Monday 10 September 2018

Jualan Salah Satu Akaun eBay

Assalamualaikum dan Selamat Ber-eBay

Rasanya dah lama saya tak kongsi cerita berkaitan eBay. Seperti yang kita ketahui, eBay adalah satu platform marketplace yang menjual pelbagai jenis produk dari seluruh dunia. Di platform ini memang menjadi tumpuan buat semua pembeli untuk membeli pelbagai jenis barang mengikut kategori. Sebagai penjual, adalah menjadi satu kerugian jika tak menggunakan sepenuhnya platform ini.

Seperti yang kita ketahui, pembayaran menggunakan matawang Dollar, kenapa tidak kita ambil peluang ini untuk menjual produk kan? Ini ditambah lagi dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Makanya, kenalah ambil peluang ini dengan cepat.

Baiklah. Saya nak sentuh mengenai jualan dalam salah satu akaun eBay saya ni. Akaun ni dah lama saya tinggalkan macam tu je. Saya campak satu listing dan set 'Good Till' Cancel". Hampir 3 bulan saya biarkan macam tu je.

Pada 9 Sept 2018, saya terima satu notifikasi emel menyatakan yang produk saya listing pada bulan Jun sudah terjual. Pembeli dari Australia ini terus membeli 4 sekaligus. Bila saya terima jualan, saya terus ke website Aliexpress untuk membuat pembelian barang tersebut, Saya tak simpan stok kerana saya hanya menjadi orang tengah atau dropship sahaja. Jadi, saya tidaklah rugi jika saya simpan stok tapi barang tak terjual. Cukup sekadar ambil gambar, maklumat produk dan jenis penghantaran dari Aliexpress sahaja. Saya hanya melakukan sedikit kerja sahaja dan selebihnya penjual dari Aliexpress sahaja yang akan uruskan.

Berapa saya dapat?

Di bawah ini saya sertakan bukti pembayaran.


Harga barang ini di Aliexpress adalah $ 5.34 dan saya jual $ 13.90. Saya untung $ 8.56 bersamaan RM 36 sebelum ditolak fee eBay dan fee Paypal. Jika dah 4 barang terjual, berapa saya dapat? Dah tentu dapat banyak keuntungan.

Begitulah adat berniaga. Ada juga untung dan rugi. Kita kenalah tempuhi. Semoga perkongsian saya ini dapat menaikkan semangat saya dan anda semua untuk terus meniaga di eBay.

Jumpa lagi di lain posting.

Friday 7 September 2018

Alkisah Seorang Anak Bermain Bedak

Tersebutlah al-kisahnya, Si Tuah ni main bedak. Dia letak bedak di atas lantai. Lepas tu dia tepuk bedak tu dan cepuk di muka dia.

Dan inilah hasilnya. Dah macam orang asli Australia dah pulak aku tengok. Macam-macam gelagat dia buat.


Inilah hasil kerja tangan dia. Tak ada kerja, buat kerja. Melayan sahajalah si anak seorang ni.


Saturday 18 August 2018

Maxis Gila

Sejak ramai pengguna meninggalkan rangkaian Maxis sebagai perkhidmatan telekomunikasi, Maxis mula mencari jalan menarik semula hati pelanggan yang telah menukar talian komunikasi yang lain.

Apa yang diorang buat?

Pada 18 Ogos 2018, Maxis telah menawarkan Giga Sales dimana mana-mana pelanggan Maxis membeli pakej internet akan diberi data tambahan.



Memang Maxis dah gila. Aku pula terus beli. Dengan data internet yang banyak ni bolehlah download movie dan layan Youtube. Sampai aku dah naik bosan dah bila data tak habis-habis, Semua pengguna Maxis, apa lagi, terus beli cepat-cepat. Bukan selalu dapat ni.


Wednesday 15 August 2018

Fluffy Luffa - Produk Panas Tapi Dihentikan Jualan


Entah kenapa produk panas sabun Fluffy Luffa terus menghentikan keluarannya. Untuk pengetahuan anda, produk ini memang laku keras di eBay. Adalah menjadi satu kerugian besar syarikat yang menghasilkan sabun ini terus menghentikan keluaran sabun ini. Mungkin ia hanya sementara. Doanya ia kembali dihasilkan.

Bila ditanya sambutan luar biasa sabun ini, memang diakui ia produk laku keras dan menjadi buruan buat penjual dan pembeli sabun ini.

Aku pernah sekali jengah website fluffyprofesional,my. Website nampak kemas dan simple. Tetapi ada kekurangannya. Antara kekurangannya adalah tiada contact seperti emel. Sepertinya ia adalah scam. Pembeli rasa tak yakin nak beli produk di website ni termasuklah aku.

Bila aku buat carian di FB, ramai netizen dari luar negara terus memberi komen-komen kecaman ke atas penjual yang terus senyap tanpa memberi apa-apa jaminan. Tetapi produk ini tetap laku di eBay. Pernah sekali aku listing di eBay. Dalam sejam terus orang beli. Memang ya produk ini panas dan laku keras di luar negara. Tak senang duduk bila kerap terima emel notifikasi dari eBay yang barang ini telah terjual.

Harapnya syarikat yang mengeluarkan produk ini terus menghasilkan sabun ini. Adalah satu kerugian jika barang dah ada demand tetapi tak teruskan penjualannya.


Thursday 5 April 2018

Belajar Google Adwords

Kini aku mula berjinak-jinak nak belajar mengenai Google Adwords. Disebabkan ia juga benda penting perlu dikuasai oleh usahawan internet. Tanpa iklan, bagaimana orang kenal akan kewujudan perniagaan kita. 

Kebanyakkan orang mencari sesuatu di enjin carian Google. Ia adalah kerana carian ia mudah dan pantas. Dalam beberapa saat sahaja carian anda akan terpapar di enjin carian Google. 

Cuba taip 'Kelas Al-Quran' atau 'barang baby murah'. Secara serta-merta pengguna akan sedar kewujudan model perniagaan anda. 

Orang tidak mencari di kotak Facebook search kerana tak semua apa yang kita cari ada di situ. Ada pun ia cuma posting-posting pengguna FB. Di enjin carian Google, sumber ilmu itu luas. Jadi, kenapa tidak kita cuba belajar menguasainya.

Untuk belajar mengenai Google Adwords, bolehlah anda pergi ke laman blog sifuadwords.my. Dari situ anda akan kenal Sifu Wanmus. Terima kasih kerana kongsi ebook pada pengguna. eBook amat bagus dan menarik serta ringkas. Senang nak dibaca`

Selamat menguasai ilmu Google Adwords!



Tuesday 3 April 2018

Berjaga Malam

Aku kini lebih kerap berjaga malam disebabkan mencari idea barang apa perlu dijual di eBay. Menjadi kebuntuan bagi aku kerna setiap kali aku listing di eBay, pasti tiada siapa mahu beli.

Mungkin ada kesilapan di mana-mana yang perlu aku perbaiki.

Sekarang aku lebih banyak masa ketika di waktu awal pagi. Anak dan isteri sudah tidur. Jadi senanglah aku untuk mencari idea barang apa perlu dijual di eBay. Kadang-kadang pukul 4 pagi baru aku tidur.

Keesokkan paginya pula aku kena berkhidmat di sektor kerajaan. Malamnya pula aku bermain dengan anak dan isteri aku. Setelah mereka tidur, baru aku mengorak langkah untuk memikirkan mengenai perniagaan atas talian.

Begitulah rutin harian aku. Semoga aku berjaya kelak. Amin