Thursday, 24 December 2015
Untuk Anak Ku
Pesanan ini untuk anak ku. Anak ku, jika kamu dah besar dan dalam mencari ilmu, amalkan surah-surah yang ayah lampirkan di atas.
Selamat beramal.
Sunday, 15 November 2015
Projek Mencari Umbut Kelapa Sawit
Kau tau, umbut kelapa sawit boleh dimakan. Cara masakannya? Ikut citarasa korang dengan cara macam mana nak masakkannya. Bagi aku, aku suka dimasak lemak dan makan dengan ikan masin. Meliur.
Memandangkan hari sabtu ni aku agak ada masa lapang sedikit jadi aku buat perancangan nak mencari umbut kelapa sawit. Sasaran pokok kelapa sawit tu adalah pokok kelapa yang agak muda dewasa di sebelah tepi rumah emak mentua aku ni.
Kau tengoklah gambar ni.
Aku capai selop dan parang. Pakai kasut Phua Chu Kang, Terus bergegas ke lokasi sasaran. Minum pagi pun belum ni. Betapa semangatnya aku. Aku libas dan terus melibas. Potong pelepahnya.
Habis licin aku potong. Habis gondol. Hebat tak aku? kahkah
Yeah itu dia, Dah nampak dah batangnya.
Habis bengkok parang. Ganas tak ganas kelapa sawit ni. Degil. Dia punya keras memang liat.
Itulah umbutnya. Kena korekkan untuk keluarkan umbutnya.
Batang umbut. Ni pun ada umbutnya. Kena carikkan untuk dapatkan umbutnya.
Inilah serpihan umbut, Aku makan mentah macam tu je. Manis beb.
Cantik. Bersinar.
Letak kat mangkuk. Nanti terus cuci dan rebus. Masak lemak pun sedap.
Oklah. Setakat tu je aku kongsikan.
Memandangkan hari sabtu ni aku agak ada masa lapang sedikit jadi aku buat perancangan nak mencari umbut kelapa sawit. Sasaran pokok kelapa sawit tu adalah pokok kelapa yang agak muda dewasa di sebelah tepi rumah emak mentua aku ni.
Kau tengoklah gambar ni.
Aku capai selop dan parang. Pakai kasut Phua Chu Kang, Terus bergegas ke lokasi sasaran. Minum pagi pun belum ni. Betapa semangatnya aku. Aku libas dan terus melibas. Potong pelepahnya.
Habis licin aku potong. Habis gondol. Hebat tak aku? kahkah
Yeah itu dia, Dah nampak dah batangnya.
Habis bengkok parang. Ganas tak ganas kelapa sawit ni. Degil. Dia punya keras memang liat.
Itulah umbutnya. Kena korekkan untuk keluarkan umbutnya.
Batang umbut. Ni pun ada umbutnya. Kena carikkan untuk dapatkan umbutnya.
Inilah serpihan umbut, Aku makan mentah macam tu je. Manis beb.
Cantik. Bersinar.
Letak kat mangkuk. Nanti terus cuci dan rebus. Masak lemak pun sedap.
Oklah. Setakat tu je aku kongsikan.
Monday, 9 November 2015
Penampakkan Entiti Di Dapur
Masa maghrib tadi masa aku tengah cuci pinggan dan dengan pandangan sekilas lalu aku ternampak satu entiti masuk ke tandas. Berbaju putih pink cair. Pada mulanya aku abaikan je sebab aku ingatkan si Fifa anak buah bini aku nak pergi buang hajat. Yelah, kat rumah ni tinggal aku, bini aku dan Fifa sebab mak mentua aku pergi ke rumah anak dia kat Shah Alam sana.
Tapi aku tak dengar pulak dengar bunyi pintu tandas ditutup dan dengar bunyi air paip menderu. Aku pun tanya bini aku ada perasan tak Fifa tu masuk ke tandas. Dia kata tak ada. Ah sudah. Siapa yang aku nampak tadi?
Tak puas hati aku pun pergi check pintu dekat dengan tandas. Sunyi sepi je aku tengok. Gelap. Gelap pun sebab lampu kat situ rosak. Bergelaplah. Berani betul si Fifa ni 'labur' dalam gelap. Lampu handphone kan ada.
Aku pun pergi cari Fifa kat bilik nak tanya samada dia ada pergi ke tandas ke tak. Dia jawab tak ada. Memang sah apa yang aku nampak tu 'benda' lain. Meremang bulu roma aku. Celaka.
FYI, aku memang percaya ada makhluk lain selain dari kita sebagai manusia. Jika sebelum ni aku ada cerita lain yang pernah aku kongsikan sebelum ni. Korang kliklah link yang aku bagi ni ye.
http://rizuan-xy.blogspot.my/2014/11/kisah-seram-di-rumah-mentua-ku.html
Sunday, 25 October 2015
Peranan Doktor Dalam Filem atau Drama
Pernah tak kau perasan peranan seorang doktor dalam satu filem atau drama memang cukup mudah?
