Friday, 18 March 2016

Lahirnya Kamu Ke Dunia

Setelah berbulan-bulan ibu membawa kamu ke sana ke sini, akhirnya kamu selamat dilahirkan.

Tanggal 17 March ibu selamat melahirkan kamu. Ibu terpaksa dibedah untuk mengeluarkan kamu dari rahim ibu. Menurut kata doktor di Hospital Banting, kamu telah berak di dalam kandungan. Kami risau kerana kamu akan makan tahi dan akan menyebabkan kamu mengidap penyakit.

Ibu terpaksa dikejarkan ke Hospital Klang untuk menjalani pembedahan iaitu Ceaser. Ayah ikut dari belakang.

Ayah sampai ke Wad 2B dan mendengar kamu menangis. Alhamdulillah kamu selamat. Ayah dan ibu amat gembira.

Selamat Datang ke Dunia!

Thursday, 17 March 2016

Bakal Bersalin

Bacaan untuk anakku

Pagi tadi pada pukul 7 ketuban ibu dah pecah. Meleleh air ketuban keluar. Ayah dah kelam-kabut tadi. Ayah jadi bingung apa perlu dibuat.

Ayah kejutkan nenek. Nenek suruh ibu telefon jururawat desa. Ibu pun telefon. Jururawat kata terus ke Wad 1 Hospital Banting.

Ayah tahu wad itu sebab ayah pernah ambik anak abang bernama Nur Najima di situ. Jadi ayah dan ibu terus bersiap-siap. Soal pakaian dan segala persiapan sudah kami siapkan. Cuma menunggu kelahiran kamu saja.

Ibu mengadu sakit. Ayah pandu laju ke Hospital Banting. Sampai di situ, ibu ditahan wad. Menunggu kelahiran kamu.

Hari ini sepatutnya ibu, bapa dan ibu saudara ada perbicaraan mengenai pembahagian tanah pusaka. Memandangkan ibu tak boleh hadir jadi urusan itu diserah pada bapa saudara. Harapnya pihak pejabat tanah faham.

Ayah menunggu kamu anakku

Monday, 7 March 2016

Resah

Ayah dah lama berniat nak wujudkan satu blog khas untuk kamu tapi ayah tiada masa nak buat. Ayah tak ada masa sebab jaga ibu yang mengandungkan kamu.

Hari ini ayah ada masa terluang nak buat. Hari ini ayah baru selesai teman ibu kamu ke klinik desa. Disebabkan tekanan darah ibu tinggi, ibu kena rujuk ke Klinik Kesihatan Tg Sepat.

Ayah hantar ibu ke Klinik Kesihatan Tg Sepat. Ayah dengar penjelasan dari ibu jika keadaan jantung berdegup laju, pedih ulu hati, ayah kena bergegas hantar ibu ke Hospital Banting. Ibu kena bersalin secara pembedahan. Bukan bersalin normal.

Itu yang membuatkan ayah resah dan rungsing bila memikirkannya. Ayah risau ibu dan anak ayah ni tak sihat ke, apa ke. Ayah mana tak sayangkan ibu dan anaknya.

Sekarang ayah hanya mampu berdoa agar ibu dan kamu dalam keadaan sihat. Ayah dah lama merindui kamu. Ayah tunggu kelahiran kamu.

Hari ini ibu dapat sijil cuti sakit. Ayah pesan ibu berehat di rumah je. Jangan buat kerja berat-berat. Ayah pun sayangkan ibu kamu.

Semoga bertemu kita ye.

Thursday, 24 December 2015

Untuk Anak Ku


Pesanan ini untuk anak ku. Anak ku, jika kamu dah besar dan dalam mencari ilmu, amalkan surah-surah yang ayah lampirkan di atas.

Selamat beramal.


Sunday, 15 November 2015

Projek Mencari Umbut Kelapa Sawit

Kau tau, umbut kelapa sawit boleh dimakan. Cara masakannya? Ikut citarasa korang dengan cara macam mana nak masakkannya. Bagi aku, aku suka dimasak lemak dan makan dengan ikan masin. Meliur.

