Monday 7 October 2013

KL Gangster 2 best!

Kecoh satu Malaysia apabila filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 telah 'bocor' di internet dan telah pun dijual di pasaran. Kesian sungguh pada Syamsul. Hingga berniat tak nak mengarah lagi. Sekarang tiada siapa yang tahu macam mana filem tu boleh 'bocor' sebelum ditayangkan tu. Dengar cerita ramai yang dah tengok.


Tetapi sambutan filem tu tetap menggalakkan. RM700 ribu telah berjaya dikutip hanya 3 hari ditayangkan. Kemungkinan orang yang dah tengok movie leak tu tengok gak kat pawagam. Aku tak tengok leak movie tu. Tak suprise lah camtu. Dalam filem ni aku benci sangat dengan Tailong a.k.a Rosyam tu. Menjadi lakonan dia siot. Bila orang benci dengan Rosyam maknanya lakonannya memang mantap gitu. Filem ni menceritakan sebab apa Malik boleh masuk penjara dan kita dapat tahu siapa yang bunuh mak Shark tu. "Oh macam tu rupanya", kata aku dalam hati. Hehe

Apa pun harapnya kutipan filem ni mencecah jutaan ringgit. Good job Syamsul walaupun aku benci dengan  gaya berlagak kau dalam filem tu. Huhu

Wednesday 28 August 2013

Mata tidak akan dijual ke Manchester United?

Kemungkinan ini sebabnya.



Sebab..



Inilah sebabnya. 


Wednesday 10 July 2013

Silence Handphone Please!

Mungkin dah jadi tabiat aku bila aku berada di dalam Hall pawagam memang on the spot aku akan turn on silence mode handphone aku. Ketika dalam mesyuarat, bengkel, kursus, taklimat sekalipun, aku akan turn on silence mode handphone aku. Aku dah terbiasa. Sejak aku belajar lagi.

Yang menjadi masalahnya adalah dengan sikap orang lain ni. Yang ni aku pantang. Faham-fahamkanlah perasaan orang lain. Jika ada hal penting sila turn on silence mode handphone kau tu. Ia mengganggu keseronokan orang lain yang fokus sepenuh perhatian jalan cerita filem tu. Dasar tak ada kesedaran sivik. Sellfish

Jika tak mahu orang mengganggu anda, sila turn off handphone mahal anda!. Jika risau ada orang call pasal hal-hal penting, sila turn on silence mode dan buat mode vibrate. Orang lain pun tak marah dah. 

Silence Your Handphone Please! atau aku campak handphone kau ke dalam lubang tandas! atau dengan kau sekali aku campak!


Monday 8 July 2013

Hospital

Hospital adalah tempat untuk orang-orang yang sakit. Tak pernah lagi aku dengar orang yang sihat duduk di atas katil wad sambil bergembira. Bercerita tentang hospital, aku pernah ditahan wad sebanyak 2 kali. Pertama, ditahan wad kerana terkena apendiks di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kedua ditahan wad kerana mengidap penyakit TB di Hospital Banting. 

Jika aku bercerita ni memang panjang yang amat. Nanti update satu persatu. :)


Sunday 7 July 2013

Kereta

Tak pernah aku terfikir aku akan memiliki sebuah kereta. Pernah dulu aku naik bas dan duduk di kerusi terpandang sebuah kereta di traffic light Kesas Highway berdekatan dengan Johan Setia menuju ke Pusat Bandar Klang dan Shah Alam. Aku mencipta sebuah perasaan cemburu yang positif apabila melihat orang lain memiliki kereta. Kataku  dalam hati "jika orang lain boleh memiliki kereta, kenapa tidak aku?". Ya, aku akan cuba memiliki sebuah kereta walau apa pun. Hampir malu aku apabila aku cuba menggengam tangan sambil berkata "CHAIYOK-CHAIYOK". Itulah perasaan cemburu yang positif. Jika ada perasaan cemburu yang negatif, maka dah lama dah aku buat lukisan kat badan kereta tu.

