Wednesday, 23 November 2016
Waktu Tidur Tuah
Thursday, 17 November 2016
Tolonglah Wahai Lelaki
Selepas isteri pergi ke dapur, aku pula ambil posisi tempat tidurnya demi menjaga Tuah. Susu dan lampin sudah aku siapkan. Mana tau dia merenggek nak susu, tak adalah aku nak berkejar-kejar nak buat susu bukan?
Bila dia merenggek je aku bagi susu berisi 4 auns susu. Dah habis minum susu, aku tukarkan lampin. Untuk keselesaan dia juga. 1 malam tak sah jika tak penuh air kencing. Selepas tu bagi dia tidur. Si Tuah ni memang tak berjaga malam. Senang nak jaga dia ni. Jika ada pun merenggek nak minta susu.
Pukul 6.30 isteri aku dah siap mandi apa bagai. Turn aku pulak pergi mandi dan bersiap. Dalam pada masa yang sama, aku masakkan air panas. Tak adalah masa aku terbuang macam tu je kan.
Selepas bersiap dan solat, aku cuci botol susu yang telah digunakan. Rendamkan dengan air panas. Air panas selebihnya masuk ke dalam termos. Air kosong dalam jug Tupperware juga kena tukar.
Ada masa sedikit aku jemurkan baju dan kain. Enjin kereta awal-awal aku dah hidupkan. Nak bagi ia panas dulu kan. Takkan hidupkan enjin kereta macam tu terus gerak ye tak?
Masing-masing dah siap kami bersiap pun pergi kerja. Sebelum tu tengok anak dulu. Tengok muka dia tengah tidur. Kahkah (tak lawak).
Begitulah rutin harian aku di pagi hari. Bukan nak menunjukkan riak dan bajet bagus ke apa. Inilah tugas seorang lelaki. Ringankan beban tanggungjawab isteri tu. Sebagai lelaki kita kena berlaku adil. Jangan pentingkan diri sendiri.
Bukan apa, pagi tadi aku dengar celotehan DJ Radio Bernama 24 tu dia ada membaca luahan seorang wanita ni. Balik je kerja kena kemas rumah dan siapkan anak lagi. Sang suami pula berbaring melayan Facebook dan WhatsApp. Anak menangis dibiarkan. Kasihan.
Segala barang dapur si isteri yang beli. Bil air dan letrik dia juga bayarkan. Aik, suami tu apa tanggungjawab dia tu? Tahu nak mintak 'tu' je ke. Tapi peliknya, seluar jeans berharga RM400 boleh pula beli. (???????)
Aku memang pantang lelaki ni berkira bila isteri minta duit tapi mampu nak beli barang yang dia nak. Lelaki macam ni memang pentingkan diri sendiri.
Isteri pun perlukan masa untuk rehatkan mental dan fizikal. Jadi turn suami pula take over. Jangan harapkan isteri anda jaga anak dan buat kerja rumah 100%. Kasihanilah isteri anda. Dia dah lahirkan anak anda tapi anda pula bermalas-malasan nak jaga.
Janganlah sibuk dengan berFacebook dan berWhatApp. Tolong isteri di dapur tu ha. Sejuk sikit hati isteri anda bila lihat anda tolong sikit. Ringanlah sikit beban dia tu. Berlaku adillah sikit.
Semalam keluar kat surat khabar di muka depan berlakunya banyak kes cerai. Mungkin salah satu puncanya adalah kemalasan sang suami berkerjasama dengan isteri dalam hal rumah tangga. Tahu serahkan tugas pada isteri je.
Tolonglah sang suami. Berlaku adillah pada isteri anda. Anda bukan bujang lagi. Terimalah hakikat. Tolonglah isteri anda dalam hal kerja rumah.
Terima kasih pada isteriku kerana melahirkan Tuah dan membuat kerja itu ini sehingga mengadu sangat meletihkan. Tak apa. Saya ada untuk tolong mana yang patut.
Kita hidup bersama, senang bersama dan susah pun bersama.
Suamiku Encik Rizuan <----Novel bakal diterbitkan.😁
16 Nov 2016
8.55 am
Saturday, 8 October 2016
Akaun CDS Dah Aktif Dan Kaunter Pertama Yang Dibeli
Selesai masukkan modal dalam akaun trading, aku mula beli 1 kaunter ini. Aku beli saham syarikat besi.
Melewar namanya. Harga 1 unit RM0.650. Aku beli 1 lot. RM65.00. Tak termasuk caj-caj yang lain.
Sebab beli?
Aku terikut kata-kata Mohd Asri ketika aku hadir ke kelas percuma beliau. Dia kata syarikat besi mencanak-canak naik sahamnya.
Berkobar-kobar aku nak beli saham syarikat besi tu. Lepas beli tu harganya turun ke RM0.56 sen.
Akhirnya semalam aku jual. Tak sanggup nak tengok.
Pelajaran pertama. Jangan beli disebabkan ikut kata orang. Anda kena buat analisis sendiri kenapa anda beli saham syarikat itu.
Itu sahaja untuk entri saham hari ini.
Putaran Hidup Pada Hari Sabtu
Wednesday, 21 September 2016
Buka Akaun CDS Maybank
Selamat Melabur dalam Saham.