Memandangkan hari sabtu ni aku agak ada masa lapang sedikit jadi aku buat perancangan nak mencari umbut kelapa sawit. Sasaran pokok kelapa sawit tu adalah pokok kelapa yang agak muda dewasa di sebelah tepi rumah emak mentua aku ni.

Kau tengoklah gambar ni.


Aku capai selop dan parang. Pakai kasut Phua Chu Kang, Terus bergegas ke lokasi sasaran. Minum pagi pun belum ni. Betapa semangatnya aku. Aku libas dan terus melibas. Potong pelepahnya.





Habis licin aku potong. Habis gondol. Hebat tak aku? kahkah


Yeah itu dia, Dah nampak dah batangnya.


Habis bengkok parang. Ganas tak ganas kelapa sawit ni. Degil. Dia punya keras memang liat.


Itulah umbutnya. Kena korekkan untuk keluarkan umbutnya.


Batang umbut. Ni pun ada umbutnya. Kena carikkan untuk dapatkan umbutnya.


Inilah serpihan umbut, Aku makan mentah macam tu je. Manis beb.


Cantik. Bersinar.


Letak kat mangkuk. Nanti terus cuci dan rebus. Masak lemak pun sedap.

Oklah. Setakat tu je aku kongsikan.


Monday, 9 November 2015

Penampakkan Entiti Di Dapur

Masa maghrib tadi  masa aku tengah cuci pinggan dan dengan pandangan sekilas lalu aku ternampak satu entiti masuk ke tandas. Berbaju putih pink cair. Pada mulanya aku abaikan je sebab aku ingatkan si Fifa anak buah bini aku nak pergi buang hajat. Yelah, kat rumah ni tinggal aku, bini aku dan Fifa sebab mak mentua aku pergi ke rumah anak dia kat Shah Alam sana.

Tapi aku tak dengar pulak dengar bunyi pintu tandas ditutup dan dengar bunyi air paip menderu. Aku pun tanya bini aku ada perasan tak Fifa tu masuk ke tandas. Dia kata tak ada. Ah sudah. Siapa yang aku nampak tadi?

Tak puas hati aku pun pergi check pintu dekat dengan tandas. Sunyi sepi je aku tengok. Gelap. Gelap pun sebab lampu kat situ rosak. Bergelaplah. Berani betul si Fifa ni 'labur' dalam gelap. Lampu handphone kan ada. 

Aku pun pergi cari Fifa kat bilik nak tanya samada dia ada pergi ke tandas ke tak. Dia jawab tak ada. Memang sah apa yang aku nampak tu 'benda' lain. Meremang bulu roma aku. Celaka. 

Terus aku cepat cepat cuci pinggan dan blah dari situ. Lantaklah sana.

FYI, aku memang percaya ada makhluk lain selain dari kita sebagai manusia. Jika sebelum ni aku ada cerita lain yang pernah aku kongsikan sebelum ni. Korang kliklah link yang aku bagi ni ye.

http://rizuan-xy.blogspot.my/2014/11/kisah-seram-di-rumah-mentua-ku.html


Sunday, 25 October 2015

Peranan Doktor Dalam Filem atau Drama


Pernah tak kau perasan peranan seorang doktor dalam satu filem atau drama memang cukup mudah?

Kenapa cukup mudah?

Mudah sebab mari sini aku gambarkan situasi di mana ahli keluarga mangsa nak tahu bagaimana perkembangan mangsa samada boleh diselamatkan atau tidak (bermakna meninggal). Dan bermulalah peranan seorang doktor tu. Tak payah nak cakap yang mangsa sudah meninggal. Cukup sekadar hanya menggelengkan kepala sahaja sambil melepaskan sedikit dengusan dan terus blah macam tu je. Tak ada dialog. 

Senang doktor berlakon. Kahkah