Tuesday 28 May 2019

Pengalaman Tuah Putus Puting Tiruan

Seronok sebenarnya bila mengimbau kembali saat-saat hidup bersama dengan si Tuah ni. Salah satunya yang membuat aku tersenyum seketika adalah mengenai puting tiruan.

Tuah sejak dari lahir memang dah diberi puting tiruan. Alasannya adalah nak bagi dia senyap dan tak menangis. Dia memang diberi susu formula sebabnya isteri tak dapat nak bagi susu badan.

Antara kenangan terindah adalah kekerapan kami membeli puting tiruan ni. Puting tiruan yang kami biasa beli adalah jenama Tommee Tippie. Jenama ini memang dah sinonim dengan kami. 

Punca kekerapan kami membeli puting tiruan adalah disebabkan kekerapan hilang, tertinggal atau tersalah letak di mana-mana. 

Harga puting tiruan Tommee Tippie ni bukan murah harganya. Satu je sudah berharga RM20 lebih. Bila kami terdesak kami beli juga jenama lain tetapi Tuah memang tak biasa dengan puting tiruan jenama lain. Pandai memilih.

Pernah sekali kami tertinggal di rumah saudara selepas berziarah beraya di rumahnya. Kami sanggup patah balik pergi ambik sebab ia satu-satunya puting yang tertinggal. Lagipun waktu itu dah lewat malam. Mana ada kedai jual barangan bayi buka lagi. 

Pernah juga semasa di rumah, kami tak pasti di mana putingnya diletakkan. Dia sendiri yang terlupa di mana letaknya. Kami pula menjadi mangsa. Jadi, sebagai ibubapa, kami kena usaha carikan juga. Jika tak jumpa, alamatnya memang dengar suara dia menangis je la. 

Disebabkan isu kerap hilang, tersalah letak inilah lama kelamaan dia putus puting tiruan dengan sendirinya. Lega. Tak perlu dah mendengar dia menangis tiap-tiap malam. Sebelum ni, dia menangis juga tetapi kami tahan dan pekakkan telinga saja. 

Pernah juga sekali kami beri dia puting tiruan tu. Dia uwek kan je. 

Alhamdulillah, ada hikmah selalu hilang puting tiruan ni. Dia pun dah tak hisap puting tiruan lagi dah. Tetapi kenangan itu sangatlah berharga. Akan dikenang sampai bila-bila. Dan kami juga boleh baca di blog ini :D

Inilah salah satu pengalaman bersama dengan Tuah. Mungkin ada lagi kenangan yang lain akan saya kongsikan. 

Ok Bye!