Sunday 16 August 2015

Akhirnya Isteri Ku....

Akhirnya isteri ku disahkan mengandung 6 minggu setelah hampir 2 tahun kami berusaha. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan terindah ini. 


Maka, aku bakal menjadi ayah kepada cahaya mata yang pertama aku ini. Semacam tak percaya bahawa aku akan jadi ayah kepada anak aku ini. Setelah hampir 2 tahun aku dan isteri aku berusaha baru kini dengan izin Allah bakal menimang cahaya mata.

Terima kasih kepada mak kerana aku tahu mak sentiasa mendoakan agar aku cepat dapat anak. Memandangkan aku ini anak sulung dalam 3 beradik, penantian aku untuk mendapat anak lebih dirasai.

Terima kasih juga kepada ibu mertua aku kerana mendoakan juga. Terdengar juga abang ipar aku bertanya kepada ibunya bilakah isteri aku tu nak mengandung. Sekarang, alhamdulillah sudah hampir tercapai.

Mula-mula sekali aku terkejut juga apabila tengok keputusan positif 'pregnancy test' berbar 2 tu. Hati aku mula berbunga-bunga dan aku tak naklah terlalu teruja sangat. Mungkin takut. Takut aku terlalu mengharap tapi tak dapat. 

Tak puas hati aku bawa isteri aku pergi ke Klinik Kesihatan Tg Sepat dan keputusannya adalah positif. Alhamdulillah syukur.

Setelah aku tahu isteri aku disahkan mengandung, aku tak nak menunjuk-nunjuk dengan post status di Facebook yang isteri aku dah mengandung. 

Sebab?

Sebab aku nak jaga hati orang lain dalam senarai kawan dalam FB tu terasa dan kecik hati. Secara tidak langsungnya membuat hati orang lain terasa. Yelah, mungkin dalam senarai kawan aku tu ada yang masih belum ada rezeki nak dapat anak. Jadi, baik kita jangan gatal-gatal jari nak update status. Teruja tu teruja juga tapi hati orang lain perlu jaga juga.

Setelah isteri aku ini mengandung, banyak alahan yang dia alami. Paling kerap adalah selalu muntah-muntah air. Lepas makan je muntah. Kasihan pada isteri aku. Ada juga tangan kebas. Sakit bahu. Telinga berdesing. Tersumbat katanya. Aku buatlah apa-apa yang patut.

Insyaallah tahun depan kami akan menimang cahaya mata. Dengan izin Allah. Amin.


No comments:

Post a Comment