Thursday 5 September 2019

Balm Untuk Tya


Nak cuba produk ini untuk Tya yang sedang hidap batuk-batuk. Nak bagi ubat tak boleh sebab usianya baru 4 bulan. Tanpa nasihat doktor, jangan memandai-mandai ye tak?

Nama produk ni Little Unnoscents kot. Tak boleh nak baca tulisannya. Harga boleh tahan mahalnya. RM48 harganya. Tak kisah sangat harganya asalkan anak cepat sihat.

Cara penggunaanya cuma sapu je dekat bawah tapak kaki, di dada atau di perut selepas mandi.

Doanya dengan izin Allah si Tya ni cepatlah sembuh. Tak senang hidup dia asyik batuk-batuk je.

Thursday 29 August 2019

Tuah Pertama Kali Solat Berjemaah

Hari Isnin. 26hb Ogos 2019. Pertama kali Tuah solat secara berjemaah di Surau Al Falah Kg Tongkah Dalam. Dia tengok masing-masing solat, dia turut sama-sama solat sama. Segan agaknya. Tetapi solat olok-olok je. Pergerakkan semua dia ikut. Orang rukuk dia rukuk. Orang sujud, dia pun sama sujud.

Dia dah biasa agaknya tengok ayahnya solat dan dia ikut je langkah-langkahnya. Kalau kat rumah tu memang main-main je.

Macam mana dia boleh terikut ayahnya ke kelas agama?

Dia memang nak ikut sangat. Aku dah mandikan dia. Aku memang dah nak pergi dah. Tak nak dia ikut. Risau nanti kat surau cakap nak balik jugak.  Aku dah nak blah dah.

Dah dia berlari-lari kejar masa aku dah drive kereta. Nak tak nak bawa lah dia jugak.

Alhamdulillah kat surau dia ni tak buat hal. Lega sikit hati. Cuma dia kacau ayahnya minta baca ayat Al-Quran. Aku ikutkan je.

Itu hari pertama. Belum cerita hari kedua lagi. Hari kedua dia siap wudhuk dah. Semalam dia tak wudhuk. Main masuk je ke saf makmum. Hari ini advance sikit. Dia ambik wudhuk. Kira oklah tu kan. Masa solat dia main-main. Kejap-kejap tengok aircond. Kejap-kejap tengok luar tingkap. Lepas tu masuk ke saf makmum.

Tak apalah asalkan dia solat. Masih budak lagi tak fikir sangat. Lama-lama dia akan faham. Doanya dia kekal macam tu la. Rajin-rajin solat ye.


Wednesday 14 August 2019

Layan Anak

Balik dari kerja. Dalam kepenatan. Tetap melayan anak yang bernama Tuah ini. Kadang-kadang memang meletihkan. Apakan daya inilah masa yang ada untuk meluangkan masa bersama. Mungkin dia ingin berkongsi cerita tika kita sedang sibuk dengan urusan kerja. Dia ingin bermain dengan kita.

Itulah masa yang amat berharga baginya. Selepas dia tidur, kita bangun pagi bergegas ke tempat kerja dari pagi hingga ke petang. Tidak berjumpa dengan dia. Dia bangun sahaja dari tidur, tengok ibu ayah tiada di sisi. Ibu ayah sudah ke tempat kerja demi menyara kehidupan keluarga.

Saat melihat dia tidur, terasa rindu di saat-saat sama-sama meluangkan masa. Inilah 'Quality Time'. Saat inilah masa amat berharga. Adakah kita sebagai ibubapa menghargainya?

Adakah kita fokus tentang apa yang dia kongsikan? Adakah kita menghargai apa yang dia lakukan?

Aku lihat dia tidur. Aku usap rambutnya. Sebelum dia tidur, dia meminta aku untuk dia tidur dengan neneknya. Aku izinkan. Jika dulu, dia tidur bersama dengan kita. Kini, dia sudah pandai nak memilih nak tidur dengan siapa. Nak halang nanti dia menangis pula. Biarkan sajalah. Asalkan kita tahu dia tidur dengan siapa.

Selepas dia dah tidur, aku jenguk seketika. Alahai rindunyalah. Dia dah tidur pula. Rindu sangat.

Inilah kehidupan ku dengan anakku Tuah. Anak pertamaku.

Inilah roda kehidupan aku. Sampai bila?

Entahlah.

Doanya aku satu hari nanti, aku dapat kebebasan untuk aku lebih fokus tentang hal anak-anakku.

Insyaallah

Tuesday 6 August 2019

Tuah Dapat Adik

Yeah. Tuah dah ada adik. Adik perempuan. Jadi, Tuah sudah jadi abang. Dah tak boleh manja-manja sangat.