Sunday, 28 August 2016
Tukar Susu
Thursday, 18 August 2016
Ternak Lembu atau Kambing
Saturday, 13 August 2016
Qalqalah
Friday, 13 May 2016
Jebat dan Tuah
Untuk makluman, aku telah menamakan nama anak aku dengan nama Tuah Muhammad Rizqy.
Selang sehari kemudian selepas mendaftarkan nama anak aku, ada orang mendaftarkan nama anaknya dengan nama Jebat Hanafi.
Sudah ada orang yang menyelitkan nama klasik pada anak mereka.
Aku harap Tuah dan Jebat nanti akan bertemu satu hari nanti. Bukan untuk berentap tapi bersahabat baik.
Thursday, 5 May 2016
Sempurna
Ambil air wuduk kena sempurna. Macam mana solat nak sempurna kalau ambil air wuduk pun tak sempurna.
Pesanan untuk diri sendiri dan kalian semua.
Thursday, 21 April 2016
Nama Anak
Aku bagi nama anak aku dengan nama Tuah Muhammad Rizqy. Nama Tuah memang aku nak letak sebab nama tu lebih klasik. Tambahan, mak mentua aku pun suka kalau letak nama Tuah. Mak mentua aku ni suka nama panggilan dengan nama Pekan. Aku tak kisah pun.
Bincang-bincang dengan orang rumah dinamakan dengan nama Tuah Muhammad. Muhammad tu perlu letak sebab ia nama junjungan mulia Rasulullah. Selebihnya dia tambah Rizqy. Sempurna.
Bila dipanggil sedap juga Tuah Muhammad Rizqy Bin Rizuan. Tak apalah panjang-panjang.
Ada kawan cakap nama anak tu pendek je. Aku memang nak tapi tak apalah. Dah bincang-bincang dengan isteri dan masing-masing dah puas hati maka itulah nama yang dipilih.
Apa pun selamat datang Tuah.
Kalau Pekan Tuah pun ok juga untuk panggilan nama.
Thursday, 14 April 2016
Rutin Harian Sebagai Seorang Ayah
Friday, 18 March 2016
Lahirnya Kamu Ke Dunia
Setelah berbulan-bulan ibu membawa kamu ke sana ke sini, akhirnya kamu selamat dilahirkan.
Tanggal 17 March ibu selamat melahirkan kamu. Ibu terpaksa dibedah untuk mengeluarkan kamu dari rahim ibu. Menurut kata doktor di Hospital Banting, kamu telah berak di dalam kandungan. Kami risau kerana kamu akan makan tahi dan akan menyebabkan kamu mengidap penyakit.
Ibu terpaksa dikejarkan ke Hospital Klang untuk menjalani pembedahan iaitu Ceaser. Ayah ikut dari belakang.
Ayah sampai ke Wad 2B dan mendengar kamu menangis. Alhamdulillah kamu selamat. Ayah dan ibu amat gembira.
Selamat Datang ke Dunia!
Thursday, 17 March 2016
Bakal Bersalin
Bacaan untuk anakku
Pagi tadi pada pukul 7 ketuban ibu dah pecah. Meleleh air ketuban keluar. Ayah dah kelam-kabut tadi. Ayah jadi bingung apa perlu dibuat.
Ayah kejutkan nenek. Nenek suruh ibu telefon jururawat desa. Ibu pun telefon. Jururawat kata terus ke Wad 1 Hospital Banting.
Ayah tahu wad itu sebab ayah pernah ambik anak abang bernama Nur Najima di situ. Jadi ayah dan ibu terus bersiap-siap. Soal pakaian dan segala persiapan sudah kami siapkan. Cuma menunggu kelahiran kamu saja.
Ibu mengadu sakit. Ayah pandu laju ke Hospital Banting. Sampai di situ, ibu ditahan wad. Menunggu kelahiran kamu.
Hari ini sepatutnya ibu, bapa dan ibu saudara ada perbicaraan mengenai pembahagian tanah pusaka. Memandangkan ibu tak boleh hadir jadi urusan itu diserah pada bapa saudara. Harapnya pihak pejabat tanah faham.
Ayah menunggu kamu anakku
Monday, 7 March 2016
Resah
Ayah dah lama berniat nak wujudkan satu blog khas untuk kamu tapi ayah tiada masa nak buat. Ayah tak ada masa sebab jaga ibu yang mengandungkan kamu.
Hari ini ayah ada masa terluang nak buat. Hari ini ayah baru selesai teman ibu kamu ke klinik desa. Disebabkan tekanan darah ibu tinggi, ibu kena rujuk ke Klinik Kesihatan Tg Sepat.
Ayah hantar ibu ke Klinik Kesihatan Tg Sepat. Ayah dengar penjelasan dari ibu jika keadaan jantung berdegup laju, pedih ulu hati, ayah kena bergegas hantar ibu ke Hospital Banting. Ibu kena bersalin secara pembedahan. Bukan bersalin normal.
Itu yang membuatkan ayah resah dan rungsing bila memikirkannya. Ayah risau ibu dan anak ayah ni tak sihat ke, apa ke. Ayah mana tak sayangkan ibu dan anaknya.
Sekarang ayah hanya mampu berdoa agar ibu dan kamu dalam keadaan sihat. Ayah dah lama merindui kamu. Ayah tunggu kelahiran kamu.
Hari ini ibu dapat sijil cuti sakit. Ayah pesan ibu berehat di rumah je. Jangan buat kerja berat-berat. Ayah pun sayangkan ibu kamu.
Semoga bertemu kita ye.