Kenapa cukup mudah?
Mudah sebab mari sini aku gambarkan situasi di mana ahli keluarga mangsa nak tahu bagaimana perkembangan mangsa samada boleh diselamatkan atau tidak (bermakna meninggal). Dan bermulalah peranan seorang doktor tu. Tak payah nak cakap yang mangsa sudah meninggal. Cukup sekadar hanya menggelengkan kepala sahaja sambil melepaskan sedikit dengusan dan terus blah macam tu je. Tak ada dialog.
Senang doktor berlakon. Kahkah
Tuesday, 29 September 2015
The 4400
Dah lama aku nak tengok series drama The 4400 ini. Akhirnya aku beli 2 DVD 2 Season sekali. Mungkin series drama ini dah lama ditayangkan tetapi dah minat nak tahu dan atas cadangan dari wife aku jadi aku belikan juga.
Drama ini mengisahkan sebanyak 4400 orang yang telah hilang sejak tahun 1930 dipercayai diculik makhluk asing dan ditemui semula pada tahun 2003 secara beramai-ramai di kawasan lapang. Apa yang menarik adalah setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan sendiri selepas hilang beberapa tahun atau bulan. Salah seorangnya adalah seorang budak perempuan, Maia, yang mempunyai kebolehan meramal masa depan dan kebolehan Shawn yang boleh menyembuhkan penyakit orang lain.
Ada juga mangsa kehilangan itu adalah seorang pembunuh dan apabila ia kembali, dia meneruskan kegiatan kotornya dengan menggunakan kebolehan untuk memukau orang lain untuk menjadi budak suruhan dengan membunuh mangsa yang dipilihnya.
Nampak menarik bukan? Memang menarik sampai aku sanggup korbankan wang dengan membeli lagu tema untuk drama siri ini.
Apa pun aku tengah melayan drama ni dengan isteri aku. Ok bye.
Monday, 17 August 2015
Today Update #1
Bermula hari ini aku wujudkan satu slot untuk kemaskini secara rawak dalam satu hari itu juga. Apa-apa yang terlintas di sekiling aku dan di fikiran aku akan aku tulis di buku kecil dan memasukkan ke dalam blog ini.
Aku namakan slot ini dengan nama Today Update.
Kenapa tak namakan Kemaskini Hari Ini?
Hm aku tengok dah macam Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini dan Hari Ini Dalam Sejarah la pulak kan. Rasanya baik aku namakan dengan nama English. Pendek je ayatnya.
Baik. Hari ini aku nak kemaskini secara rawak apa yang berlaku pada hari ini.
- Ruginya aku tidak beriktikaf di masjid sebelum masuk solat zohor tadi. Sibuk je baca buku 'Semusim Di Neraka' dari Hamka Keretamayat. Insaf.
- Perkena Nasi Kukus Ayam Berempah di belakang The Store Banting lagi sedap dan menyelerakan daripada Nasi Kukus Kak Ros di depan tempat kerja aku ni. Entah kenapa tekak aku tak terasa sedapnya. Lidah masing-masing. Lain lidah, lain rasanya. Walaupun aromanya sampai ke tempat kerja aku, aku tak akan terliur. Aku rela drive jauh-jauh ke The Store untuk Nasi Kukus di situ.
- Terpaksa menahan kentut demi menjaga air wudhuk. Bertahanlah.
- Seorang kawan nak daftar kelahiran anak dia. Mulut ringan nak bertanya anak ke berapa. Dia balas anak keempat. Katanya tak boleh kejar aku melainkan aku dapat anak kembar empat. Jika ya, kita seri 4-4. Nak berlumba pulak dah.
- Berbalik pasal Nasi Kukus Kak Ros tu. Aku dengar orang kata yang buat Nasi Kukus Kak Ros tu orang Indonesia. Kalau kat belakang The Store tu orang Kelantan yang masak. Konon nak challenge la kot. Kalau bangla pun dapat tahu resepi cara nak buat nasi kukus, dia pun nak cuba jual tapi tak dapat lawan cara masak orang Kelantan beb.
Rasanya cukuplah kemaskini pantas untuk hari ini. Kipidap!
Sunday, 16 August 2015
Akhirnya Isteri Ku....
Akhirnya isteri ku disahkan mengandung 6 minggu setelah hampir 2 tahun kami berusaha. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan terindah ini.
Maka, aku bakal menjadi ayah kepada cahaya mata yang pertama aku ini. Semacam tak percaya bahawa aku akan jadi ayah kepada anak aku ini. Setelah hampir 2 tahun aku dan isteri aku berusaha baru kini dengan izin Allah bakal menimang cahaya mata.
Terima kasih kepada mak kerana aku tahu mak sentiasa mendoakan agar aku cepat dapat anak. Memandangkan aku ini anak sulung dalam 3 beradik, penantian aku untuk mendapat anak lebih dirasai.
