Monday 22 September 2014

Cuci Pakaian

Untuk sekalian kalinya selepas melalui tempoh berumahtangga, aku telah mula mencuci pakaian aku sendiri. Jika tidak sebelum ini apabila aku berada di fasa bujang, aku hanya mencuci pakaian aku sendiri dengan menggunakan tangan dan sebuku sabun Fab. Kini, setelah berumahtangga, segala peranan dalam mencuci pakaian itu telah diambil alih oleh isteri aku dengan menggunakan mesin basuh automatik. 

Aku pula, melakukan kerja-kerja yang lain yang sepatutnya bukan kerja orang perempuan buat seperti meracun, mencangkul dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan kegagahan seorang lelaki. 

Bila aku kenang kembali kesusahan zaman kanak-kanak aku dalam mencuci pakaian memang terasa susahnya dan kadang-kadang ada terasa manisnya.  Pada zaman kanak-kanak aku, pakaian sekolah aku mesti kotor di bahagian kolar. Ditambah pula keputihan penuh suci pakaian sekolah aku menyerlahkan kekotoran pakaian aku itu. Pulang saje dari sekolah aku terus mencucinya. Kedegilan kotoran itu untuk hilang mencabar kesabaran aku. Dicampakkan air clorox tetap tak akan hilang. Lama-kelamaan aku biarkan saje dan dijemur di ampaian di bawah sinaran terik mentari.

Jika ia tak kering, aku akan mengeringkannya di atas bara api. Harapnya ia akan kering pada keesokkan harinya. Di zaman dulu, di rumah aku tak ada kipas angin dan alat penggering rambut untuk menggeringkan baju sekolah aku kerana aku tahu kehidupan orang tua aku agak susah. Jadi, aku tak meminta-minta apa-apa. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi masalah lain pula timbul. Pakaian sekolah yang aku jemur di atas bara api itu berbau asap. Memandangkan di rumah aku tak ada minyak wangi untuk cover bau asap itu, aku abaikan saje bau asap itu. Mungkin itulah minyak wangi bagi aku. Lantaklah apa orang dalam kelas aku nak cakap apa.

Aku berterusan mencuci pakaian sendiri sehinggalah aku berkahwin dengan gadis pilihan aku. Bila dikenang kembali memang ada pahit dan ada manisnya. Bila teringat pasal cuci pakaian ni, aku dah jemur ke belum pakaian yang aku cuci tadi? Eh belum lagi. Ok, masa untuk menjemur pakaian di ampaian.  

Tuesday 16 September 2014

Free internet waktu Birthday?

Sempena hari kelahiran aku, pihak Maxis ada memberi aku tawaran istimewa iaitu aku dapat panggilan percuma. 


Tawaran ini memang bagus kerana aku dapat membuat panggilan ke nombor Maxis yang lain hanya secara percuma tanpa menolak nilai kredit dalam telefon aku. 

Yang aku rasa tak best adalah aku nak bercakap dengan siapa. Nak telefon awek, aku dah tak ada awek. Awek lama aku dah jadi isteri aku. Nak berborak dengan mak aku, mak aku pakai nombor telefon Celcom. Syarikatnya berbeza. Aku semacam nak membuat tawaran memberi perkhidmatan panggilan percuma kepada orang lain. Tapi orang lain nak ke?

Aku semacam nak memberi cadangan kepada pihak Maxis agar menukar panggilan percuma itu kepada tawaran internet percuma tanpa had. Zaman sekarang orang dah jarang nak berborak lama melalui telefon. Jikalau nak bercakap pun cuma memberitahu hal-hal yang penting je. Zaman sekarang pakwe makwe sudah jarang berhubung melalui telefon. Zaman sekarang zaman teknologi. Mereka boleh berhubung melalui video call dan beberapa aplikasi mesej seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain.

Aku berharap Maxis cubalah bagi free internet pada semua pengguna mereka yang menyambut hari jadi. 