Pernah juga sekali aku terpandang seorang abang berbangsa sama dengan aku, orang asli mengundur kereta Proton Saga dan terus pergi entah ke mana. Dalam hati aku, dia orang asli boleh dapat kerja bagus, kereta bagus kenapa aku tak boleh. Masa itulah aku menetapkan sasaran umur 25 tahun aku mesti memiliki sebuah kereta. Tak kisahlah kereta apa janji dapat kereta kecuali kereta mainan dan kereta sorong.

Pada tahun 2006, semasa aku sambung belajar di sebuah kolej swasta di Banting, aku hanya menaiki bas ke kelas setiap hari. Timbullah kesedaran dalam hati sampai bila aku akan naik bas saja. Pada tahun 2008, aku berjaya memiliki sebuah motor 135LC (hilang selepas 6 bulan pakai.Akan dicerita kemudian) dihadiahkan oleh mak aku. Terima kasih mak. Selepas tamat belajar, aku tekad dalam diri aku mesti mendapat kerja di sektor kerajaan dan hanya sekali pergi temuduga, aku berjaya mendapat kerja kerajaan selepas bermati-matian kerja di Tesco Klang. Masa tu aku berumur 24 tahun. Alhamdulillah. Maknanya sasaran pertama aku berjaya. 

Masuk umur 25 tahun, aku berjaya memiliki sebuah memiliki sebuah kereta Proton Saga berwarna putih. Full-loan. Cuma bayar booking je. Ada kesilapan telah aku lakukan tu iaitu tempoh bayarannya adalah selama 15 tahun tapi oleh kerana aku terlalu inginkan kereta tu, memikirkan kesusahan ibubapa aku, aku terpaksa juga terima. Ini demi kesenangan ibubapa aku. Alhamdullillah jika ibubapa aku sakit, aku dapat hantar dia ke hospital. 

Kereta aku taklah semewah mana. Cukuplah sekadar dapat membawa ibubapa aku pergi kemana-mana. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Jika mampu beli kereta mahal, anda boleh beli kerana anda mampu. Apapun kisah ini adalah berdasarkan pengalaman aku. 


Thursday 4 July 2013

Gunting rambut

Petang tadi selepas balik dari kerja, aku pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut aku. Melihat keadaan rambut aku yang dah panjang dan agak messy membuatkan aku nak potong petang tu jugak. 

Bila mengingatkan mengenai gunting rambut ni, aku terkenangkan zaman kecik aku. Aku tak pergi pun gunting rambut aku kat kedai gunting rambut. Insan istimewa yang bersusah payah menggunting rambut aku dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5 adalah mak aku sendiri. Nak bawak potong rambut ke pekan memang tak lah sebab keadaan masa tu memang amat susah untuk mak bapak aku bawak aku keluar ke pekan. 

Zaman itu memang amat susah sekali kerana pada masa tu, Pulau Carey (tahun 90-an) masih belum ada jalan raya bertar. Ada pun jalan bertanah merah. Biasalah. Jalan ladang kelapa sawit. Tak kan nak turapkan tar pulak kan kalau dah terang-terang kawasan tu kawasan ladang kelapa sawit.

Ditambah pula keluarga aku tak ada kenderaan sendiri seperti motorsikal. Harta kami yang ada hanyalah sebuah basikal. Keadaan masa itu memang amat susah. Nak beli ding dang atau tora pun susah. hehe. Masa tu tora memang best. Hinggalah tahun 2000 baru ada jalan raya di Pulau Carey. Itu pun dah cukup baik daripada tak ada langsung. 

Pada zaman aku bersekolah dulu, tukang gunting menggunting rambut aku adalah mak aku sendiri. Even mak aku taklah pakar sangat bab-bab dalam menggunting rambut tapi dia cuba juga menggunting rambut aku. Kami tahu memang tak mampu untuk menggunting rambut ke pekan. Adakah keluar ke pekan hanya kerana semata-mata untuk menggunting rambut setelah menempuh perjalanan yang jauh? Memang tak lah. 