Terima kasih juga kepada ibu mertua aku kerana mendoakan juga. Terdengar juga abang ipar aku bertanya kepada ibunya bilakah isteri aku tu nak mengandung. Sekarang, alhamdulillah sudah hampir tercapai.
Mula-mula sekali aku terkejut juga apabila tengok keputusan positif 'pregnancy test' berbar 2 tu. Hati aku mula berbunga-bunga dan aku tak naklah terlalu teruja sangat. Mungkin takut. Takut aku terlalu mengharap tapi tak dapat.
Tak puas hati aku bawa isteri aku pergi ke Klinik Kesihatan Tg Sepat dan keputusannya adalah positif. Alhamdulillah syukur.
Setelah aku tahu isteri aku disahkan mengandung, aku tak nak menunjuk-nunjuk dengan post status di Facebook yang isteri aku dah mengandung.
Sebab?
Sebab aku nak jaga hati orang lain dalam senarai kawan dalam FB tu terasa dan kecik hati. Secara tidak langsungnya membuat hati orang lain terasa. Yelah, mungkin dalam senarai kawan aku tu ada yang masih belum ada rezeki nak dapat anak. Jadi, baik kita jangan gatal-gatal jari nak update status. Teruja tu teruja juga tapi hati orang lain perlu jaga juga.
Setelah isteri aku ini mengandung, banyak alahan yang dia alami. Paling kerap adalah selalu muntah-muntah air. Lepas makan je muntah. Kasihan pada isteri aku. Ada juga tangan kebas. Sakit bahu. Telinga berdesing. Tersumbat katanya. Aku buatlah apa-apa yang patut.
Insyaallah tahun depan kami akan menimang cahaya mata. Dengan izin Allah. Amin.
Sunday, 7 June 2015
Furious 7: No More Funeral
Walaupun filem ni dah pun lama ditayangkan di dunia tapi kesan yang ditinggalkan masih lagi segar dalam ingatan aku sehingga kini. Filem yang meruntun hati dan perasaan aku ketika menonton filem ini. Siapa tidak tahu kesan psikologi selepas menonton Furious 7 menyebabkan ramai yang mengalir air mata.
Salah satu babak yang menyentuh hati Tyrese Gibson adalah babak di tempat pengebumian dimana ayat itu diucapkan dengan Paul Walker.
![]() |
Roman: "Berjanjilah Brian'' |
![]() |
Roman: "Tiada lagi pengebumian selepas ini" |
![]() |
Brian: "Tinggal satu lagi" |
Ya, kata-kata itulah yang menyentuh hati Tyrese Gibson. Filem ini adalah filem yang terbaik bagi tahun 2015. Mungkin ada orang yang bersetuju dengan kenyataan aku di luar sana.
Friday, 29 May 2015
COC Hari Ini: Heroic Defense
Baru kali aku berjaya dapat anugerah Most Heroic Defense dalam War Clash of Clans ni. Kahkah. Kesian sungguh musuh yang serang war base aku tu tak dapatlah bintang penuh.
Thursday, 28 May 2015
COC Hari Ini:Kaki Tidur
Kalau tak bangun jugak si Barbarian King ni aku tak tau la aku nak kata apa. Rasanya kalau Archer Queen terpekik terlolong bak singa kelaparan suruh beli bawang baru nak bangunlah kot. Yela, suara wanita lagi dashyat. haha.
Wednesday, 27 May 2015
Sebab Musabab Aku Sukar Terima Wanita Lain Dalam Hidup Aku Selepas Isteri Aku
Mak aih, panjang pulak tajuk posting aku ni. Tak pernahnya selama aku update blog ni tajuk sepanjang itu. Ada pun 2 3 ayat je panjang tajuknya. Tak apalah bagi memudahkan pembaca memahami isi yang aku nak sampaikan ini jadi kenalah tajuk panjang sikit.
Berbalik dengan persoalan tajuk di atas ni. "SEBAB MUSABAB AKU SUKAR TERIMA WANITA LAIN DALAM HIDUP AKU SELEPAS ISTERI AKU''.
Ada sebabnya aku tak BOLEH (kalau ada pun elakkanlah) terima wanita lain dalam hidup aku ini. Sebabnya aku kenal isteri aku ini ketika aku masih tiada apa-apa masa itu. Motor tak ada, kereta lagilah tak ada. Pergi belajar kolej pun naik bas je. Itu pun kalau sempat naik bas. Kalau terlepas bas aku terpaksalah naik teksi. Itu pun teksi sentiasa penuh dengan umat manusia yang berkejar untuk mencari sesuap nasi ataupun nak iPhone 6.
Aku kenal isteri aku ini ketiak ketika kami sama-sama belajar di sebuah kolej swasta di Banting ni. Kami sama-sama hidup susah. Kau tau waktu tengahari aku hanya makan roti canai berair teh tarik di kedai mamak di belakang The Store tu. Kadang-kadang tak makan kau tau tak. Terpaksa ikat perut dan duit yang ada tu pun khas untuk tambang untuk perjalanan balik.
