Wednesday 14 August 2019

Layan Anak

Balik dari kerja. Dalam kepenatan. Tetap melayan anak yang bernama Tuah ini. Kadang-kadang memang meletihkan. Apakan daya inilah masa yang ada untuk meluangkan masa bersama. Mungkin dia ingin berkongsi cerita tika kita sedang sibuk dengan urusan kerja. Dia ingin bermain dengan kita.

Itulah masa yang amat berharga baginya. Selepas dia tidur, kita bangun pagi bergegas ke tempat kerja dari pagi hingga ke petang. Tidak berjumpa dengan dia. Dia bangun sahaja dari tidur, tengok ibu ayah tiada di sisi. Ibu ayah sudah ke tempat kerja demi menyara kehidupan keluarga.

Saat melihat dia tidur, terasa rindu di saat-saat sama-sama meluangkan masa. Inilah 'Quality Time'. Saat inilah masa amat berharga. Adakah kita sebagai ibubapa menghargainya?

Adakah kita fokus tentang apa yang dia kongsikan? Adakah kita menghargai apa yang dia lakukan?

Aku lihat dia tidur. Aku usap rambutnya. Sebelum dia tidur, dia meminta aku untuk dia tidur dengan neneknya. Aku izinkan. Jika dulu, dia tidur bersama dengan kita. Kini, dia sudah pandai nak memilih nak tidur dengan siapa. Nak halang nanti dia menangis pula. Biarkan sajalah. Asalkan kita tahu dia tidur dengan siapa.

Selepas dia dah tidur, aku jenguk seketika. Alahai rindunyalah. Dia dah tidur pula. Rindu sangat.

Inilah kehidupan ku dengan anakku Tuah. Anak pertamaku.

Inilah roda kehidupan aku. Sampai bila?

Entahlah.

Doanya aku satu hari nanti, aku dapat kebebasan untuk aku lebih fokus tentang hal anak-anakku.

Insyaallah

No comments:

Post a Comment