Kini, aku amat merindui saat-saat mak aku menggunting rambut aku tu. Aku amat berterima kasih pada mak aku kerana berjaya menggunting rambut aku walaupun ia taklah cantik mana pun. Apa yang penting, rambut perlu dipotong dan nampak segak dari pandangan mata orang lain. 

Sekarang, bila dah berkerja ni, aku hanya pergi ke kedai gunting di pekan untuk menggunting rambut. Sekarang aku dah senang sikit tapi aku tak terfikir pulak siapa pulak yang nak gunting rambut mak aku sendiri? Dia gunting sendirikah? Tak mungkin. Mustahil. Sampai sekarang aku buntu memikirkannya. Tak apa, nanti aku tanya pada dia. Mungkin aku akan bawa dia ke salon. :)

Jika dibandingkan kesusahan aku dengan zaman sekarang, budak-budak zaman sekarang memang amat beruntung cuma kurang menghargai apa yang ada. Jika nak gunting rambut, mak bapak hantarkan. Pernah sekali aku gunting rambut di pusat salon di sebuah shopping complex di Klang. Seorang ibu menemani anak perempuannya berumur dalam lingkungan 5 tahun menggunting rambut anaknya. Beruntung sungguh budak-budak zaman sekarang ni jika nak dibandingkan dengan zaman aku kecik-kecik dulu.  

Kesimpulannya, berterima kasihlah orang yang banyak berjasa dengan menggunting rambut kita kerana tanpa mereka mungkin rambut kita akan kembang Afro seperti penyanyi kumpulan Alleycat tu. Bak kata David Arumugam, terima kaseeyyyy...(Thanks)


Monday 1 July 2013

Kucingku bernama Ecak

Aku ada seekor lagi kucing berwarna kelabu campur hitam-hitam sikit. Aku namakannya Ecak. Sebab apa aku namakannya Ecak adalah kerana kucing aku yang mati dulu tu sama bulunya iaitu kelabu bercampur hitam sikit. Aku fobia jugak dengan nama ni sebab sudah 2 ekor kucing aku bernama Ecak menemui ajal. Seekor semasa aku tinggal bersama dengan abang aku kat Morib. 

Masa tu aku nak pergi ke rumah abang aku lagi satu. Dalam perjalanan nak balik tu aku perasan ada seekor kucing mati terjelepuk kat tepi jalan. Rupa sama seperti Ecak. Aku buat tak endahkan je. Mungkin kucing orang lain. Setiba aku ke rumah abang aku, aku cuba cari Ecak. Abang aku kata dia ikut aku masa aku nak pergi rumah abang aku lagi satu. Baru aku teringat ada seekor kucing terjelepuk kat tepi jalan. 

Aku bergegas ke tempat Ecak mati terjelepuk tu. Rupa-rupanya memang betul itu adalah Ecak. Sedih bercampur hiba. Keesokkan harinya aku tanam dia. Sedih. 

Ada lagi seekor kucing bernama Ecak juga. Aku teringat Ecak yang lama tu sebab bulunya sama dengan kucing masa tu. Mati di tepi jalan rumah aku kat Pulau Carey. Itu pun ikut aku ke kedai. Aku semacam fobia nak berikan nama kucing tu dengan nama Ecak.

Kini, aku berani meletakkan nama kucing yang sama bulu dengan kucing yang lama tu dengan nama Ecak. Aku tak pernah serik dengan nama tu. Istimewanya kucing ni dia sentiasa tidur bersama dengan aku. Apabila aku balik dari kerja, dia cepat-cepat datang dekat dengan aku. Sekarang kucing itu tengah tidur di katil aku. Tengok macam sakit je. Diam je tak bising seperti kebiasaannya. Ya Allah selamatkanlah kucingku itu. Amin. Semoga dia akan baik. 