Kau ada faham!
Ketika itu aku tak ada apa-apa tapi bakal wife aku (masa tu teman wanita aku) tetap terima aku seadanya walaupun hidup aku ni serba serbi kekurangan. Baju nak pergi kolej korang boleh teka aku pakai baju apa pada hari isnin dan hari-hari berikutnya. Lantaklah sana apa aku nak kisah janji aku tak mintak duit diorang suruh beli baju untuk aku. Yang penting aku dapat sambung belajar.
Berkenaan duit untuk survive untuk belajar tu adalah sikit mak, abang-abang, kakak-kakak bagi duit belanja. Aku ada dapat jugak duit elaun untuk kelas agama kat Tongkah, Morib ni. Bolehlah tampung perbelanjaan pergi belajar kat kolej. Kira aku ni indipendent la sikit kan.
Selepas bertahun-tahun naik bas dan teksi setiap hari, maka dengan ini aku naik taraf sikit dengan memiliki sebuah motosikal Yamaha LC warna hitam (akhirnya hilang dicuri orang). Masa tu aku masih lagi dengan teman wanita yang lama ni, Tengok, setia sehingga akhirnya aku dapat motor kan.
Sedikit demi sedikit aku upgrade dengan memiliki sebuah kereta setelah dapat bekerja di sektor kerajaan. Kehidupan aku bukan mudah beb. Banyak dugaan yang aku lalui.
Aku kenal dengan teman wanita (sekarang dah jadi isteri aku dah pun) dari zero, nothing sehingga aku jadi hero and something. Let say some girl nak ber'kawan' dengan aku as she looks me ada kereta, kerja tetap and blablabla. Why she didn't see it while I have nothing? Sebab itu aku tak boleh (seboleh-bolehnya tak mahu ada dalam hidup aku dan cuba elakkan dari berlaku) terima wanita lain dalam hidup aku.
Mereka (macam ramai je kan nak ber'kawan' dengan aku haha) ada ketika aku sudah hidup senang dengan adanya kereta dan kerja tetap. Mereka tak merasai kesusahan bersama dengan aku. Woi, aku pernah kerja part time hantar barang kuda tau tak dari Port Klang ke Ipoh sana demi mencari sedikit wang belanja. Kau ada faham?
Aku pernah kerja menebas segala semak dan pokok tinggi kat kawasan pencawang elektrik TNB tau. Siap kena gigit dengan lintah lagi tau. Kau ada rasa tak? Tak kan.
Jadi, bagi aku. Jangan tinggalkan wanita yang sayang kat kita hanya kerana kita mengejar wanita yang kita sayang. Bodohkan lelaki yang kejar wanita yang tak pernah merasai kesusahan bersama. Bodohkan lelaki sanggup tinggalkan wanita yang pernah hidup susah bersama demi wanita yang tak pernah hidup susah bersama.
Problem?
Lantaklah kau.
Done!
Crack Motomo Case
Hm aku pun tengah bosan gila ni tak tahu nak update apa. Jadi untuk membuktikan yang aku ni aktif update post jadi aku pun update je la apa yang aku nak update ni.
Macam ni, ahad lepas aku pergi beli Motomo case untuk Samsung Galaxy Alpha aku ni ha. Beli kat Kiosk tu je. Banyak pilihan warna yang ada seperti warna hitam, biru, merah dan emas. Aku pilih biru sebab ia sangat cantik dari pandangan mata aku. Bayar RM15. Merasalah juga pakai casing Motomo ni.
Balik rumah entah macam mana terjatuh ke lantai bersimen. Cepat-cepat ambik dan hasilnya ada sedikit crack kat bahagian bawah. Adoi casing cap ayam betullah.
Tak boleh nak buat apa dah. Pakai je la buat sementara waktu. Kalau tak ada casing terasa sayang pulak badan Samsung Alpha tu. Manalah tau terjatuh ke tak ke naya tu. Kalau calar balar tu tak boleh nak cakap lah. Mesti ada punyalah.
Sementara tunggu casing baru so pakai je la apa yang ada ni. Huhu
Friday, 22 May 2015
Sebab-sebab Aku Dah Slow Tengok TV3
Bila aku fikirkan semula sudah hampir 2 tahun aku jarang tengok siaran TV3. Jika TV2 memang ya sebab TV2 banyak filem Tamil ditayangkan pada hari ahad. Aku ni peminat filem tamil lagi-lagi gaya tak boleh blah Rajnikanth tu. Superstar tamil tu. Siapa yang tak kenal dia tu.
Berbalik pasal TV3 ni. Aku agak bengang sedikit dengan segala apa berkaitan TV3 ni. Salah satunya adalah kenapa drama melayu ditayangkan pada waktu maghrib. Apa tak ada waktu lain yang sesuai ke untuk ditayangkan. Lagi menyedihkan kalau orang lelaki pun layan tengok drama ni. Korang tak bersiap-siap nak pergi masjid atau surau ke apa. Esok kiamat baru nak tergesa-gesa nak solat segera.
