Thursday 21 April 2016

Nama Anak

Aku bagi nama anak aku dengan nama Tuah Muhammad Rizqy. Nama Tuah memang aku nak letak sebab nama tu lebih klasik. Tambahan, mak mentua aku pun suka kalau letak nama Tuah. Mak mentua aku ni suka nama panggilan dengan nama Pekan. Aku tak kisah pun.

Bincang-bincang dengan orang rumah dinamakan dengan nama Tuah Muhammad. Muhammad tu perlu letak sebab ia nama junjungan mulia Rasulullah. Selebihnya dia tambah Rizqy. Sempurna.

Bila dipanggil sedap juga Tuah Muhammad Rizqy Bin Rizuan. Tak apalah panjang-panjang.

Ada kawan cakap nama anak tu pendek je. Aku memang nak tapi tak apalah. Dah bincang-bincang dengan isteri dan masing-masing dah puas hati maka itulah nama yang dipilih.

Apa pun selamat datang Tuah.

Kalau Pekan Tuah pun ok juga untuk panggilan nama.

Thursday 14 April 2016

Rutin Harian Sebagai Seorang Ayah

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk sama-sama memikul bahu dengan isteri menjaga anak yang baru 3 minggu lahir ke dunia.

Isnin hingga jumaat aku berkerja. Selepas balik dari kerja, aku siapkan air mandi untuk isteri aku. Dan juga sediakan air suam untuk anak aku. Kadang-kadang mak mentua aku yang mandikan anak aku.

Tengok juga keadaan. Jika mak mentua aku sibuk dengan kerja di dapur, aku akan cuba mandikan anak aku Tuah. 

Selepas selesai siapkan anak aku tu, aku bergegas ke dapur jenguk-jenguk samada nasi dah masak ke belum. Jika belum, kenalah masak nasi. Bagi aku, lebih baik bagi isteri aku makan nasi yang panas-panas. Itu pendapat akulah kan. Jenguk juga ada air untuk minum ke tak. Kadang-kadanag air suam pun tak ada. 

Selepas itu, aku pula kena bersihkan diri setelah seharian sibuk di tempat kerja. Penat tu memang penat tapi kenalah lawan juga kan.

Selepas selesai solat maghrib, aku kena sediakan makanan untuk isteri aku makan. Lauk tu lauk tengahari tadi yang mak mentua aku masakkan. Aku cuma panaskan semula je. 

Lepas tu letak di tray makanan dan bawak ke bilik. Tak nak menyusahkan isteri yang sedang dalam pantang. Selepas selesai makan tu, pinggan mangkuk kenalah dicuci. 

Waktu malam tu kadang-kadang kenalah bangun sebab Tuah tu berjaga waktu malam juga. Merenggek menangis. Tengok isteri kepenatan jadi buatlah susu untuk anak aku menyusu. Kadang-kadang Tuah ni bangun pukul 5.30. Jadi aku pula kena jaga bagi dia menyusu dengan susu botol sampailah pukul 7. Aku bersiap-siap nak kerja.

Itu rutin harian pada hari aku berkerja. Jika hari cuti, pagi-pagi aku siapkan sarapan untuk isteri. Sediakan juga air untuk dia mandi dan air anak untuk mandi. Jika mak mentua aku sibuk di dapur, aku akan mandikan anak aku Tuah. 

Selepas tu aku buatlah kerja-kerja kat dalam rumah atau di luar rumah. Rutin waktu petang sama je seperti hari aku bekerja. 

Itulah rutin harian aku. Begitulah tanggungjawab aku sebagai seorang ayah. Jika difikirkan, kehidupan aku sebelum dan selepas ada anak ni berbeza. Aku kena fokus dan kena jalankan tanggungjawab dengan baik.