Thursday 29 August 2019

Tuah Pertama Kali Solat Berjemaah

Hari Isnin. 26hb Ogos 2019. Pertama kali Tuah solat secara berjemaah di Surau Al Falah Kg Tongkah Dalam. Dia tengok masing-masing solat, dia turut sama-sama solat sama. Segan agaknya. Tetapi solat olok-olok je. Pergerakkan semua dia ikut. Orang rukuk dia rukuk. Orang sujud, dia pun sama sujud.

Dia dah biasa agaknya tengok ayahnya solat dan dia ikut je langkah-langkahnya. Kalau kat rumah tu memang main-main je.

Macam mana dia boleh terikut ayahnya ke kelas agama?

Dia memang nak ikut sangat. Aku dah mandikan dia. Aku memang dah nak pergi dah. Tak nak dia ikut. Risau nanti kat surau cakap nak balik jugak.  Aku dah nak blah dah.

Dah dia berlari-lari kejar masa aku dah drive kereta. Nak tak nak bawa lah dia jugak.

Alhamdulillah kat surau dia ni tak buat hal. Lega sikit hati. Cuma dia kacau ayahnya minta baca ayat Al-Quran. Aku ikutkan je.

Itu hari pertama. Belum cerita hari kedua lagi. Hari kedua dia siap wudhuk dah. Semalam dia tak wudhuk. Main masuk je ke saf makmum. Hari ini advance sikit. Dia ambik wudhuk. Kira oklah tu kan. Masa solat dia main-main. Kejap-kejap tengok aircond. Kejap-kejap tengok luar tingkap. Lepas tu masuk ke saf makmum.

Tak apalah asalkan dia solat. Masih budak lagi tak fikir sangat. Lama-lama dia akan faham. Doanya dia kekal macam tu la. Rajin-rajin solat ye.


Wednesday 14 August 2019

Layan Anak

Balik dari kerja. Dalam kepenatan. Tetap melayan anak yang bernama Tuah ini. Kadang-kadang memang meletihkan. Apakan daya inilah masa yang ada untuk meluangkan masa bersama. Mungkin dia ingin berkongsi cerita tika kita sedang sibuk dengan urusan kerja. Dia ingin bermain dengan kita.

Itulah masa yang amat berharga baginya. Selepas dia tidur, kita bangun pagi bergegas ke tempat kerja dari pagi hingga ke petang. Tidak berjumpa dengan dia. Dia bangun sahaja dari tidur, tengok ibu ayah tiada di sisi. Ibu ayah sudah ke tempat kerja demi menyara kehidupan keluarga.

Saat melihat dia tidur, terasa rindu di saat-saat sama-sama meluangkan masa. Inilah 'Quality Time'. Saat inilah masa amat berharga. Adakah kita sebagai ibubapa menghargainya?

Adakah kita fokus tentang apa yang dia kongsikan? Adakah kita menghargai apa yang dia lakukan?

Aku lihat dia tidur. Aku usap rambutnya. Sebelum dia tidur, dia meminta aku untuk dia tidur dengan neneknya. Aku izinkan. Jika dulu, dia tidur bersama dengan kita. Kini, dia sudah pandai nak memilih nak tidur dengan siapa. Nak halang nanti dia menangis pula. Biarkan sajalah. Asalkan kita tahu dia tidur dengan siapa.

Selepas dia dah tidur, aku jenguk seketika. Alahai rindunyalah. Dia dah tidur pula. Rindu sangat.

Inilah kehidupan ku dengan anakku Tuah. Anak pertamaku.

Inilah roda kehidupan aku. Sampai bila?

Entahlah.

Doanya aku satu hari nanti, aku dapat kebebasan untuk aku lebih fokus tentang hal anak-anakku.

Insyaallah

Tuesday 6 August 2019

Tuah Dapat Adik

Yeah. Tuah dah ada adik. Adik perempuan. Jadi, Tuah sudah jadi abang. Dah tak boleh manja-manja sangat.


Inilah adik Tuah bernama Annur Atthiya. Lahir pada 19.04.2019. Cantik tarikh lahir dia. Panggil je nama dia Tya. Gambar di atas ni Tya berumur 3 bulan lebih. Entah ikut muka siapa entah. Ikut muka ayahnya ke atau ibunya? Mungkin campur-campur mungkin.

Ok Tuah dah jadi abang ye. Jadi abang yang baik ye.