Wednesday, 23 November 2016

Waktu Tidur Tuah

Sekarang ni Tuah dah tak tidur pada waktu Maghrib. Sebelum ni kami ibubapa kena tidurkan dia pada waktu Maghrib. Tidur dalam setengah jam lepas tu pukul 10 tak 'sharp' kami akan cuba tidurkan dia.
 
Bagusnya Tuah ni dia jarang berjaga malam. Jika ada pun merenggek nak menyusu. Tugas buatkan susu ini aku yang buatkan.
 
Sekarang Tuah dah menjangkau usia 8 bulan. Jadi kami kena ubah waktu tidur dia. Waktu Maghrib memang kami tak akan bagi dia tidur. Kami ajak dia bermain sehingga pukul 10 malam. Barulah kami cuba untuk tidurkan dia.
 
Begitulah ceritanya. hehe

Thursday, 17 November 2016

Tolonglah Wahai Lelaki

Pukul 5.15 pagi tadi isteri aku bangun untuk menyediakan bubur untuk anak aku manakala aku pula jaga anak yang sedang tidur. Kami tidur berasingan sebab nak bagi budak berTuah tu tidur sama dengan ibunya. Aku tidur beralaskan toto narita Amran manakala isteri dan anakku berTuah tidur di atas katil.

Selepas isteri pergi ke dapur, aku pula ambil posisi tempat tidurnya demi menjaga Tuah. Susu dan lampin sudah aku siapkan. Mana tau dia merenggek nak susu, tak adalah aku nak berkejar-kejar nak buat susu bukan?

Bila dia merenggek je aku bagi susu berisi 4 auns susu. Dah habis minum susu, aku tukarkan lampin. Untuk keselesaan dia juga. 1 malam tak sah jika tak penuh air kencing. Selepas tu bagi dia tidur. Si Tuah ni memang tak berjaga malam. Senang nak jaga dia ni. Jika ada pun merenggek nak minta susu.

Pukul 6.30 isteri aku dah siap mandi apa bagai. Turn aku pulak pergi mandi dan bersiap. Dalam pada masa yang sama, aku masakkan air panas. Tak adalah masa aku terbuang macam tu je kan.

Selepas bersiap dan solat, aku cuci botol susu yang telah digunakan. Rendamkan dengan air panas. Air panas selebihnya masuk ke dalam termos. Air kosong dalam jug Tupperware juga kena tukar.

Ada masa sedikit aku jemurkan baju dan kain. Enjin kereta awal-awal aku dah hidupkan. Nak bagi ia panas dulu kan. Takkan hidupkan enjin kereta macam tu terus gerak ye tak?

Masing-masing dah siap kami bersiap pun pergi kerja. Sebelum tu tengok anak dulu. Tengok muka dia tengah tidur. Kahkah (tak lawak).

Begitulah rutin harian aku di pagi hari. Bukan nak menunjukkan riak dan bajet bagus ke apa. Inilah tugas seorang lelaki. Ringankan beban tanggungjawab isteri tu. Sebagai lelaki kita kena berlaku adil. Jangan pentingkan diri sendiri.

Bukan apa, pagi tadi aku dengar celotehan DJ Radio Bernama 24 tu dia ada membaca luahan seorang wanita ni. Balik je kerja kena kemas rumah dan siapkan anak lagi. Sang suami pula berbaring melayan Facebook dan WhatsApp. Anak menangis dibiarkan. Kasihan.

Segala barang dapur si isteri yang beli. Bil air dan letrik dia juga bayarkan. Aik, suami tu apa tanggungjawab dia tu? Tahu nak mintak 'tu' je ke. Tapi peliknya, seluar jeans berharga RM400 boleh pula beli. (???????)

Aku memang pantang lelaki ni berkira  bila isteri minta duit tapi mampu nak beli barang yang dia nak. Lelaki macam ni memang pentingkan diri sendiri.

Isteri pun perlukan masa untuk rehatkan mental dan fizikal. Jadi turn suami pula take over. Jangan harapkan isteri anda jaga anak dan buat kerja rumah 100%. Kasihanilah isteri anda. Dia dah lahirkan anak anda tapi anda pula bermalas-malasan nak jaga.

