk ke dalam. Pintu tu taklah terkuak besar sangat tapi bunyi hempasan itu memang jelas kuat dari telinga aku. Bila dah lepas kejadian itu baru aku terasa keseramannya walaupun hanya cuma selengan tangan berwarna putih. 

Taklah seram mana kot pada pandangan korang kan. Korang ada cerita lagi seram daripada aku bolehlah kongsi-kongsikan.