Saturday 14 November 2020

Flipbook Kit by Andymation

Akhirnya Flipbook Kit sampai ke tangan aku. Kit ini memang dah lama aku nak beli. Punca aku tak dapat nak beli dulu adalah sebab penjual ini tak buka jualan ke pasaran antarabangsa. Bila aku dapat notifikasi emel menyatakan mereka sudah buka jualan ke pasaran antarabangsa, cepat-cepat aku beli sebab risau out of stock. 

Flipbook ini dijual oleh seorang Youtuber channel bernama Andymation. Korang bolehlah tengok video flipbook dia. Kalau suka boleh terus subscribe ye.  


Ini belum nak buka lagi. Perangai aku memang macam ni. Biasa ada orang ni bila barang dah sampai ke tangan, cepat-cepat buka kan. Bagi aku ni lain sikit. Ini dah sebulan lebih dah ni tak buka sejak sampai pada pertengahan bulan oktober. Hati kental tak buka-buka lagi. Haha

Oklah nanti ada masa aku nak cuba buat flipbook ikut versi Malaysia punya. Idea dah bertalu-talu masuk.



Tuesday 3 November 2020

Tips Mudah Barang Cepat Terjual Dalam Shopee

Aku nak bagi tips bagaimana cara mudah barang yang korang jual terjual dengan cepat dalam Shopee. Korang kena fokus pada bahagian penghantaran. Percayalah dengan tips ini memang membantu aku dapat jualan dengan cepat. Caranya korang kena pelbagaikan jenis syarikat kurier. 

Contoh On Option 

Sebab apa? Sebab pembeli ada pilihan nak pilih syarikat kurier apa yang dorang nak. Kadang-kadang dalam sesetengah tempat tu memang penghantaran lambat. Sebagai contoh, Pos Laju di kawasan Banting penghantaran memang lambat tetapi bagi J&T pula penghantarannya cepat. Jadi pembeli boleh memilih J&T. 

Jika korang tetapkan hanya Pos Laju saja sebagai default shipping, pembeli akan beralih ke penjual yang lain sebab pilihan syarikat penghantaran yang lain tu tak ada. Dah rugi seorang pelanggan. Benda ni memang aku dah cuba memang menjadi. Jadi korang enable je semua pilihan syarikat penghantaran (jika kawasan tu semua syarikat penghantaran tu ada). 

Ok selamat mencuba!


Thursday 15 October 2020

iPhone 12 Tiada Disertakan Earphone Dan Power Adapter

Seperti kita ketahui, Apple baru sahaja melancarkan iPhone terbaru iaitu iPhone 12 pada 13 Okt 2020. Namun, pelancaran ini mengundang pelbagai kutukan dan kecaman daripada netizen. Bukan kecam kepada apa yang ditawarkan oleh device iPhone itu sendiri tetapi kecam kepada aksesori sahaja. 

Apple telah mengumumkan tiada earphone dan power adapter disertakan sekali. Alasan Apple adalah untuk 'save environment'. Ini yang mereka kecamkan. Bukan pasal iPhone. 

Kecaman-kecaman ini bukan baru lagi. Kecaman ini dah lama dah pun. Apple apa nak kisah pun. Kecam-kecam pun jualan produk mereka tetap menguntungkan. Setakat ini tak pernah lagi syarikat Apple ini jatuh seperti Nokia. 

Percayalah selepas Apple tidak sertakan earphone dan power adapter, pengeluar telefon yang lain juga akan turut ikut sama. 

Dulu orang kutuk dengan notch di iPhone. Selepas itu, apa jadi dengan pengeluar telefon lain? Sesetengah pengeluar telefon turut ikut design notch di phone masing-masing. 

Kalau korang nak cakap aku iFag, yes saya memang iFag. Saya memang peminat barang-barang Apple. Sebab saya memang peminat tegar Apple. 

Sekian.  


Thursday 1 October 2020

Scammer Shopee

Satu modus operandi terbaru scammer nak scam pembeli. Bab nak lawan semula ni memang makan masa. Samada kita kekal sabar atau tidak menunggu pihak Shopee masuk campur. Kalau cepat Shopee masuk campur, cepatlah kes pembeli kena scam tu selesai.

Begini cara penjual scam pembeli. Pembeli beli barang dari penjual. Penjual pun akan post barang yang dibeli oleh pembeli tetapi penjual tak pos pun barang yang dibeli oleh pembeli. Dia akan hantar dulu freegift tanpa pengetahuan pembeli. Bila barang dah dipos, secara auto dalam sistem Shopee, barang dah dihantar. Jadi tracking semua itu berjalan.

Bila pembeli terima parcel dan buat semakan barang dihantar itu lain dari yang dibeli. Masa ni lah pembeli pun akan chat dengan penjual. Penjual akan jawab itu barang freegift dulu. Barang yang sebenar akan dihantar kemudian. Jika pembeli ni jenis mudah percaya, dia akan tunggu tetapi tak sedar sebenarnya pembeli sudah ditipu hidup-hidup. Seperti kita ketahui, bila barang dah delivered, kebiasaannya Shopee akan bagi masa selama 3 hari untuk pembeli tekan Order Received. Selepas 3 hari jika pembeli tak tekan order received, secara auto duit akan release ke penjual. Maka, bergelak ketawalah penjual sebab berjaya tipu pembeli dan dia pun tak hantar pun barang yang pembeli nak.

