Monday 13 April 2015

Terima Kasih Paul Walker

Entah kenapa hati aku berbaur perasaan sedih dan hiba selepas menonton filem Fast & Furious 7. Semua gara-gara aku tengok last scene dalam filem ni. Memang ia menyentuh perasaan. 

Kalau filem-filem sebelum yang aku tengok ini memang tak adalah terasa sangat tapi untuk filem ini memang menyentuh hati dan perasaan aku. Seperti yang kita tahu, dari filem awal pada tahun 2001 hinggalah ke tahun 2015, Brian O'Connor (Paul Walker) sentiasa ada. Tapi untuk filem seterusnya, watak Brian terpaksa dilenyapkan. Dalam dunia realitinya Paul Walker sudah tiada kerana dia telah mati terlibat dalam kemalangan pada tahun 2013.

Semasa dia mati kemalangan tu, aku tak adalah terasa sangat. Hampir setahun lebih dia pergi. Aku tak terasa sangat. Sempat juga masa itu aku menonton filem lakonan dia iaitu Vehicle 19. Sekarang, baru aku terasa kehilangan pelakon berbakat seperti dia gara-gara tertengok the sad feeling pada babak akhir tu. Memang menyentuh perasaan. Tahniah diucapkan kepada pengarah James Wan. Memang dia pengarah yang paling bijak dalam memainkan perasaan audien.
Dalam banyak-banyak filem yang aku tonton. Filem ini yang paling menyentuh perasaan aku. Entah kenapa aku masih merasa hiba. Mungkin sebab babak akhir tu sangat sangat menyentuh hati. Bukan aku seorang je yang berperasaan begini. Ada juga insan di luar sana merasai seperti mana aku rasai selepas menonton filem ini. Lagi-lagi lagunya yang bertajuk 'See You Again' yang memang touching habis.

Disebabkan lagu ni agak touching, aku pun beli lagu ini di iTunes Store sebagai koleksi lagu aku. Lagu ini juga menjadi lagu soundtrack untuk filem ini. Kepada yang minat sangat lagu ini, bolehlah beli di iTunes Store.



Thanks Paul for Fast & Furious!