Wednesday 27 May 2015

Sebab Musabab Aku Sukar Terima Wanita Lain Dalam Hidup Aku Selepas Isteri Aku

Mak aih, panjang pulak tajuk posting aku ni. Tak pernahnya selama aku update blog ni tajuk sepanjang itu. Ada pun 2 3 ayat je panjang tajuknya. Tak apalah bagi memudahkan pembaca memahami isi yang aku nak sampaikan ini jadi kenalah tajuk panjang sikit. 

Berbalik dengan persoalan tajuk di atas ni. "SEBAB MUSABAB AKU SUKAR TERIMA WANITA LAIN DALAM HIDUP AKU SELEPAS ISTERI AKU''.

Ada sebabnya aku tak BOLEH (kalau ada pun elakkanlah) terima wanita lain dalam hidup aku ini. Sebabnya aku kenal isteri aku ini ketika aku masih tiada apa-apa masa itu. Motor tak ada, kereta lagilah tak ada. Pergi belajar kolej pun naik bas je. Itu pun kalau sempat naik bas. Kalau terlepas bas aku terpaksalah naik teksi. Itu pun teksi sentiasa penuh dengan umat manusia yang berkejar untuk mencari sesuap nasi ataupun nak iPhone 6. 

Aku kenal isteri aku ini ketiak ketika kami sama-sama belajar di sebuah kolej swasta di Banting ni. Kami sama-sama hidup susah. Kau tau waktu tengahari aku hanya makan roti canai berair teh tarik di kedai mamak di belakang The Store tu. Kadang-kadang tak makan kau tau tak. Terpaksa ikat perut dan duit yang ada tu pun khas untuk tambang untuk perjalanan balik. 

Kau ada faham!

Ketika itu aku tak ada apa-apa tapi bakal wife aku (masa tu teman wanita aku) tetap terima aku seadanya walaupun hidup aku ni serba serbi kekurangan. Baju nak pergi kolej korang boleh teka aku pakai baju apa pada hari isnin dan hari-hari berikutnya. Lantaklah sana apa aku nak kisah janji aku tak mintak duit diorang suruh beli baju untuk aku. Yang penting aku dapat sambung belajar.

Berkenaan duit untuk survive untuk belajar tu adalah sikit mak, abang-abang, kakak-kakak bagi duit belanja. Aku ada dapat jugak duit elaun untuk kelas agama kat Tongkah, Morib ni. Bolehlah tampung perbelanjaan pergi belajar kat kolej. Kira aku ni indipendent la sikit kan. 

Selepas bertahun-tahun naik bas dan teksi setiap hari, maka dengan ini aku naik taraf sikit dengan memiliki sebuah motosikal Yamaha LC warna hitam (akhirnya hilang dicuri orang). Masa tu aku masih lagi dengan teman wanita yang lama ni, Tengok, setia sehingga akhirnya aku dapat motor kan. 

Sedikit demi sedikit aku upgrade dengan memiliki sebuah kereta setelah dapat bekerja di sektor kerajaan. Kehidupan aku bukan mudah beb. Banyak dugaan yang aku lalui. 

Aku kenal dengan teman wanita (sekarang dah jadi isteri aku dah pun) dari zero, nothing sehingga aku jadi hero and something. Let say some girl nak ber'kawan' dengan aku as she looks me ada kereta, kerja tetap and blablabla. Why she didn't see it while I have nothing? Sebab itu aku tak boleh (seboleh-bolehnya tak mahu ada dalam hidup aku dan cuba elakkan dari berlaku) terima wanita lain dalam hidup aku. 

Mereka (macam ramai je kan nak ber'kawan' dengan aku haha) ada ketika aku sudah hidup senang dengan adanya kereta dan kerja tetap. Mereka tak merasai kesusahan bersama dengan aku. Woi, aku pernah kerja part time hantar barang kuda tau tak dari Port Klang ke Ipoh sana demi mencari sedikit wang belanja. Kau ada faham? 

Aku pernah kerja menebas segala semak dan pokok tinggi kat kawasan pencawang elektrik TNB tau. Siap kena gigit dengan lintah lagi tau. Kau ada rasa tak? Tak kan.

Jadi, bagi aku. Jangan tinggalkan wanita yang sayang kat kita hanya kerana kita mengejar wanita yang kita sayang. Bodohkan lelaki yang kejar wanita yang tak pernah merasai kesusahan bersama. Bodohkan lelaki sanggup tinggalkan wanita yang pernah hidup susah bersama demi wanita yang tak pernah hidup susah bersama. 

Problem? 

Lantaklah kau. 

Done!


No comments:

Post a Comment