Kalau terjadi kes begini, apa perlu dibuat oleh pembeli? Open dispute je lah caranya. Biar Shopee masuk campur. Bagitau pada Shopee, penjual salah hantar barang walaupun penjual kata dia bagi freegift dulu. Penjual nak lawan pun nak lawan tu lawanlah. Memang salah dia pun kan. Dia lawan tu kononnya nak acah-acah gertak dan jenis rebel agaknya. Jika begini, korang pun kena jadi rebel jugak. Hati kena keras roy. Jadi di sini kita kena banyak bersabar sebab menunggu Shopee masuk campur ni memang ambik masa. Bagi saya tak mengapa lah asalkan si penipu tak dapat duit dengan cara yang mudah.

Jadi guys saya harap kita semua berhati-hati bila menghadapi kes sebegini. Scammer memang wujud. Dia akan mengambil kesempatan di atas ketidakpandaian kita sendiri. Selamatkan duit anda sebelum dikebas oleh scammer eh.


Sunday 19 April 2020

Selamat Hari Lahir kepada anakku Annur Atthiya yang Ke-1.

Kejap je dah setahun.


Semoga Thiya jadi anak yang solehah ye. Semoga Thiya sentiasa sihat. Thiya anak kesayangan ayah dan ibu. 

Ayah akant tetap sayang Thiya. 


CUTTHROAT KITCHEN - RANCANGAN TV SABOTAJ PIHAK LAWAN

Bercerita pasal kewujudan grup FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, saya nak berkongsi salah satu rancangan realiti TV masakan yang saya kira agak menarik juga. Rancangan masakan ini memang berbeza dengan rancangan TV masakan yang lain. Ia juga ada kena mengena dengan nama grup ini dimana ada sesetengah peserta ini masak makanan yang tak berapa menjadi disebabkan kena sabotaj oleh pihak lawan.

Rancangan realiti TV dimaksudkan adalah Cutthroat Kitchen. Rancangan ini melibatkan 4 orang peserta yang akan bersaing dalam 3 pusingan dan setiap pusingan akan berlakunya penyingkiran. Setiap peserta akan dibekalkan wang tunai sebanyak 25 ribu USD digunakan untuk sabotaj pihak lawan. Pemenang akan memiliki baki wang tunai yang diberikan oleh pihak hos.


Bagaimana rancangan ini berjalan?

Semasa mereka mula memasak ikut menu yang diberi oleh hos, hos akan mula buka bidaan kepada para peserta dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi memenangi bidaan tersebut dengan menggunakan wang tunai yang mereka terima. Pemenang bidaan akan sabotaj pihak lawan samada 2 atau 3 orang. Korang boleh tengok gambar contoh-contoh sabotaj.











Penilaian hasil menu makanan akan dinilai oleh juri jemputan yang tentunya pakar dalam hal masakan. Juri ini tidak berada di kawasan pertandingan. Jadi juri tak peduli apa hasil akhir makanan yang disediakan oleh peserta. Korang boleh tengok gambar hasil akhir makanan.




Peserta yang tersingkir perlu memulangkan semua wang baki yang diberikan pada awal rancangan. Lebih baik pakai wang itu untuk menang bidaan kan.

Memang rancangan ini nampak sedikit kejam sebab sabotaj pihak lawan tetapi ia menarik untuk ditonton. Memang tergelak ada dalam satu episod tu peserta kena sabotaj tu kena pakai kepala kuda sambil memasak.

Rancangan ni ada di Astro dulu. Tak tahu sekarang ada lagi ke tak. Dah lama tak tengok.

By the way, hos tu memang jahat. Ketawa evil.

Tuesday 31 March 2020

Duduk Di Rumah!

Sekarang musim ada wabak Covid-19. Oleh itu, aku, bini aku dan anak-anak aku kekal berada di rumah. Alasannya adalah mudah. Untuk memutuskan rantaian jangkitan virus ini.

Maka, tugas membeli barang keperluan diserahkan pada aku. Ada masalah membeli barang keperluan?

Tidak ada masalah. Petik jari je. Sebab aku dah biasa beli barang-barang keperluan ni. Korang fikir aku Google? Tak. Aku buat sendiri.

Sekarang ni tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan. Disebabkan perintah ini, aku diminta kekal berada di rumah. Tak boleh pergi kerja. Alhamdulillah gaji tetap jalan.

Tempoh awal bermula perintah ni bermula pada 18 March 2020 hingga 31 March sahaja. Sepatutnya esok 31hb adalah hari terakhir tempoh perintah ni tetapi kerajaan mengumumkan perlanjutan hingga ke 14 April.

Melihat pada statistik jangkitan yang meningkat kian saban hari, nampaknya ada tanda-tanda tempoh perintah ini akan dilanjutkan.

Kerajaan juga telah mengklasifikasikan beberapa kawasan menjadi kawasan zon merah. Ia bermakna kawasan banyak jangkitan.

Semoga wabak ini berakhir dan kami semua rakyat Malaysia boleh hidup dalam aman sentosa.

Ok aku nak makan nasi goreng bini aku masak. Perut pun dah lapar.

Ok bye