Janganlah sibuk dengan berFacebook dan berWhatApp. Tolong isteri di dapur tu ha. Sejuk sikit hati isteri anda bila lihat anda tolong sikit. Ringanlah sikit beban dia tu. Berlaku adillah sikit.

Semalam keluar kat surat khabar di muka depan berlakunya banyak kes cerai. Mungkin salah satu puncanya adalah kemalasan sang suami berkerjasama dengan isteri dalam hal rumah tangga. Tahu serahkan tugas pada isteri je.

Tolonglah sang suami. Berlaku adillah pada isteri anda. Anda bukan bujang lagi. Terimalah hakikat. Tolonglah isteri anda dalam hal kerja rumah.

Terima kasih pada isteriku kerana melahirkan Tuah dan membuat kerja itu ini sehingga mengadu sangat meletihkan. Tak apa. Saya ada untuk tolong mana yang patut.

Kita hidup bersama, senang bersama dan susah pun bersama.

Suamiku Encik Rizuan <----Novel bakal diterbitkan.😁
16 Nov 2016
8.55 am

Saturday, 8 October 2016

Akaun CDS Dah Aktif Dan Kaunter Pertama Yang Dibeli

Akaun CDS Maybank aku sudah aktif. Aku Whatsapp Remiser aku nak transfer duit ke dalam akaun Trading aku.

Selesai masukkan modal dalam akaun trading, aku mula beli 1 kaunter ini. Aku beli saham syarikat besi.

Melewar namanya. Harga 1 unit RM0.650. Aku beli 1 lot. RM65.00. Tak termasuk caj-caj yang lain.

Sebab beli?

Aku terikut kata-kata Mohd Asri ketika aku hadir ke kelas percuma beliau. Dia kata syarikat besi mencanak-canak naik sahamnya.

Berkobar-kobar aku nak beli saham syarikat besi tu. Lepas beli tu harganya turun ke RM0.56 sen.

Akhirnya semalam aku jual. Tak sanggup nak tengok.

Pelajaran pertama. Jangan beli disebabkan ikut kata orang. Anda kena buat analisis sendiri kenapa anda beli saham syarikat itu.

Itu sahaja untuk entri saham hari ini.


Putaran Hidup Pada Hari Sabtu

Life Cycle atau putaran hidup.

Kita kerap melakukan benda yang sama dalam satu hari. 

Isnin hingga Jumaat berkejar-kejar nak punch card dan melakukan kerja yang sama. Ia membosankan,

Hari cuti. Hari Sabtu, aku bangun pada pukul 6.30 pagi. Mandi dan solat. Selesai semua tu aku hantar anak buah bini aku pergi ke sekolah. 

Balik tu aku jemur baju, lipat baju. Anak masih tidur lagi.

Buat apa yang patut. 

Pukul 1.00, mandi dan bersiap-siap ke surau. Habis solat aku balik dan rehat. Petang tu pula buat kerja. Angkat kain di jemuran. Bini mandikan anak. 

Ada tugas masing-masing. 

Aku pula bakar sampah. Selesai aku terus mandi. Malam tu main-main dengan anak. Kemaskini blog (entri ini) dan masa untuk tidur. 

Sama juga putaran hidup untuk hari esok.

Selamat Malam.


Wednesday, 21 September 2016

Buka Akaun CDS Maybank

Sebenarnya bukan susah nak buka akaun CDS di Maybank. Cukup sekadar bawa salinan Mykad, penyata bank dan duit RM10.60.

Aku buka akaun CDS di Maybank Investment Berhad di Menara Trend, Klang. Betul-betul dekat dengan jalan Batu 3. Aku angkut isteri dan anak aku sekali. Kebetulan masa tu isteri aku ada urusan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Alang-alang tu aku singgahlah sekali.

Tak lama pun nak buat. Isi borang dan ada sedikit taklimat mengenai CDS. Selepas itu selesai dan tunggu dapat surat dari Maybank berkenaan maklumat lengkap akaun CDS kita.