Melawat Kuan Wellness Ecopark

Seperti kebiasaan bila sudah dapat cuti umum maka pelbagai perancangan akan dibuat kemana destinasi nak pergi. Ada yang merancang awal-awal untuk memudahkan mereka bersiap-sedia. Ada pula yang merancang last minit. Situasi aku sekarang ini adalah dalam kategori last minit. Itu pun tanpa dirancang. Main bedal je pergi.

Mujurlah tempat yang nak dituju itu tak jauh dari tempat tinggal kita orang. Kalau jauh memang perancangan last minit adalah tak bagus. Memandangkan hari ini hari cuti sempena Hari Malaysia merangkap hari kelahiran aku gak (Tak ada ke siapa-siapa yang wish selain bini aku?!) maka destinasi yang dituju adalah Kuan Wellness Ecopark yang terletak di Tanjung Layang, Selangor. Perjalanan ke sana cuma mengambil masa beberapa minit saje.

Tidak disangka rupa-rupanya di kawasan Tanjong Sepat ini ada mini zoo. Tapi jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat harimau, gajah, badak sumbu dan lain-lain kerana semua binatang itu tak ada kat situ. Yang dapat aku perhatikan adalah arnab, rusa, landak, ikan-ikan dan burung-burung. 

Bunyi kicauan burung walit dan juga bunyi kicauan burung tak ori dari speaker
Bayaran masuk ke Kuan Wellness Ecopark cuma berharga RM2 sahaja setiap seorang tak kiralah kanak-kanak ke, dewasa ke bahkan yang dah tua tu pun bayarannya tetap sama jugak. 



Bila masuk je terus terkam arnab ni. Sempat jugak tangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Di depan kaunter itu ada jaul seplastik potongan carrot untuk diberi makan pada binatang. Bila dah bagi makan, memang pelahap. Mujur tak gigit jari aku.

Ini rusa.Bukan kijang
Bagi makan kuaci





Baby bunny. Berebut-rebut nak makan carrot



Itik gembo-gembo

Bukan Belanda je ada kincir angin, kat sini pun ada kincir angin.



Bukan setakat ada binatang. Pameran kereta pun ada. Semuanya kereta-kereta jenis lama dan old-school.  Jika teringin nak pergi zoo tapi jauh maka di sini adalah tempat yang sesuai untuk korang pergi. 


Monday 15 September 2014

Nora Danish terima ancaman rogol di Instagram. Salah siapa?

Aku sebenarnya malas nak ambik port pasal isu ni. Tapi entah kenapa isu ini berlegar-legar di kepala otak aku. Terasa nak masuk dalam blog dan melontarkan pendapat aku sendiri.

Begitulah nasib yang menimpa pelakon Pengantin Malam iaitu Nora Danish setelah instagram miliknya menerima komen-komen berbaur lucah dari pengikut yang yang bernama @muhd_akmal95.


"Rogol je @noradanish ni ramai-ramai. Baru best", komen @muhd_akmal95.

Melihat akaun Instagram tersebut sepertinya ia adalah palsu. Mana mungkin seorang yang berfikiran waras menggunakan akaun yang asli sehingga berani meninggalkan komen-komen yang menjengkelkan.

Bila dah jadi begitu aku pun berfikir sejenak kenapa benda ni boleh berlaku. Salah siapa sebenarnya ni. Pada pandangan aku, yang bersalah adalah Nora Danish kerana memuatnaik foto yang menjolok mata di laman sosial tersebut. Bila dah jadi macam ini, dia mulalah mengelabah. Sepatutnya dia kena berfikir kenapa ada orang yang berani meninggalkan komen begitu.

Aku rasa @muhd_akmal95 itu bukan komen di gambar tersebut, Mungkin dia sudah lama stalk foto dalam akaun Instagram Nora Danish. Entah kenapa masa tu pulak dia tinggalkan komen.

Seharusnya Nora Danish bermuhasabah diri dan perbaiki pemakaian diri. Janganlah pakai pakaian yang menjolokkan mata. Lelaki mana tahan tengok foto yang seksi tu woi.