Tu yang aku anti sikit dengan TV3 ni. Kalau aku jadi CEO Media Prima, aku akan gantikan slot drama tu dengan slot bacaan ayat suci Al-Quran. Biar sentap sikit pada perempuan-perempuan yang tengok drama tu. Apa korang tak bersiap-siap jugak ke nak solat. Segerakan solat tau dak. Kalau pukul 8 kau dah keluar haid kan dah tertinggal solat maghrib.
Kau diam aku nak cakap ni.
Terima teguran aku ni.
Eh aku nak tegur TV3 ke nak tegur orang perempuan ni.
Dah-dah. Sekarang ni TV3 patut sensitif sikit pasal slot drama yang ditayangkan pada waktu maghrib tu. Apa korang-korang kat dalam tu tak sensitif ke.
K bye.
Reviu Buku: Advantura Pulang Ke Malaya
Siapa sangka impian seorang anak muda yang ingin pulang ke Malaysia dari UK dengan hanya menggunakan basikal boleh digapai. Apa kerja gila ke naik basikal merentasi pelbagai negara bermula dari UK. Aku pun tak sanggup bhai.
Tapi itulah impian yang ingin dicapai oleh seorang anak muda bernama Badrul Hisham yang berimpian pulang ke Malaysia dengan hanya berbasikal selepas tamat pengajian di UK.
Siapa sangka dengan hanya berbekalkan wang RM 8000, berbasikal merentasi 18 buah negara sejauh 11,000 km demi mengejar impian melihat dunia. Impian gila yang bermula di Sheffield.
Pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi oleh beliau selama dia merentas pelbagai negara. Dua perompak Turki merompak beliau sehingga beliau sanggup mencari jalan untuk menipu 2 orang lelaki Turki itu. Pengalaman disoal siasat oleh pegawai tentera Iran tentang fahaman yang dia anuti samada Syiah atau Sunni. Pelbagai lagi cabaran yang dihadapi oleh beliau. Dapatkan buku ini jika ingin mengetahui cabaran yang dihadapi.
Buku ini memang memberi motivasi dan juga pengalaman berharga yang telah dilalui oleh Badrul Hisham. Terima kasih diucapkan kepada Dubook Press kerana mengeluarkan buku sebegini. Bagi aku buku ini memang seronok dibaca tika di waktu lapang. Mana tahu esok lusa kelak aku pula yang merentasi pelbagai negara dengan hanya berbasikal tua. Mungkin boleh jadi.
London-Malaya | 5 Bulan | 18 Negara
[IMPIAN]
P/S: Kepada yang berminat ingin memiliki buku ini silalah emelkan ke rizuanxy[at]gmail.com.
Monday, 13 April 2015
Terima Kasih Paul Walker
Kalau filem-filem sebelum yang aku tengok ini memang tak adalah terasa sangat tapi untuk filem ini memang menyentuh hati dan perasaan aku. Seperti yang kita tahu, dari filem awal pada tahun 2001 hinggalah ke tahun 2015, Brian O'Connor (Paul Walker) sentiasa ada. Tapi untuk filem seterusnya, watak Brian terpaksa dilenyapkan. Dalam dunia realitinya Paul Walker sudah tiada kerana dia telah mati terlibat dalam kemalangan pada tahun 2013.
Semasa dia mati kemalangan tu, aku tak adalah terasa sangat. Hampir setahun lebih dia pergi. Aku tak terasa sangat. Sempat juga masa itu aku menonton filem lakonan dia iaitu Vehicle 19. Sekarang, baru aku terasa kehilangan pelakon berbakat seperti dia gara-gara tertengok the sad feeling pada babak akhir tu. Memang menyentuh perasaan. Tahniah diucapkan kepada pengarah James Wan. Memang dia pengarah yang paling bijak dalam memainkan perasaan audien.
Dalam banyak-banyak filem yang aku tonton. Filem ini yang paling menyentuh perasaan aku. Entah kenapa aku masih merasa hiba. Mungkin sebab babak akhir tu sangat sangat menyentuh hati. Bukan aku seorang je yang berperasaan begini. Ada juga insan di luar sana merasai seperti mana aku rasai selepas menonton filem ini. Lagi-lagi lagunya yang bertajuk 'See You Again' yang memang touching habis.
Disebabkan lagu ni agak touching, aku pun beli lagu ini di iTunes Store sebagai koleksi lagu aku. Lagu ini juga menjadi lagu soundtrack untuk filem ini. Kepada yang minat sangat lagu ini, bolehlah beli di iTunes Store.
Thanks Paul for Fast & Furious!
Saturday, 28 March 2015
Rekreasi Di Sg Congkak
Aku tak tahu macam nak mulakan tapi tak apa, aku kongsi gambar-gambar sebagai kenang-kenangan.
