Monday 10 September 2018

Jualan Salah Satu Akaun eBay

Assalamualaikum dan Selamat Ber-eBay

Rasanya dah lama saya tak kongsi cerita berkaitan eBay. Seperti yang kita ketahui, eBay adalah satu platform marketplace yang menjual pelbagai jenis produk dari seluruh dunia. Di platform ini memang menjadi tumpuan buat semua pembeli untuk membeli pelbagai jenis barang mengikut kategori. Sebagai penjual, adalah menjadi satu kerugian jika tak menggunakan sepenuhnya platform ini.

Seperti yang kita ketahui, pembayaran menggunakan matawang Dollar, kenapa tidak kita ambil peluang ini untuk menjual produk kan? Ini ditambah lagi dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Makanya, kenalah ambil peluang ini dengan cepat.

Baiklah. Saya nak sentuh mengenai jualan dalam salah satu akaun eBay saya ni. Akaun ni dah lama saya tinggalkan macam tu je. Saya campak satu listing dan set 'Good Till' Cancel". Hampir 3 bulan saya biarkan macam tu je.

Pada 9 Sept 2018, saya terima satu notifikasi emel menyatakan yang produk saya listing pada bulan Jun sudah terjual. Pembeli dari Australia ini terus membeli 4 sekaligus. Bila saya terima jualan, saya terus ke website Aliexpress untuk membuat pembelian barang tersebut, Saya tak simpan stok kerana saya hanya menjadi orang tengah atau dropship sahaja. Jadi, saya tidaklah rugi jika saya simpan stok tapi barang tak terjual. Cukup sekadar ambil gambar, maklumat produk dan jenis penghantaran dari Aliexpress sahaja. Saya hanya melakukan sedikit kerja sahaja dan selebihnya penjual dari Aliexpress sahaja yang akan uruskan.

Berapa saya dapat?

Di bawah ini saya sertakan bukti pembayaran.


Harga barang ini di Aliexpress adalah $ 5.34 dan saya jual $ 13.90. Saya untung $ 8.56 bersamaan RM 36 sebelum ditolak fee eBay dan fee Paypal. Jika dah 4 barang terjual, berapa saya dapat? Dah tentu dapat banyak keuntungan.

Begitulah adat berniaga. Ada juga untung dan rugi. Kita kenalah tempuhi. Semoga perkongsian saya ini dapat menaikkan semangat saya dan anda semua untuk terus meniaga di eBay.

Jumpa lagi di lain posting.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete