Monday 23 February 2015

Tupperware : Rice Dispenser

Salah satu produk keluaran Tupperware yang menjadi senarai wajib dimiliki oleh aku adalah Rice Dispenser. 


Kenapa terasa ingin memilikinya?

Ada sebabnya kenapa aku terasa teringin nak memilikinya. As we know, Tupperware mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan mampu bertahan dengan lebih lama walaupun 5 tahun menggunakannya. Seorang kawan kat tempat kerja aku berkata pada aku yang dia telah menggunakan salah satu produk Tupperware ini lebih dari 5 tahun. Kagum dari jauh. 

Aku bercakap ini bukan sebab aku ini adalah pengedar Tupperware. Aku melihat sekeliling aku terutamanya di tempat kerja aku dimana mereka (kakak-kakak actually) kerap bercerita tentang produk Tupperware. Aku tak dapat apa-apa keuntungan pun jika aku publish dalam blog. Itu belum lagi termasuk diorang bercerita tentang produk-produk yang lain seperti Elken, Shaklee dan seangkatan dengannya.

Berbalik produk Tupperware iaitu Rice Dispenser ni. Salah satu sebab aku ingin memilikinya adalah kerana reka bentuknya yang nampak kemas. Kebiasaanya di rumah kita sendiri ada sesetengah dari pada kita hanya membiarkan beras berada di dalam plastik dan cuma mengikatnya dari atas selepas tidak digunakan lagi. Ada pula memasukkan dalam tong yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi air. Itu lebih baik daripada membiarkan beras dalam plastik beras.

Jika diisi dalam tong, apabila tiba masanya nak memasak nasi, sudah pasti beras yang diambil/dicedok dari atas dan bukannya dari bawah. Jadi akan menjadi masalah jika beras di bawah tidak digunakan. Maka timbullah masalah iaitu habuk-habuk beras yang berada paling bawah. Jika beras dah tinggal sikit, ada pula yang bijak menambah beras untuk topup.

Berbeza dengan Rice Dispenser keluaran Tupperware ini. Beras yang paling bawah diutamakan digunakan berbanding beras di atas sebab ia telah dicipta begitu. Jadi masalah habuk akan hilang. Kita hanya menggunakan beras yang paling bawah sekali. Jika korang nak topup pun tidak akan menjadi masalah sebenarnya. 
Produk ini memang wajib aku miliki pada masa akan datang. Setelah aku berkira-kira nak memilikinya, pihak Tupperware telah menambahbaik Rice Dispenser ni dengan mengeluarkan reka bentuk Rice Dispenser yang terbaru. Cuma badannya agak kurus sedikit. Mungkin penambahbaikkannya adalah untuk memudahkan ia menyelit di celah-celah perabot dapur barangkali.



Boleh sembunyi di celah kabinet

Korang boleh pantau berapa banyak beras yang tinggal. So senang nak topup.
Rasanya aku lebih suka pilih reka bentuk yang lama. Jika ada duit yang cukup Insyaallah tahun ini aku akan memilikinya. 


Sunday 22 February 2015

Menjadi Diri Sendiri Sebaik Yang Mungkin

Menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba untuk menjadi orang lain. Lebih teruk lagi ada yang terpaksa menjadi hipokrit untuk menjadi orang lain yang sudah tentunya ia bukanlah diri kita yang sebenarnya.

Kadang-kadang ada sesetengah manusia ini cuba untuk menjadikan diri sendiri dengan menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Sungguh menyedihkan. Terpaksa hipokrit di mata orang lain. Lama kelamaan korang akan rasa sangat membosankan untuk menjadi orang lain.Terasa mendalam kepura-puraannya. 

Jika itulah diri anda, jangan cuba untuk menjadi orang lain. Hanya kekalkan diri anda sendiri. Tak perlulah bersusah payah nak jadi orang lain. Ia akan memenatkan anda sebenarnya. 

Begitu juga pada diri aku sendiri. Aku tak akan cuba untuk menjadi orang lain yang sudah semestinya bukan diri aku yang sebenar, Adalah gila aku untuk menjadi orang lain. Setiap dari kita ni ada sikap, tingkah laku atau perangai masing-masing yang menjadi orang lain selesa dengan diri kita sendiri. Cuba bayangkan korang jadikan diri sendiri kepada orang lain. Apakah penerimaan rakan-rakan sekeliling korang? 

"Dia ni dah kenapa?"

"Kau dah makan ubat ke belum? Macam gila isim saje"

"Eh, apasal kau lain ek? Mana ..... (Sila isi nama sipolan) yang dulu yang ceria?"

Percubaan korang nak jadikan diri anda kepada diri orang lain menyebabkan orang lain tak selesa dengan korang. Padanlah dengan muka. Rasanya tak perlulah untuk jadi orang lain. Bak kata pepatah orang Inggeris, just be yourself. 



Saturday 14 February 2015

Perginya Seorang Ulama

Tanggal 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436 perginya seorang ulama tersohor bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Siapa tidak mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis malam Jumaat pada pukul 9.45 malam di Pulau Melaka. Beruntungnya beliau kerana menghembuskan nafas terakhir pada malam jumaat. 

" Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur". (HR.Ahmad No.6582 & At-Tirmidzi No.1074)

Ya Allah beruntungnya Allahyarham. Aku begitu cemburu pada beliau kerana meninggal pada malam Jumaat. Saat aku menerima berita pemergiaan beliau hati aku menjadi hiba kerana seorang ulama yang kita kenali telah kembali ke rahmatullah. 

Aku bukannya taksub pada beliau tapi aku hormati beliau sebagai seorang ulama yang terkenal. Pada tengahari Jumaat semasa masing-masing pergi menunaikan solat Jumaat, aku lihat ada sesetengah jemaah bermuka sedih dan hiba. Termasuklah aku juga. Sedih perginya seorang ulama. 

Semasa hari-hari pengebumian beliau, segerombolan lautan manusia mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Ya Allah, aku begitu kagum dengan keadaan di Kelantan. Sepertinya aku ingin menetap di sana. 




Semasa dalam perjalanan balik dari kerja, aku mendengar komen dari seorang tetamu khas di Radio Bernama 24 menceritakan begini lebih kurang: Ramai orang merasa pelik kenapa dia tidak mengambil air wudhuk ketika masuk ke masjid seterusnya terus melakukan solat. Rupa-rupanya dia sentiasa menjaga air wudhuk. Jika sudah terbatal, beliau akan mengambil air wudhuk semula. Maknanya kemana-mana dia pergi beliau sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Itu adalah amalan beliau. 

Aku merasa kagum dengan amalan beliau berbanding aku yang masih ada kekurangan ilmu agama Islam. Kemungkinan aku akan cuba mengamalkannya. Insyaallah. 

Semua orang mengenali beliau sebagai seorang yang zuhud. Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau hanya duduk di rumah sendiri yang berpapan dan beratapkan zink. Jika dibandingkan dengan menteri besar di negeri lain, rumah mereka agak mewah, kereta mewah dan berbagai lagi mewahnya. Pabila ada gambar beliau makan hanya duduk di lantai, ramai yang mengata bahawa itu strategi nak meraih simpati orang ramai agar mengundi parti PAS dan ada juga yang mengata bahawa itu adalah menunjuk-nunjuk. 


Aku bukan taksub pada beliau cuma aku mengagumi keperibadian beliau. Ada korang nampak seorang menteri seperti beliau? Ada korang nampak pemimpin begitu zuhud seperti beliau? Rasanya agak kurang jumpa pemimpin begitu.


Semoga Tuan Guru ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga roh dicucuri rahmat.