Berhenti kereta kejap bagi sejuk enjin |
Cuaca agak baik dan aman sentosa bahagia hendaknya |
Apa-apa hal 'melantak' dulu penuhkan makanan dalam perut sebelum berendam |
Tangkap foto sedas dua |
Foto air mengalir dah macam sebuah lagu nasyid pulak |
Buat pencuci mata untuk ketenangan diri sendiri dan juga orang lain yang tengok foto dalam blog ni |
Indahnya ciptaan Tuhan |
Sumbat jugak gambar cinta hati aku |
Tempat di mana kami telah tinggalkan jejak.. Selamat tinggal. Jika ada masa, kami akan jenguk tempat ni. huuhuu |
Setakat itu sahaja perkongsian aktiviti pada hari Sabtu bertarikh 28 March 2015.
Monday, 23 February 2015
Tupperware : Rice Dispenser
Salah satu produk keluaran Tupperware yang menjadi senarai wajib dimiliki oleh aku adalah Rice Dispenser.
Kenapa terasa ingin memilikinya?
Ada sebabnya kenapa aku terasa teringin nak memilikinya. As we know, Tupperware mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan mampu bertahan dengan lebih lama walaupun 5 tahun menggunakannya. Seorang kawan kat tempat kerja aku berkata pada aku yang dia telah menggunakan salah satu produk Tupperware ini lebih dari 5 tahun. Kagum dari jauh.
Aku bercakap ini bukan sebab aku ini adalah pengedar Tupperware. Aku melihat sekeliling aku terutamanya di tempat kerja aku dimana mereka (kakak-kakak actually) kerap bercerita tentang produk Tupperware. Aku tak dapat apa-apa keuntungan pun jika aku publish dalam blog. Itu belum lagi termasuk diorang bercerita tentang produk-produk yang lain seperti Elken, Shaklee dan seangkatan dengannya.
Berbalik produk Tupperware iaitu Rice Dispenser ni. Salah satu sebab aku ingin memilikinya adalah kerana reka bentuknya yang nampak kemas. Kebiasaanya di rumah kita sendiri ada sesetengah dari pada kita hanya membiarkan beras berada di dalam plastik dan cuma mengikatnya dari atas selepas tidak digunakan lagi. Ada pula memasukkan dalam tong yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi air. Itu lebih baik daripada membiarkan beras dalam plastik beras.
Jika diisi dalam tong, apabila tiba masanya nak memasak nasi, sudah pasti beras yang diambil/dicedok dari atas dan bukannya dari bawah. Jadi akan menjadi masalah jika beras di bawah tidak digunakan. Maka timbullah masalah iaitu habuk-habuk beras yang berada paling bawah. Jika beras dah tinggal sikit, ada pula yang bijak menambah beras untuk topup.
Berbeza dengan Rice Dispenser keluaran Tupperware ini. Beras yang paling bawah diutamakan digunakan berbanding beras di atas sebab ia telah dicipta begitu. Jadi masalah habuk akan hilang. Kita hanya menggunakan beras yang paling bawah sekali. Jika korang nak topup pun tidak akan menjadi masalah sebenarnya.
Produk ini memang wajib aku miliki pada masa akan datang. Setelah aku berkira-kira nak memilikinya, pihak Tupperware telah menambahbaik Rice Dispenser ni dengan mengeluarkan reka bentuk Rice Dispenser yang terbaru. Cuma badannya agak kurus sedikit. Mungkin penambahbaikkannya adalah untuk memudahkan ia menyelit di celah-celah perabot dapur barangkali.
![]() |
Boleh sembunyi di celah kabinet |
![]() |
Korang boleh pantau berapa banyak beras yang tinggal. So senang nak topup. |
Rasanya aku lebih suka pilih reka bentuk yang lama. Jika ada duit yang cukup Insyaallah tahun ini aku akan memilikinya.
Sunday, 22 February 2015
Menjadi Diri Sendiri Sebaik Yang Mungkin
Menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba untuk menjadi orang lain. Lebih teruk lagi ada yang terpaksa menjadi hipokrit untuk menjadi orang lain yang sudah tentunya ia bukanlah diri kita yang sebenarnya.
Kadang-kadang ada sesetengah manusia ini cuba untuk menjadikan diri sendiri dengan menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Sungguh menyedihkan. Terpaksa hipokrit di mata orang lain. Lama kelamaan korang akan rasa sangat membosankan untuk menjadi orang lain.Terasa mendalam kepura-puraannya.
Jika itulah diri anda, jangan cuba untuk menjadi orang lain. Hanya kekalkan diri anda sendiri. Tak perlulah bersusah payah nak jadi orang lain. Ia akan memenatkan anda sebenarnya.
Begitu juga pada diri aku sendiri. Aku tak akan cuba untuk menjadi orang lain yang sudah semestinya bukan diri aku yang sebenar, Adalah gila aku untuk menjadi orang lain. Setiap dari kita ni ada sikap, tingkah laku atau perangai masing-masing yang menjadi orang lain selesa dengan diri kita sendiri. Cuba bayangkan korang jadikan diri sendiri kepada orang lain. Apakah penerimaan rakan-rakan sekeliling korang?
