Thursday 22 January 2015

iPhone dan mangkuk tandas

Antara iPhone dan mangkuk tandas tak ada beza pun. Eh nak kutuk iPhone pulak. haha.

Kejap kejap. Janganlah cakap aku ni haters iPhone. Jangan menilai aku dengan statement di atas. Aku saje je bagi panas sikit. hehe.

Macam ni, iPhone aku ni dengan selambanya meluncur dengan lancarnya dari poket seluar aku ke dalam mangkuk tandas. Sedap je iPhone aku menyelam ke dalam air kat mangkuk tandas tu. Cepat cepat aku ambik dengan menyelup tangan aku. Dah tak fikir dah masa tu. Yang penting ia selamat.

Tengok tengok masih ok lagi. Boleh On lagi. Mungkin tindakan pantas aku dengan tindakan refleks tangan aku terus ambik.

Dah tu pulak aku jirus iPhone aku dengan air dari saluran paip sebabnya nak membersihkan iPhone aku dari air mangkuk tandas tu. Mujurlah selamat. hehe.

Sampai sekarang aku masih pakai iPhone tu. Hidup lagi hang na. Kalau tak dah lama aku letak kat laci jadi bahan arkib. Tak pun buat frame gantung kat ruang tamu buat tatapan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah.

Saturday 17 January 2015

Bersama

Sejak aku dah beristeri ini aku semacam mula memegang sebuah moto kehidupan iaitu Bersama. Ya, bersama. Aku pegang ayat ini selama seharian aku hidup aman damai ini. 

Aku mula akui bahawa apa-apa perkerjaan sekalipun lebih-lebih bersama dengan isteri tercinta perlu dilakukan bersama. Kena tolong di dapur bersama, kena jemur kain dan baju bersama, sapu sampah bersama, tengok tv bersama, tengok movie di laptop bersama, makan bersama, mandi bersama., solat bersama (kecuali uzurlah). Semuanya berkaitan ayat bersama. 

Sekarang buat semua para lelaki, mari kita pegang ayat ini [BERSAMA!].

YA, BERSAMA. Kecuali berak kenalah berpisah. Ok bye!


Villa Nabila

Jika dulu kecoh satu Malaysia hingga terpapar di dada akhbar arus perdana tentang kehilangan 23 orang budak disyaki pergi ke rumah lama diberi nama Villa Nabila. Sampai ada mak kepada salah seorang mangsa hilang tu tabur garam kat sekeliling rumah tu. Tup tup dia ditemui di rumah kawannya. Rasa kena kencing satu Malaysia. Sepertinya membuang masa semua pihak rasanya. 

Tapi aku taklah nak cakap banyak pasal benda ni sebab aku tak berada di tempat kejadian pun. Mungkin penduduk sekitarnya lebih tahu dan arif tentang tahap keseraman rumah tu. Bila ramai orang dah tahu tentang keseraman rumah tu, maka adalah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menerbitkan sebuah filem berkaitan Villa Nabila ni. 


Hampir 2 tahun jugaklah berita tentang kejadian kehilangan 23 orang budak tu. Tahu tahu je tahun ni ada filem Villa Nabila ditayangkan. Aku taklah teruja sangat nak tengok filem ni. Disebabkan aku nak belanja isteri aku tengok wayang jadi aku pilihlah filem Villa Nabila untuk ditonton. Sebabnya minggu lepas aku dah tengok filem Taken 3 dengan kawan-kawan aku jadi aku nak berlaku adil aku belanjalah isteri aku tengok wayang. Kebetulan pulak mak mentua aku nak cari buku asas kursus haji jadi aku belanjalah berdua. Jadi, ber-enjoy lah kami bertiga.

Selepas selesai tengok filem ini, aku rasa filem ini memang best tahap keseramannya. Lakonan Pekin Ibrahim sebagai Asyraf memang terbaik. Filem ini bukan bercerita tentang bagaimana Nabila (kononnya. Tapi berbagai versi. Aku pun naik binggung) dibunuh. Tapi ia berkisar tentang seorang lelaki berkerja sebagai kontraktor bernama Asyraf bersama pekerjanya nak merobohkan Villa Nabila tetapi cubaan nak merobohkan rumah tu menemui jalan kegagalan.

Ia memang berdasarkan cerita sebenar kontraktor yang nak merobohkan rumah tu. Ia telah dilakonkan semula dan ditambahkan sedikit elemen keseramannya. Kenapa aku kata ia berdasarkan cerita sebenar? Sebabnya footage asal memang disertakan sekali sebagai bukti. Dan kontraktor tu memang wujud cuma ia dirahsiakan dari umum. 

Hari ini jugak ada cerita kurang menarik tentang filem Villa Nabila bilamana 5 orang penonton di pawagam TGV Tebrau City, Johor diserang histeria. Pengarah Syafiq Yusof menafikan itu adalah gimik dari pihak mereka untuk melariskan jualan filem ini. 


Aku tak pasti mungkin ini penangan keseraman filem ini hingga menyebabkan ada yang kena histeria. Aku dah baca isi kandungan berita tu. Diorang tengok filem ni pada pukul 10 malam. Mana tak seramnya. hehe.

Untuk filem ini memang terbaik. Aku siap tengok filem ni di celah-celah jari aku sebabnya aku tutup muka aku. haha. Penakut betul. Tapi memang seram beb.