Ini adalah Ecak yang terkini


Thursday 27 June 2013

Tottenham Hotspurs

Jika ada orang tanya pada aku apa kelab yang kamu minat selain Manchester United dan dengan serta-merta aku akan jawab aku amat meminati kelab Tottenham Hotspurs. Jika dilihat seperti aku tidak setia pada Manchester United kan.


Siapa nak halang aku minat kelab yang lain selain Manchester United kan. Aku sudah lama mengenali kelab ini sejak Robbie Keane, Luka Modric, Roman Palvychenko, Aaron Lennon dan Bale bermain lagi. Dan juga kelab ini sering tukar jurulatih dari Martin Jol, Steve Mcclaren, Harry Redknapp dan terkini Andre Villas Boas. Gaya permainan mereka bersahaja dan santai. Itu sebabnya aku amat meminati kelab ini. 

Semoga kelab ini sentiasa maju dan tak akan turun liga. (senyum)

Wednesday 26 June 2013

Manchester United di hati ku


Sejak bila korang mengenali pasukan bola sepak Manchester United? Sejak kecil darjah empat? Sejak baru mengenali bola sepak? Sejak baru akil baligh? Sejak baru kenal kehenseman Cristiano Ronaldo ke?.

Setiap dari korang mesti berbeza cerita bagaimana mula-mula mengenali pasukan Manchester United ni. Aku pula telah mengenali pasukan Manchester United ni sejak aku masuk tingkatan 2 pada tahun 1999 lagi. Sebelum itu aku hanya mengenali nama-nama pemain tempatan saja seperti Azman Adnan, Rusdi Suparman.

Sejak melihat kelincahan dan tendangan kung fu oleh Eric Cantona, aku mula meminati pasukan ini. Hinggalah ke zaman David Beckham dan seterusnya zaman kegemilangan Cristiano Ronaldo. 

Kini, pengurus pasukan ini telah melepaskan jawatan dan menyerahkan tugas tersebut kepada David Moyes. Harapnya David Moyes dapat meneruskan lagi zaman kegemilangan pasukan Manchester United ini. 


Friday 14 June 2013

Wednesday 12 June 2013

Jangan tinggalkan blogspot!

Even aku dah ada blog berdomain sendiri berplatform Wordpress, aku tetap tak akan lupakan  platform Blogger ni ha. Tengok, aku dah update ni ha. Di sinilah aku mula kenal apa itu domain, kenal sikit-sikit kod-kod html tu.

oklah. bye.

Tuesday 11 June 2013

Good Bye IOS 6

Sebelum software IOS update, aku nak upload dulu gambar screenshots UI IOS 6 ni. Sayang dol.  Rindunya lah.

Wednesday 5 June 2013

Tuesday 28 May 2013

Samsung Galaxy S3 Mini hilang

Siot betul. Samsung Galaxy S3 Mini aku hilang di tepi katil aku pagi tadi. Patutlah tak ada terdengar bunyi alarm. Dah hilang rupanya. Hilang tu maknanya kena curi lah tu. Siapalah rompak kat rumah aku malam tadi tu. 

Sengal jugak aku. Tak sempat daftar kat site Samsung. Kalau tak dah boleh detect lokasi telefon tu. Wipe atau lock je telefon tu. Dah nasib badan. Nak buat macam mana. Mujurlah iPhone tak diambil. Mungkin tersorok sikit kot kat selimut aku.

Semoga si pencuri itu mendapat pengajaran jugak nanti.

Thursday 9 May 2013

Rindu kucing ini

Hari ahad selepas mengundi, kakak aku yang duduk di Dengkil nak bawa kucing ni ke rumahnya. Nak bela katanya. Mula2 memang aku tak bagi sebab aku sayang sangat dengan kucing ni.
Tidur pun dengan aku. Ada lagi seekor warna hitam kelabu.  Namanya Ecak. Yang berwarna oren ni aku namakan Ren sebab warnanya oren. Sayangnya kakak aku nak ambik. Lama-lama aku bagi jugak walau terpaksa pun. Berpisahlah dia dengan si Ecak tu.
Selepas Ren dibawa oleh kakak aku, si Ecak sering memanggil-manggil si Ren. Aku semacam sedih plak. Sabar lah ye Ecak. Aku ada. Aku boleh jaga kau. Nanti aku temankan kau tidur. Alahai, sedih pulak.
Semoga berjumpa lagi Ren. :'(

Friday 19 April 2013

When You're Top Blogger.

