Saturday 14 November 2020

Flipbook Kit by Andymation

Akhirnya Flipbook Kit sampai ke tangan aku. Kit ini memang dah lama aku nak beli. Punca aku tak dapat nak beli dulu adalah sebab penjual ini tak buka jualan ke pasaran antarabangsa. Bila aku dapat notifikasi emel menyatakan mereka sudah buka jualan ke pasaran antarabangsa, cepat-cepat aku beli sebab risau out of stock. 

Flipbook ini dijual oleh seorang Youtuber channel bernama Andymation. Korang bolehlah tengok video flipbook dia. Kalau suka boleh terus subscribe ye.  


Ini belum nak buka lagi. Perangai aku memang macam ni. Biasa ada orang ni bila barang dah sampai ke tangan, cepat-cepat buka kan. Bagi aku ni lain sikit. Ini dah sebulan lebih dah ni tak buka sejak sampai pada pertengahan bulan oktober. Hati kental tak buka-buka lagi. Haha

Oklah nanti ada masa aku nak cuba buat flipbook ikut versi Malaysia punya. Idea dah bertalu-talu masuk.



Tuesday 3 November 2020

Tips Mudah Barang Cepat Terjual Dalam Shopee

Aku nak bagi tips bagaimana cara mudah barang yang korang jual terjual dengan cepat dalam Shopee. Korang kena fokus pada bahagian penghantaran. Percayalah dengan tips ini memang membantu aku dapat jualan dengan cepat. Caranya korang kena pelbagaikan jenis syarikat kurier. 

Contoh On Option 

Sebab apa? Sebab pembeli ada pilihan nak pilih syarikat kurier apa yang dorang nak. Kadang-kadang dalam sesetengah tempat tu memang penghantaran lambat. Sebagai contoh, Pos Laju di kawasan Banting penghantaran memang lambat tetapi bagi J&T pula penghantarannya cepat. Jadi pembeli boleh memilih J&T. 

Jika korang tetapkan hanya Pos Laju saja sebagai default shipping, pembeli akan beralih ke penjual yang lain sebab pilihan syarikat penghantaran yang lain tu tak ada. Dah rugi seorang pelanggan. Benda ni memang aku dah cuba memang menjadi. Jadi korang enable je semua pilihan syarikat penghantaran (jika kawasan tu semua syarikat penghantaran tu ada). 

Ok selamat mencuba!