Sunday 28 August 2016

Tukar Susu

Sejak lahir, Tuah hanya minum susu Lactogen. Susu badan dia dah tak nak. Mungkin kesan daripada penggunaan puting tiruan. Itulah silapnya. Bila dah biasa bagi puting tiruan, ia telah mengganggu penyusuan.

Hampir 5 bulan (Yay! Tuah dah 5 bulan) Tuah minum susu formula tu. Entah macam mana dia dah kurang minum susu tu. Minum pun kejap-kejap je.

Aku dan isteri mula cari jalan untuk menukar susu lain. Nak beli Pediasure, dah sure harganya mahal. 

Pergi ke Pasar Grand Union ni, merayau-rayau susu apa yang sesuai, maka kami pilih susu Dutch Baby. Sampai rumah bila beri susu tu, laju je dia menyedut. 

Hati gembira bila tengok dia menyedut dengan laju. Alhamdulillah.




Thursday 18 August 2016

Ternak Lembu atau Kambing

Aku ada perancangan nak menternak binatang. Dan binatang yang aku nak ternak itu sudah tentu bukannya cipan mahupun tenuk. Dinasour jauh sekali.

Aku merancang nak menternak kambing atau lembu. Bila tanya pasal menternak ini, aku kena tahu juga pasal selok-belok nak menternak ni. Takkan nak main redah macam tu je kan. Kenalah ada sedikit ilmu. Kena ada guru yang beri tunjuk ajar.

Maka, aku pun bertanya pada yang arif pasal dunia perternakan ni. Menurut cakap-cakap bela kambing ni leceh dan merumitkan. Kambing ni tak reti nak duduk diam. Asyik mengembek je. Dah tu kena ada kandang yang tinggi. Tak boleh kandang bawah. Kena ada haba seperti bakar kayu untuk memanaskan kambing-kambing ni. Kambing ini tak boleh kena sejuk nanti kambing ni akan sakit dan diakhiri dengan kematian. Kesian.

Jika dibandingkan dengan lembu, lembu ini senang nak jaga. Korang tambat je dekat pokok. Tak payah nak buat kandang untuk beliau. Dah tu tak payah nak buat unggun api. Tapi masalahnya najis dia je. Bapak besar najis dia. Kalau kambing najisnya berbiji-biji je. Tak adalah nampak ketara sangatkan. Ni najis lembu, sebesar dua tapak kaki manusia. Yang tak tahan tu bila terpijak najis yang baru segar. Perghh, menyirap je.

Mak mentua aku cerita arwah bapak mentua aku pernah menternak lembu. Dia cerita petang-petang pergi sabit rumput nak bagi lembu makan. Bila dah dengar macam tu, maka komitmen kena lebih sikit. Kena korban masa rehat dan tenaga untuk jaga lembu kita ni. Kalau nak buat, kena buat betul-betul.

Ada juga aku dengar cerita ada orang lelaki ini berjaya menjadi perternak lembu yang berjaya. Dengarnya orang Kg Endah. Taraf pendidikan dia sekadar tamat darjah 6 tapi atas kegigihan dia, dia berjaya menjadi penternak lembu yang berjaya. Setiap bulan gaji yang dia terima, dia beli lembu. Setiap bulan dia buat macam tu akhirnya jadi banyaklah. 

Siapa kata tamat darjah 6 tak boleh berjaya. Yang penting berusaha. Allah akan bagi ganjaran pada orang yang berusaha ni. Kau buat je. Niatnya mestilah diakhiri dengan kerana Allah. Nescaya Allah akan balas. 

Itu je la pelajaran yang aku dapat. Nak lebih ilmu, kenalah hadir ke kursus pasal perternakan. Tengah fikir ni nak serius ke tak menternak ni. Bila difikirkan memang banyak masa diperuntukkan untuk menternak lembu ni. Insyaallah satu hari nanti. 


Saturday 13 August 2016

Qalqalah

Petang tadi aku pergi ke kelas agama. Pelajaran yang aku pelajari pada hari ini adalah berkenaan Qalqalah.

Qalqalah adalah lantunan atau detakan.

Qalqalah terbahagi kepada 2 iaitu Qalqalah Qubra (Besar) dan Qalqalah Sughra (Kecil).

Ada 5 huruf Qalqalah iaitu:


Qalqalah Qubra berada di akhir ayat seperti Surah Al-Ikhlas manakala Qalqalah Sughra pula berada di tengah-tengah ayat. 

Itu sahaja apa yang saya pelajari. Semoga ia bermanfaat walaupun hanya sekejap saja.