"Dia ni dah kenapa?"
"Kau dah makan ubat ke belum? Macam gila isim saje"
"Eh, apasal kau lain ek? Mana ..... (Sila isi nama sipolan) yang dulu yang ceria?"
Percubaan korang nak jadikan diri anda kepada diri orang lain menyebabkan orang lain tak selesa dengan korang. Padanlah dengan muka. Rasanya tak perlulah untuk jadi orang lain. Bak kata pepatah orang Inggeris, just be yourself.
Saturday, 14 February 2015
Perginya Seorang Ulama
Tanggal 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436 perginya seorang ulama tersohor bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Siapa tidak mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis malam Jumaat pada pukul 9.45 malam di Pulau Melaka. Beruntungnya beliau kerana menghembuskan nafas terakhir pada malam jumaat.
" Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur". (HR.Ahmad No.6582 & At-Tirmidzi No.1074)
Ya Allah beruntungnya Allahyarham. Aku begitu cemburu pada beliau kerana meninggal pada malam Jumaat. Saat aku menerima berita pemergiaan beliau hati aku menjadi hiba kerana seorang ulama yang kita kenali telah kembali ke rahmatullah.
Aku bukannya taksub pada beliau tapi aku hormati beliau sebagai seorang ulama yang terkenal. Pada tengahari Jumaat semasa masing-masing pergi menunaikan solat Jumaat, aku lihat ada sesetengah jemaah bermuka sedih dan hiba. Termasuklah aku juga. Sedih perginya seorang ulama.
Semasa hari-hari pengebumian beliau, segerombolan lautan manusia mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Ya Allah, aku begitu kagum dengan keadaan di Kelantan. Sepertinya aku ingin menetap di sana.
Semasa dalam perjalanan balik dari kerja, aku mendengar komen dari seorang tetamu khas di Radio Bernama 24 menceritakan begini lebih kurang: Ramai orang merasa pelik kenapa dia tidak mengambil air wudhuk ketika masuk ke masjid seterusnya terus melakukan solat. Rupa-rupanya dia sentiasa menjaga air wudhuk. Jika sudah terbatal, beliau akan mengambil air wudhuk semula. Maknanya kemana-mana dia pergi beliau sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Itu adalah amalan beliau.
Aku merasa kagum dengan amalan beliau berbanding aku yang masih ada kekurangan ilmu agama Islam. Kemungkinan aku akan cuba mengamalkannya. Insyaallah.
Semua orang mengenali beliau sebagai seorang yang zuhud. Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau hanya duduk di rumah sendiri yang berpapan dan beratapkan zink. Jika dibandingkan dengan menteri besar di negeri lain, rumah mereka agak mewah, kereta mewah dan berbagai lagi mewahnya. Pabila ada gambar beliau makan hanya duduk di lantai, ramai yang mengata bahawa itu strategi nak meraih simpati orang ramai agar mengundi parti PAS dan ada juga yang mengata bahawa itu adalah menunjuk-nunjuk.
Aku bukan taksub pada beliau cuma aku mengagumi keperibadian beliau. Ada korang nampak seorang menteri seperti beliau? Ada korang nampak pemimpin begitu zuhud seperti beliau? Rasanya agak kurang jumpa pemimpin begitu.
Semoga Tuan Guru ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga roh dicucuri rahmat.
Thursday, 22 January 2015
iPhone dan mangkuk tandas
Antara iPhone dan mangkuk tandas tak ada beza pun. Eh nak kutuk iPhone pulak. haha.
Kejap kejap. Janganlah cakap aku ni haters iPhone. Jangan menilai aku dengan statement di atas. Aku saje je bagi panas sikit. hehe.
Macam ni, iPhone aku ni dengan selambanya meluncur dengan lancarnya dari poket seluar aku ke dalam mangkuk tandas. Sedap je iPhone aku menyelam ke dalam air kat mangkuk tandas tu. Cepat cepat aku ambik dengan menyelup tangan aku. Dah tak fikir dah masa tu. Yang penting ia selamat.
Tengok tengok masih ok lagi. Boleh On lagi. Mungkin tindakan pantas aku dengan tindakan refleks tangan aku terus ambik.
Dah tu pulak aku jirus iPhone aku dengan air dari saluran paip sebabnya nak membersihkan iPhone aku dari air mangkuk tandas tu. Mujurlah selamat. hehe.
Sampai sekarang aku masih pakai iPhone tu. Hidup lagi hang na. Kalau tak dah lama aku letak kat laci jadi bahan arkib. Tak pun buat frame gantung kat ruang tamu buat tatapan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah.
Kejap kejap. Janganlah cakap aku ni haters iPhone. Jangan menilai aku dengan statement di atas. Aku saje je bagi panas sikit. hehe.