Bila dah ada akaun CDS, bolehlah beli saham di Bursa Saham.

Selamat Melabur dalam Saham.



Sunday, 28 August 2016

Tukar Susu

Sejak lahir, Tuah hanya minum susu Lactogen. Susu badan dia dah tak nak. Mungkin kesan daripada penggunaan puting tiruan. Itulah silapnya. Bila dah biasa bagi puting tiruan, ia telah mengganggu penyusuan.

Hampir 5 bulan (Yay! Tuah dah 5 bulan) Tuah minum susu formula tu. Entah macam mana dia dah kurang minum susu tu. Minum pun kejap-kejap je.

Aku dan isteri mula cari jalan untuk menukar susu lain. Nak beli Pediasure, dah sure harganya mahal. 

Pergi ke Pasar Grand Union ni, merayau-rayau susu apa yang sesuai, maka kami pilih susu Dutch Baby. Sampai rumah bila beri susu tu, laju je dia menyedut. 

Hati gembira bila tengok dia menyedut dengan laju. Alhamdulillah.




Thursday, 18 August 2016

Ternak Lembu atau Kambing

Aku ada perancangan nak menternak binatang. Dan binatang yang aku nak ternak itu sudah tentu bukannya cipan mahupun tenuk. Dinasour jauh sekali.

Aku merancang nak menternak kambing atau lembu. Bila tanya pasal menternak ini, aku kena tahu juga pasal selok-belok nak menternak ni. Takkan nak main redah macam tu je kan. Kenalah ada sedikit ilmu. Kena ada guru yang beri tunjuk ajar.

Maka, aku pun bertanya pada yang arif pasal dunia perternakan ni. Menurut cakap-cakap bela kambing ni leceh dan merumitkan. Kambing ni tak reti nak duduk diam. Asyik mengembek je. Dah tu kena ada kandang yang tinggi. Tak boleh kandang bawah. Kena ada haba seperti bakar kayu untuk memanaskan kambing-kambing ni. Kambing ini tak boleh kena sejuk nanti kambing ni akan sakit dan diakhiri dengan kematian. Kesian.

Jika dibandingkan dengan lembu, lembu ini senang nak jaga. Korang tambat je dekat pokok. Tak payah nak buat kandang untuk beliau. Dah tu tak payah nak buat unggun api. Tapi masalahnya najis dia je. Bapak besar najis dia. Kalau kambing najisnya berbiji-biji je. Tak adalah nampak ketara sangatkan. Ni najis lembu, sebesar dua tapak kaki manusia. Yang tak tahan tu bila terpijak najis yang baru segar. Perghh, menyirap je.

Mak mentua aku cerita arwah bapak mentua aku pernah menternak lembu. Dia cerita petang-petang pergi sabit rumput nak bagi lembu makan. Bila dah dengar macam tu, maka komitmen kena lebih sikit. Kena korban masa rehat dan tenaga untuk jaga lembu kita ni. Kalau nak buat, kena buat betul-betul.

Ada juga aku dengar cerita ada orang lelaki ini berjaya menjadi perternak lembu yang berjaya. Dengarnya orang Kg Endah. Taraf pendidikan dia sekadar tamat darjah 6 tapi atas kegigihan dia, dia berjaya menjadi penternak lembu yang berjaya. Setiap bulan gaji yang dia terima, dia beli lembu. Setiap bulan dia buat macam tu akhirnya jadi banyaklah. 

Siapa kata tamat darjah 6 tak boleh berjaya. Yang penting berusaha. Allah akan bagi ganjaran pada orang yang berusaha ni. Kau buat je. Niatnya mestilah diakhiri dengan kerana Allah. Nescaya Allah akan balas. 

Itu je la pelajaran yang aku dapat. Nak lebih ilmu, kenalah hadir ke kursus pasal perternakan. Tengah fikir ni nak serius ke tak menternak ni. Bila difikirkan memang banyak masa diperuntukkan untuk menternak lembu ni. Insyaallah satu hari nanti.