Monday 22 September 2014

Cuci Pakaian

Untuk sekalian kalinya selepas melalui tempoh berumahtangga, aku telah mula mencuci pakaian aku sendiri. Jika tidak sebelum ini apabila aku berada di fasa bujang, aku hanya mencuci pakaian aku sendiri dengan menggunakan tangan dan sebuku sabun Fab. Kini, setelah berumahtangga, segala peranan dalam mencuci pakaian itu telah diambil alih oleh isteri aku dengan menggunakan mesin basuh automatik. 

Aku pula, melakukan kerja-kerja yang lain yang sepatutnya bukan kerja orang perempuan buat seperti meracun, mencangkul dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan kegagahan seorang lelaki. 

Bila aku kenang kembali kesusahan zaman kanak-kanak aku dalam mencuci pakaian memang terasa susahnya dan kadang-kadang ada terasa manisnya.  Pada zaman kanak-kanak aku, pakaian sekolah aku mesti kotor di bahagian kolar. Ditambah pula keputihan penuh suci pakaian sekolah aku menyerlahkan kekotoran pakaian aku itu. Pulang saje dari sekolah aku terus mencucinya. Kedegilan kotoran itu untuk hilang mencabar kesabaran aku. Dicampakkan air clorox tetap tak akan hilang. Lama-kelamaan aku biarkan saje dan dijemur di ampaian di bawah sinaran terik mentari.

Jika ia tak kering, aku akan mengeringkannya di atas bara api. Harapnya ia akan kering pada keesokkan harinya. Di zaman dulu, di rumah aku tak ada kipas angin dan alat penggering rambut untuk menggeringkan baju sekolah aku kerana aku tahu kehidupan orang tua aku agak susah. Jadi, aku tak meminta-minta apa-apa. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi masalah lain pula timbul. Pakaian sekolah yang aku jemur di atas bara api itu berbau asap. Memandangkan di rumah aku tak ada minyak wangi untuk cover bau asap itu, aku abaikan saje bau asap itu. Mungkin itulah minyak wangi bagi aku. Lantaklah apa orang dalam kelas aku nak cakap apa.

Aku berterusan mencuci pakaian sendiri sehinggalah aku berkahwin dengan gadis pilihan aku. Bila dikenang kembali memang ada pahit dan ada manisnya. Bila teringat pasal cuci pakaian ni, aku dah jemur ke belum pakaian yang aku cuci tadi? Eh belum lagi. Ok, masa untuk menjemur pakaian di ampaian.  

No comments:

Post a Comment