Macam ni, iPhone aku ni dengan selambanya meluncur dengan lancarnya dari poket seluar aku ke dalam mangkuk tandas. Sedap je iPhone aku menyelam ke dalam air kat mangkuk tandas tu. Cepat cepat aku ambik dengan menyelup tangan aku. Dah tak fikir dah masa tu. Yang penting ia selamat.
Tengok tengok masih ok lagi. Boleh On lagi. Mungkin tindakan pantas aku dengan tindakan refleks tangan aku terus ambik.
Dah tu pulak aku jirus iPhone aku dengan air dari saluran paip sebabnya nak membersihkan iPhone aku dari air mangkuk tandas tu. Mujurlah selamat. hehe.
Sampai sekarang aku masih pakai iPhone tu. Hidup lagi hang na. Kalau tak dah lama aku letak kat laci jadi bahan arkib. Tak pun buat frame gantung kat ruang tamu buat tatapan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah.
Saturday, 17 January 2015
Bersama
Sejak aku dah beristeri ini aku semacam mula memegang sebuah moto kehidupan iaitu Bersama. Ya, bersama. Aku pegang ayat ini selama seharian aku hidup aman damai ini.
Aku mula akui bahawa apa-apa perkerjaan sekalipun lebih-lebih bersama dengan isteri tercinta perlu dilakukan bersama. Kena tolong di dapur bersama, kena jemur kain dan baju bersama, sapu sampah bersama, tengok tv bersama, tengok movie di laptop bersama, makan bersama, mandi bersama., solat bersama (kecuali uzurlah). Semuanya berkaitan ayat bersama.
Sekarang buat semua para lelaki, mari kita pegang ayat ini [BERSAMA!].
YA, BERSAMA. Kecuali berak kenalah berpisah. Ok bye!
Villa Nabila
Jika dulu kecoh satu Malaysia hingga terpapar di dada akhbar arus perdana tentang kehilangan 23 orang budak disyaki pergi ke rumah lama diberi nama Villa Nabila. Sampai ada mak kepada salah seorang mangsa hilang tu tabur garam kat sekeliling rumah tu. Tup tup dia ditemui di rumah kawannya. Rasa kena kencing satu Malaysia. Sepertinya membuang masa semua pihak rasanya.
Tapi aku taklah nak cakap banyak pasal benda ni sebab aku tak berada di tempat kejadian pun. Mungkin penduduk sekitarnya lebih tahu dan arif tentang tahap keseraman rumah tu. Bila ramai orang dah tahu tentang keseraman rumah tu, maka adalah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menerbitkan sebuah filem berkaitan Villa Nabila ni.
Hampir 2 tahun jugaklah berita tentang kejadian kehilangan 23 orang budak tu. Tahu tahu je tahun ni ada filem Villa Nabila ditayangkan. Aku taklah teruja sangat nak tengok filem ni. Disebabkan aku nak belanja isteri aku tengok wayang jadi aku pilihlah filem Villa Nabila untuk ditonton. Sebabnya minggu lepas aku dah tengok filem Taken 3 dengan kawan-kawan aku jadi aku nak berlaku adil aku belanjalah isteri aku tengok wayang. Kebetulan pulak mak mentua aku nak cari buku asas kursus haji jadi aku belanjalah berdua. Jadi, ber-enjoy lah kami bertiga.
Selepas selesai tengok filem ini, aku rasa filem ini memang best tahap keseramannya. Lakonan Pekin Ibrahim sebagai Asyraf memang terbaik. Filem ini bukan bercerita tentang bagaimana Nabila (kononnya. Tapi berbagai versi. Aku pun naik binggung) dibunuh. Tapi ia berkisar tentang seorang lelaki berkerja sebagai kontraktor bernama Asyraf bersama pekerjanya nak merobohkan Villa Nabila tetapi cubaan nak merobohkan rumah tu menemui jalan kegagalan.
Ia memang berdasarkan cerita sebenar kontraktor yang nak merobohkan rumah tu. Ia telah dilakonkan semula dan ditambahkan sedikit elemen keseramannya. Kenapa aku kata ia berdasarkan cerita sebenar? Sebabnya footage asal memang disertakan sekali sebagai bukti. Dan kontraktor tu memang wujud cuma ia dirahsiakan dari umum.
Hari ini jugak ada cerita kurang menarik tentang filem Villa Nabila bilamana 5 orang penonton di pawagam TGV Tebrau City, Johor diserang histeria. Pengarah Syafiq Yusof menafikan itu adalah gimik dari pihak mereka untuk melariskan jualan filem ini.
Aku tak pasti mungkin ini penangan keseraman filem ini hingga menyebabkan ada yang kena histeria. Aku dah baca isi kandungan berita tu. Diorang tengok filem ni pada pukul 10 malam. Mana tak seramnya. hehe.
Untuk filem ini memang terbaik. Aku siap tengok filem ni di celah-celah jari aku sebabnya aku tutup muka aku. haha. Penakut betul. Tapi memang seram beb.
Subscribe to:
Posts (Atom)