Inilah adik Tuah bernama Annur Atthiya. Lahir pada 19.04.2019. Cantik tarikh lahir dia. Panggil je nama dia Tya. Gambar di atas ni Tya berumur 3 bulan lebih. Entah ikut muka siapa entah. Ikut muka ayahnya ke atau ibunya? Mungkin campur-campur mungkin.

Ok Tuah dah jadi abang ye. Jadi abang yang baik ye.

Tuesday 28 May 2019

Pengalaman Tuah Putus Puting Tiruan

Seronok sebenarnya bila mengimbau kembali saat-saat hidup bersama dengan si Tuah ni. Salah satunya yang membuat aku tersenyum seketika adalah mengenai puting tiruan.

Tuah sejak dari lahir memang dah diberi puting tiruan. Alasannya adalah nak bagi dia senyap dan tak menangis. Dia memang diberi susu formula sebabnya isteri tak dapat nak bagi susu badan.

Antara kenangan terindah adalah kekerapan kami membeli puting tiruan ni. Puting tiruan yang kami biasa beli adalah jenama Tommee Tippie. Jenama ini memang dah sinonim dengan kami. 

Punca kekerapan kami membeli puting tiruan adalah disebabkan kekerapan hilang, tertinggal atau tersalah letak di mana-mana. 

Harga puting tiruan Tommee Tippie ni bukan murah harganya. Satu je sudah berharga RM20 lebih. Bila kami terdesak kami beli juga jenama lain tetapi Tuah memang tak biasa dengan puting tiruan jenama lain. Pandai memilih.

Pernah sekali kami tertinggal di rumah saudara selepas berziarah beraya di rumahnya. Kami sanggup patah balik pergi ambik sebab ia satu-satunya puting yang tertinggal. Lagipun waktu itu dah lewat malam. Mana ada kedai jual barangan bayi buka lagi. 

Pernah juga semasa di rumah, kami tak pasti di mana putingnya diletakkan. Dia sendiri yang terlupa di mana letaknya. Kami pula menjadi mangsa. Jadi, sebagai ibubapa, kami kena usaha carikan juga. Jika tak jumpa, alamatnya memang dengar suara dia menangis je la. 

Disebabkan isu kerap hilang, tersalah letak inilah lama kelamaan dia putus puting tiruan dengan sendirinya. Lega. Tak perlu dah mendengar dia menangis tiap-tiap malam. Sebelum ni, dia menangis juga tetapi kami tahan dan pekakkan telinga saja. 

Pernah juga sekali kami beri dia puting tiruan tu. Dia uwek kan je. 

Alhamdulillah, ada hikmah selalu hilang puting tiruan ni. Dia pun dah tak hisap puting tiruan lagi dah. Tetapi kenangan itu sangatlah berharga. Akan dikenang sampai bila-bila. Dan kami juga boleh baca di blog ini :D

Inilah salah satu pengalaman bersama dengan Tuah. Mungkin ada lagi kenangan yang lain akan saya kongsikan. 

Ok Bye!



Monday 14 January 2019

Percubaan Tuah Tidak Pakai Lampin

Semalam, 13hb Jan 2019, Sabtu, aku cuba melatih anak aku untuk tidak pakai lampin pakai buang. Mungkin ini masanya untuk aku latih anak aku untuk tidak pakai lampin pakai buang. Percubaan dalam masa satu hari sahaja.

Aku beritahu anak aku jika nak buang air, beritahu ayah dengan segera. Dia dapat dengar arahan itu. Aku latih dia dengan beritahu jika nak buang air. Aku latih dia ke bilik air. Duduk mencangkung. Bila sudah selesai. aku latih dia dengan berintijak dan jirus air kencing tadi.

Ternyata percubaan itu berjaya. Jika terkencing secara tiba-tiba itu tak mengapalah. Nama pun percubaan.  Kita tak boleh mengharap 100% sempurna. Jika dia faham itu dah kira bersyukur sangat.

Ada juga aku merancang nak beli Potty Training untuk aku melatih dia membuang air ke tandas. Rasanya tak perlu dah kot sebab aku memang dah latih dia jika nak buang air, terus ke tandas. Cuma dia minta aku teman dia ke tandas sahaja.

Perlahan-lahan untuk amalkan. Jika dipakaikan lampin pakai buang, cuma waktu dia tidur sahaja. Waktu dia aktif, aku tak pakaikan lampin.

Bila dah begini, rasanya jimat sikit lampin dan duit pun dapat digunakan untuk anak yang kedua ni.

Itu sahaja perkongsian catatan pada hari ini.