Wednesday 10 November 2021

Pertama Kali Gunting Rambut Anak

Ini merupakan kali pertama aku gunting rambut anak aku menggunakan gunting. Sebelum ini aku gunting rambut anak aku menggunakan mesin pemotong rambut. 

Aku cuba buat ujikaji mengunting rambut anak aku menggunakan gunting. 

Hasilnya tidak mengecewakan bagi aku yang baru pertama kali menggunting rambut. Kira bolehlah gunting suka-suka. Tak payah dah nak gunting kat kedai. 

Ini gambarnya. 

Maafkan ayah ye Tuah sebab jadikan Tuah sebagai model untuk bahan ujikaji. Haha.. 


Saturday 11 September 2021

Ugutan Suami Ke Atas Isterinya Yang Ada Skandal

Blackmail (2018) (Amazon Prime Video): Filem Hindi genre black comedy ini mengisahkan Dev Kaushal, seorang eksekutif jualan perniagaan tisu tandas yang melalui kehidupan yang membosankan di dalam karier & kehidupannya. Dev suka mencuri foto isteri bosnya untuk 'memuaskan nafsu' sebagai hiburan 

Pada suatu hari, Dev pulang ke rumah setelah selesai bekerja. Alangkah terkejut & hiba apabila terlihat isterinya dari celah lubang dinding dapur, Reena sedang 'berasmara' bersama seorang lelaki bernama Tommy di atas katil..! Dev mula terfikir untuk membunuh mereka tetapi menukar fikiran dengan memeras ugut Tommy dengan meminta wang apabila memikir beban hutang yang ditanggungnya.

Tommy menerima mesej ugutan meminta sejumlah wang daripada orang tidak dikenali. Sekiranya permintaan tidak tertunai, rahsia maksiatnya akan didedah kepada isterinya, Dolly yang sememangnya menakutkan. Untuk menyelesaikan masalah, Tommy menipu Dolly kononnya dia ingin menjalankan perniagaan import eksport anjing ke China & memerlukan sejumlah wang untuk urusan perniagaan. Dolly memberikan wang tersebut kepada Tommy tetapi niat 'penipuan' itu dihidu ayah mertuanya. Ayah mertua Dolly memberi amaran supaya memulangkan wang yang dipinjam kepada Dolly dalam tempoh seminggu atau Tommy akan mati!

Dalam keadaan terdesak dengan ugutan daripada orang tidak dikenali & ayah mertuanya, Tommy membuat keputusan untuk mengugut Reena pula untuk membocorkan rahsia 'asmaradana' bersama lelaki lain kepada Dev dengan menyamar sebagai 'anonymous'. Reena meminta sejumlah wang daripada Dev kononnya ayahnya akan memulakan pembedahan di hospital. Dengan berat hati, Dev memberikan wang tersebut & mula mengesyaki sesuatu...

Filem ini penuh dengan ugutan sana sini, bermula dengan ugutan Dev kepada Tommy sehinggalah 'berjangkit' kepada rakan2 Dev yang mengugut sejumlah wang daripada Dev apabila mengetahui rahsia perbuatannya. Kegiatan ugutan tersebut menjadi teruk apabila berlaku kematian di kalangan mereka yang terlibat.

Secara peribadi, ini antara filem hindi terbaik yang boleh ditonton di Amazon Prime Video. Filem ini juga merupakan filem ke-3 terakhir sebelum kematian pelakon utamanya, Irrfan pada tahun 2020. 10/10 

Dos Kedua Mak Ambil Vaksin

 Pada 4 Sept 2021, aku bawa mak aku cucuk dos kedua vaksin di dewan MPKL. 

Alhamdulillah mak ok. Selepas mak cucuk vaksin, mak pergi ke Ecoshop dan Pasaraya Segi Fresh di Banting. Selepas itu, bawa mak ke rumah kuarters Kolej Matrikulasi Selangor untuk ajak mak makan di rumah kitaorang.

Seronok mak main dengan cucu iaitu Annur Atthiya dan Tuah. 

Selepas itu baru hantar mak balik ke Kg Sg Bumbun, Pulau Carey. 



Friday 4 June 2021

Defending Jacob

 Ini drama bersiri hasil produksi Apple. 

Tengah layan setiap babak drama siri ni. Bolehlah layan sekejap. 

Wednesday 28 April 2021

Terbalik

 Alkisahnya.

Tuah nak buang air semasa di tadika. Dah selesai buang air. Nak pakai semula. Seluar terbalik pulak. 

Tepuk dahi mak bapak. 

Ayahnya dah ajar dah cara nak pakai semula seluar. Entah kenapa masa ni tak jadi pulak.

Gelak kitaorang tengok gelagat anak. Apa pun menghiburkan. 

Gambar di bawah :



Wednesday 3 March 2021

Pemergian Bapa

Alhamdulillah selesai sudah urusan pengebumian arwah bapa saya yang meninggal pada 1 Mac 2021 pada pukul 5.30 pagi di Hospital Banting. Arwah meninggal disebabkan akibat daripada masalah jantung.

Terima kasih pada semua yang turut membantu kami sekeluarga. 

Doanya semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.

Salam terakhir buat bapa.

Wednesday 3 February 2021

Tuah Tiru Ayah Baca Buku

Alkisahnya malam semalam. Tuah ni nampak Ayahnya baca buku. Dia pun tiru jugak apa ayahnya buat. Dia ambik buku dan buka sambil tenung buku tu. 

Dia tak tahu kita ni baca dalam hati. Mesti dia pelik apa pasal ayah aku tengok je buku tu. Buku tu pun bukan ada gambar apa2 pun cuma ada teks huruf kecil. Mesti dia bingung tu. 

Tak apa. Nanti kamu dah besar kamu akan tahu juga nanti.

Wednesday 13 January 2021

Kambing biri-biri untuk Majlis Akikah Annur Atthiya. Harga tengok saiz. Yang kecik sikit RM800. Ada pilihan samada nak pilih yang besar atau kecik.

Kami pun tak ada nak buat grand. Jadi kami pilih yang kecik je. Jadi harga affordable dengan bajet kami.

Lokasi di Kg Kundang, Tg Sepat.

Tetapi majlis akikah tak dapat dilakukan kerana selepas kami pulang, kerajaan telah menetapkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 March 2020. 



Tak dapat nak buat majlis akikah.