Thursday 4 July 2013

Gunting rambut

Petang tadi selepas balik dari kerja, aku pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut aku. Melihat keadaan rambut aku yang dah panjang dan agak messy membuatkan aku nak potong petang tu jugak. 

Bila mengingatkan mengenai gunting rambut ni, aku terkenangkan zaman kecik aku. Aku tak pergi pun gunting rambut aku kat kedai gunting rambut. Insan istimewa yang bersusah payah menggunting rambut aku dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5 adalah mak aku sendiri. Nak bawak potong rambut ke pekan memang tak lah sebab keadaan masa tu memang amat susah untuk mak bapak aku bawak aku keluar ke pekan. 

Zaman itu memang amat susah sekali kerana pada masa tu, Pulau Carey (tahun 90-an) masih belum ada jalan raya bertar. Ada pun jalan bertanah merah. Biasalah. Jalan ladang kelapa sawit. Tak kan nak turapkan tar pulak kan kalau dah terang-terang kawasan tu kawasan ladang kelapa sawit.

Ditambah pula keluarga aku tak ada kenderaan sendiri seperti motorsikal. Harta kami yang ada hanyalah sebuah basikal. Keadaan masa itu memang amat susah. Nak beli ding dang atau tora pun susah. hehe. Masa tu tora memang best. Hinggalah tahun 2000 baru ada jalan raya di Pulau Carey. Itu pun dah cukup baik daripada tak ada langsung. 

Pada zaman aku bersekolah dulu, tukang gunting menggunting rambut aku adalah mak aku sendiri. Even mak aku taklah pakar sangat bab-bab dalam menggunting rambut tapi dia cuba juga menggunting rambut aku. Kami tahu memang tak mampu untuk menggunting rambut ke pekan. Adakah keluar ke pekan hanya kerana semata-mata untuk menggunting rambut setelah menempuh perjalanan yang jauh? Memang tak lah. 

Kini, aku amat merindui saat-saat mak aku menggunting rambut aku tu. Aku amat berterima kasih pada mak aku kerana berjaya menggunting rambut aku walaupun ia taklah cantik mana pun. Apa yang penting, rambut perlu dipotong dan nampak segak dari pandangan mata orang lain. 

Sekarang, bila dah berkerja ni, aku hanya pergi ke kedai gunting di pekan untuk menggunting rambut. Sekarang aku dah senang sikit tapi aku tak terfikir pulak siapa pulak yang nak gunting rambut mak aku sendiri? Dia gunting sendirikah? Tak mungkin. Mustahil. Sampai sekarang aku buntu memikirkannya. Tak apa, nanti aku tanya pada dia. Mungkin aku akan bawa dia ke salon. :)

Jika dibandingkan kesusahan aku dengan zaman sekarang, budak-budak zaman sekarang memang amat beruntung cuma kurang menghargai apa yang ada. Jika nak gunting rambut, mak bapak hantarkan. Pernah sekali aku gunting rambut di pusat salon di sebuah shopping complex di Klang. Seorang ibu menemani anak perempuannya berumur dalam lingkungan 5 tahun menggunting rambut anaknya. Beruntung sungguh budak-budak zaman sekarang ni jika nak dibandingkan dengan zaman aku kecik-kecik dulu.  

Kesimpulannya, berterima kasihlah orang yang banyak berjasa dengan menggunting rambut kita kerana tanpa mereka mungkin rambut kita akan kembang Afro seperti penyanyi kumpulan Alleycat tu. Bak kata David Arumugam, terima kaseeyyyy...(Thanks)


No comments:

Post a Comment