Friday 22 May 2015

Reviu Buku: Advantura Pulang Ke Malaya

Siapa sangka impian seorang anak muda yang ingin pulang ke Malaysia dari UK dengan hanya menggunakan basikal boleh digapai. Apa kerja gila ke naik basikal merentasi pelbagai negara bermula dari UK. Aku pun tak sanggup bhai.

Tapi itulah impian yang ingin dicapai oleh seorang anak muda bernama Badrul Hisham yang berimpian pulang ke Malaysia dengan hanya berbasikal selepas tamat pengajian di UK.

Siapa sangka dengan hanya berbekalkan wang RM 8000, berbasikal merentasi 18 buah negara sejauh 11,000 km demi mengejar impian melihat dunia. Impian gila yang bermula di Sheffield.

Pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi oleh beliau selama dia merentas pelbagai negara. Dua perompak Turki merompak beliau sehingga beliau sanggup mencari jalan untuk menipu 2 orang lelaki Turki itu. Pengalaman disoal siasat oleh pegawai tentera Iran tentang fahaman yang dia anuti samada Syiah atau Sunni. Pelbagai lagi cabaran yang dihadapi oleh beliau. Dapatkan buku ini jika ingin mengetahui cabaran yang dihadapi. 

Buku ini memang memberi motivasi dan juga pengalaman berharga yang telah dilalui oleh Badrul Hisham. Terima kasih diucapkan kepada Dubook Press kerana mengeluarkan buku sebegini. Bagi aku buku ini memang seronok dibaca tika di waktu lapang. Mana tahu esok lusa kelak aku pula yang merentasi pelbagai negara dengan hanya berbasikal tua. Mungkin boleh jadi.

London-Malaya | 5 Bulan | 18 Negara 

[IMPIAN]

P/S: Kepada yang berminat ingin memiliki buku ini silalah emelkan ke rizuanxy[at]gmail.com. 

No comments:

Post a Comment