Saturday 17 January 2015

Villa Nabila

Jika dulu kecoh satu Malaysia hingga terpapar di dada akhbar arus perdana tentang kehilangan 23 orang budak disyaki pergi ke rumah lama diberi nama Villa Nabila. Sampai ada mak kepada salah seorang mangsa hilang tu tabur garam kat sekeliling rumah tu. Tup tup dia ditemui di rumah kawannya. Rasa kena kencing satu Malaysia. Sepertinya membuang masa semua pihak rasanya. 

Tapi aku taklah nak cakap banyak pasal benda ni sebab aku tak berada di tempat kejadian pun. Mungkin penduduk sekitarnya lebih tahu dan arif tentang tahap keseraman rumah tu. Bila ramai orang dah tahu tentang keseraman rumah tu, maka adalah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menerbitkan sebuah filem berkaitan Villa Nabila ni. 


Hampir 2 tahun jugaklah berita tentang kejadian kehilangan 23 orang budak tu. Tahu tahu je tahun ni ada filem Villa Nabila ditayangkan. Aku taklah teruja sangat nak tengok filem ni. Disebabkan aku nak belanja isteri aku tengok wayang jadi aku pilihlah filem Villa Nabila untuk ditonton. Sebabnya minggu lepas aku dah tengok filem Taken 3 dengan kawan-kawan aku jadi aku nak berlaku adil aku belanjalah isteri aku tengok wayang. Kebetulan pulak mak mentua aku nak cari buku asas kursus haji jadi aku belanjalah berdua. Jadi, ber-enjoy lah kami bertiga.

Selepas selesai tengok filem ini, aku rasa filem ini memang best tahap keseramannya. Lakonan Pekin Ibrahim sebagai Asyraf memang terbaik. Filem ini bukan bercerita tentang bagaimana Nabila (kononnya. Tapi berbagai versi. Aku pun naik binggung) dibunuh. Tapi ia berkisar tentang seorang lelaki berkerja sebagai kontraktor bernama Asyraf bersama pekerjanya nak merobohkan Villa Nabila tetapi cubaan nak merobohkan rumah tu menemui jalan kegagalan.

Ia memang berdasarkan cerita sebenar kontraktor yang nak merobohkan rumah tu. Ia telah dilakonkan semula dan ditambahkan sedikit elemen keseramannya. Kenapa aku kata ia berdasarkan cerita sebenar? Sebabnya footage asal memang disertakan sekali sebagai bukti. Dan kontraktor tu memang wujud cuma ia dirahsiakan dari umum. 

Hari ini jugak ada cerita kurang menarik tentang filem Villa Nabila bilamana 5 orang penonton di pawagam TGV Tebrau City, Johor diserang histeria. Pengarah Syafiq Yusof menafikan itu adalah gimik dari pihak mereka untuk melariskan jualan filem ini. 


Aku tak pasti mungkin ini penangan keseraman filem ini hingga menyebabkan ada yang kena histeria. Aku dah baca isi kandungan berita tu. Diorang tengok filem ni pada pukul 10 malam. Mana tak seramnya. hehe.

Untuk filem ini memang terbaik. Aku siap tengok filem ni di celah-celah jari aku sebabnya aku tutup muka aku. haha. Penakut betul. Tapi memang seram beb. 

No comments:

Post a Comment