If you be a top blogger, you will…

1. You blog will be hacked by hackers.
2.Get good response or bad response from your haters.
3. You entry will be copied by others bloggers and they claim that is her/his entry. So ashamed.

So, ARE YOU READY TO BE A TOP BLOGGER? Rethinking.

Tuesday 9 April 2013

Hanya Kerana Facebook

Hanya kerana Facebook..
Kita dapat berjumpa semula kawan lama. Tak kisahlah kawan zaman bila. Zaman sekolah ke,zaman kolej ke.

Hanya kerana Facebook..
Kita terjumpa ex gf/bf lama.

Hanya kerana Facebook..
Kita boleh share ilmu pada orang lain.

Hanya kerana Facebook..
Kita dapat berdakwah dengan menyampaikan ilmu agama pada orang lain.

Hanya kerana Facebook..
Boleh bergelak-tawa dengan kawan-kawan.

Dan Hanya kerana Facebook juga…

Hanya kerana Facebook juga..
Boleh jadi gaduh.

Hanya kerana Facebook juga..
Boleh menyakitkan hati orang lain

Hanya kerana Facebook juga..
Meruntuhkan rumah tangga orang.

Hanya kerana Facebook juga..
Berlakunya kes jenayah seperti kes rogol.

Hanya kerana Facebook juga..
Boleh berlakunya maksiat.

Hanya kerana Facebook juga..
Boleh terjadinya hina-menghina,caci-maki,Kutuk-mengutuk.

Kerana apa? Kerana emosi,nafsu bermaharajalela.

Semua ini dari laman sosial FACEBOOK.

Twitter pun ada. :)

Monday 8 April 2013

Rizuan XY is Kyle XY

Hai,selamat sejahtera dan salam ukhuwah. Tanggal 8 April 2013 maka lahirlah satu blog peribadi aku sendiri.

Untuk entri yang pertama ni aku update melalui smartphone Samsung Galaxy S3 Mini dan menggunakan aplikasi Blogger On The Go. Daftar blog ni pun melalui telefon ni jugak. Mudahnya pada zaman kini. Semuanya boleh dilakukan direct dari telefon. Tak payah nak bukak laptop apa bagai semata-mata hanya kerana nak update blog bagai. Kini ia boleh dilakukan dari telefon. Yang penting ada sambungan terus ke talian internet.

Macam saya buat sekarang ni dengan adanya mobile internet bolehlah saya create akaun gmail dan create blog melalui blogger. Inilah dinamakan live blogging. Boleh update walaupun di mana anda pun berada. Yang penting diulangi kena ada subsribe mobile internet. Aku ni pengguna line Maxis jadi aku belilah prepaid mobile internet. Kalau aku nak update apa ke,aku belilah pakej mobile internet. Pilihlah pakej mana korang nak. Ada RM2 untuk 1 hari sebanyak 100MB. Cukup ke? Cukup tak cukup tu tengoklah tahap penggunaan kuota internet orang tu sendiri. Kalau tengok video kat Youtube memang cepatlah habis kuota internet tu. Padanlah muka korang..haha

Melalut pulak aku ni sampaikan tak terangkan dengan lebih details tentang tajuk entri kat atas tu. Well, kenapa pilih nama blog Rizuan XY. Well aku taip nama blog tu pun aku main taip je. Tak ada pun tengok cerita tu. Spontan. Terus taip je. Malas nak perah otak fikir nak letak nama blog apa. But pening kepala je. Apa pun selamat membaca entri yang pertama ni.

Pssst: Mudahnya ada Blogger On The Go ni.. huhu